63

13.4K 263 2
                                    

"Assalamualaikum."

Faris yang sedang sibuk mengemas katil Nuha itu berpaling memandang sosok tubuh yang baru melangkah masuk ke dalam bilik wad isterinya sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam. Eh Dif, masuklah." pelawa Faris sambil tersenyum ramah, huluran tangan kawannya itu disambut sebelum mereka berpelukan seketika.

"Ni aku ada bawa buah tangan sikit." Hadif menghulurkan bungkusan plastik pada Faris.

"Terima kasih. Duduklah dulu, aku pergi tengok bini aku sekejap."

Hadif hanya mengangguk sebelum dilabuhkan duduk pada sofa empuk dalam bilik wad itu. Faris melangkah ke bilik air, tudung sarung isterinya dicapai di kepala katil.

"Pakai tudung ni. Kawan aku datang nak jenguk kau." Faris menghulurkan tudung sarung kepada isterinya yang baru keluar dari bilik air.

"Siapa?" soalnya sebaik dia menyarungkan tudung di kepala.

"Inspektor Hadif. Dia ada nak soal kau sikit. Jom"

Nuha hanya akur, huluran tangan suaminya digenggam sebelum dia melangkah perlahan. Tubuhnya masih terasa sengal akibat dipukul oleh Rafiq dan Erika tempoh hari. Dengan berhati-hati Faris membantu isterinya duduk di katil. Hadif mula bangun mendekati mereka.

"Assalamualaikum Nuha. Masih ingat saya?" ujar Hadif sebelum dia melabuhkan duduk di kerusi berhadapan Nuha dan Faris. Dia tersenyum mesra.

"Waalaikumussalam, ya saya ingat Inspektor." Nuha tersenyum.

Hadif tergelak kecil.

"Tak payah panggil inspektor bagai lah, panggil Hadif je. Lagipun saya kawan Faris juga." ujar Hadif.

Nuha hanya tersenyum sebelum dia berpaling memandang Faris di sisi.

"So, kau nak tanya apa Dif?" Faris mula bertanya.

Hadif berdehem sebentar. Hampir terlupa tujuan dia datang kemari. Dia mula menyoal beberapa soalan pada Nuha berkaitan kes penculikannya tempoh hari dan tentang kegiatan Rafiq dan Erika lakukan sebelum ini.

Pada mulanya, Nuha tidak mahu menceritakan tentang apa yang sudah Rafiq lakukan padanya tapi untuk kebaikan semua pihak, dia terpaksa menceritakan juga apa yang terjadi sepanjang dirinya diculik.

Agak terkejut Nuha apabila Hadif mengatakan Rafiq dan Erika itu sudah lama berada di bawah pengaruh dadah. Sebab itu mereka berani meletakkan sejenis pil khayal ke dalam minuman Faris dan Nuha dulu. Dan disebabkan itu punca mereka ditangkap basah.

Lagi Nuha tak sangka, punca dia hilang kawalan pada malam dia tiba-tiba pengsan di majlis reunion sekolah itu juga berpunca dari Erika. Setelah disoal siasat tentang Erika, gadis itu sudah mengaku memang benarlah itu semua perbuatannya.

Air minuman Faris malam itu memang diletakkan sejenis pil yang dipanggil sebagai sex drop. Niatnya gadis itu mahu perangkap Faris tapi siapa sangka Nuha yang meminum air tersebut.

Tapi Nuha berasa lega. Erika akhirnya dimasukkan ke dalam penjara atas segala perbuatannya sendiri. Setelah Rafiq disahkan meninggal dunia akibat ditembak oleh Hadif kerana mencuba untuk membunuhnya, sedikit sebanyak memberikan impak besar pada dirinya.

Dan tentang Rafiq, dendam lelaki itu, segalanya dia mahu lupakan. Kini tumpuannya hanya untuk Faris dan bayi yang dia sedang kandungkan. Dia mahu mulakan kehidupan baru bersama suaminya.

"Alhamdulillah, semuanya dah berakhir. Saya pun tak expect semua ni berlaku. Saya tak sangka Rafiq dan Erika pernah menyimpan dendam." Nuha bersuara datar. Terasa bahunya diusap perlahan. Dia berpaling memandang Faris yang sedang tersenyum di sebelah.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now