Nuha mahupun Faris, keduanya hanya berdiam diri dalam kereta. Hanya bunyi DJ yang berceloteh itu ini dicorong radio memenuhi ruang sepi itu.
Selepas makan tengahari dikedai tadi, dua-dua terdiam macam kena sampuk. Entah kenapa, Nuha rasa janggal bila berduaan dengan Faris begini. Pertama kali naik kereta berdua dengan lelaki tu lagi lah buat dia tak senang duduk.
"Eh, nak pergi mana?"
Nuha bertanya bila menyedari kereta yang dipandu Faris menuju ke bandar. Nuha mengerutkan kening. Masa kerja pun boleh nak lepak bandar ke?
Faris hanya diam sehinggalah kereta dah selamat terparkir elok di kotak parkir kereta.
"Jom." tali pinggang dibuka sebelum enjin dimatikan.
"Pergi mana?" dahi Nuha berkerut sedikit.
"Cari barang dapur lepastu cari barang basah pulak." Faris keluar dari keretanya sebelum kaki melangkah masuk kedalam bangunan pusat membeli-belah diikuti Nuha dibelakang.
Barulah dia teringat yang rumah bujang lelaki tu memang dah kosong dengan barang dapur di setiap kabinet dan peti sejuk di dapur. Yang tinggal cuma beberapa bungkus mi segera yang pelbagai rasa. Sejak dia bekerja dirumah lelaki tu, mi segera tu langsung tak luak. Dah yang nak tamat tarikh luput pun ada.
Nak buat koleksi ke apa? Kenapa beli kalau tak makan.
"Lah, kenapa tak cakap? Saya boleh je pergi sendiri. Lagipun awak tengah kerja kan?" wajah selamba Faris disebelah dipandang.
"Harini aku kerja half day." ujarnya selamba. Troli di pasaraya yang dituju segera ditolak perlahan.
Nuha hanya mengangguk faham. Malas nak tanya lebih-lebih nanti dikatakan penyibuk pulak. Sudahnya, keduanya jadi senyap balik.
"Ni list barang, kau carilah. Biar aku tolak troli ni." Nuha mengangguk, segera Faris mengambil tempat disisi gadis itu.
Tak lama kemudian, barang-barang yang diambil sudah penuh hampir satu troli. Dari tadi Faris tak habis minta benda yang bukan-bukan. Puas Nuha menegah, tapi lelaki tu peduli apa?
Sudahnya Nuha mengalah. Lagipun bukan guna duit dia, nanti kalau membazir pun duit lelaki tu jugak yang habis.
Nuha ambil kembali mi segera dalam troli yang dicapai Faris tadi diletakkan kembali ke tempat asal. Muka tak bersalah ditayang, wajah cemberut Faris dipandang tajam.
"Kau dah kenapa?"
"Membazirlah, tak payah beli. Kat rumah awak berlambak maggi awak yang tak bersentuh lagi." Nuha membalas sambil berjalan meninggalkan Faris.
"Suka hati akulah. Ada guna duit kau ke? Yang kau nak bising mengalahkan mama ni kenapa?" Faris menjuling mata keatas, menyampah dengan perangai Nuha yang suka membebel macam mak-mak. Mi segera tadi dicapai kembali lalu dicampakkan dalam troli dengan muka selamba ditayang.
Tahu tak makanan darurat tengah malam tu penting bagi dia?
Nuha dah mendengus geram. Orang tak nak dia membazir, kata bising pulak. Sumpah, siapalah yang jadi isteri kepada Faris Idham ni nanti mohon bersabarlah selama tujuh keturunan.
Malas nak melayan Faris, kakinya segera dibawa ke kawasan barang basah. Tengah ralit pilih tomato, Nuha terjerit kecil bila terasa kakinya digilis sesuatu.
"Auchh!"
Nuha hampir terduduk. Dia membelek jari kakinya yang sedikit memerah. Bibir diketap menahan sakit. Sumpah perit kena gilis dengan tayar troli barang orang. Dikerling troli itu boleh tahan banyak barangnya. Mesti berat gila.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...