Nuha melangkah naik ke atas sebaik sahaja Hana dan beberapa tetamu yang lain sudah meminta diri untuk pulang. Apabila Nuha mahu membantu Puan Farida dan Cik Idah didapur untuk mengemas segala apa yang patut, langsung kedua wanita itu menghalangnya. Sudahnya, Nuha mengalah.
Pesanan Puan Farida yang menyuruhnya untuk mengajak Faris naik ke bilik sekali tidak dihiraukan. Lelaki itu masih rancak berbual dengan Aidan diluar rumah. Nuha mencebik, pandailah lelaki tu naik sendiri. Ingat dia tu putera mahkota nak diajak naik sekali bagai?
Jarum dan pin dicabut diikuti viel dan selendang yang tersarung di kepalanya itu ditanggalkan. Rasa rimas dengan baju akad nikah yang tersarung ditubuhnya tapi dibiarkan dahulu. Ingin mengambil oksigen dahulu untuk menstabilkan nafas yang terasa sesak satu malam itu.
Nuha tersentak apabila pintu biliknya dikuak dari luar. Tangan yang sibuk meleraikan rambut panjangnya itu terhenti seketika sebaik sahaja tubuh Faris berada dalam biliknya. Matanya hampir terbuntang, terus tubuhnya berdiri tegak.
"Apa awak buat kat sini?" dahinya berkerut memandang Faris yang tayang muka tak beriak.
Lama Faris memandang Nuha tidak berkelip. Pertama kalinya dia melihat gadis itu tidak bertudung. Seingatnya, rambut Nuha panjang hanya paras bahu dahulu ketika gadis itu berumur dua belas tahun. Sehinggalah gadis itu bertudung, auratnya terjaga rapi dari tatapan sang ajnabi.
Akhirnya kini, rambut yang dijaga rapi itu hanya akan menjadi tatapannya setelah selamat bergelar suami gadis itu. Tipulah kalau dia tak tergugat melihat kecantikan gadis didepannya itu. Rambut hitam pekat paras pinggang milik gadis itu membuatkan dia terkaku seketika.
Cantik.
Nuha yang perasankan mata Faris yang meliar memandangnya terus diambil selendang sebelum rambut panjangnya itu ditutup. Faris tersengih melihat Nuha yang dah berbahang malu.
"Tak payah tutup, aku dah nampaklah. Bukan haram pun kalau aku tengok." ujarnya sambil dia melangkah mendekati Nuha yang sedang gelabah. Idea nakal Faris tiba-tiba muncul untuk mengusik gadis itu.
"A-awak tak jawab lagi soalan saya tadi. Awak buat apa masuk sini?" Nuha menyoal gagap. Matanya dilarikan tatkala mata mereka bertembung. Faris tarik sengih.
"Aku tak boleh masuk bilik isteri aku sendiri ke? Bilik kau, bilik aku jugak. Lagipun kau tak payahlah nak tutup segala, kita dah halal kut." tangan Faris menarik selendang yang menutupi kepala Nuha. Gadis itu semakin tak keruan apabila selendang dah selamat jatuh atas lantai.
Tapi yang masih tak selamat sekarang adalah dia!
"A-awak nak apa ni Faris?" Nuha menyoal perlahan. Ditahan dada Faris yang semakin menghimpitnya membuatkan dia tersandar pada dinding. Nuha dah rasa macam nak putus nafas!
Faris tersengih nakal. Sesekali dia menelan liur apabila wangian daripada rambut panjang milik gadis itu menusuk ke rongga hidung. Kalau iman dia tak kuat sekarang, dah lama dibahamnya malam ini juga.
"Aku nak kau."
Nuha terkaku mendengar suara husky milik Faris. Matanya memandang anak mata Faris yang sedang merenungnya lama. Jantungnya tiba-tiba berdetak laju, seiring dengan nafasnya yang tak teratur. Apabila wajah Faris mendekat, dia menutup mata rapat.
"J-jangan.. Saya tak nak, please Faris." tangannya menggeletar sedikit apabila baju melayu yang tersarung ditubuh Faris itu digenggam kuat. Dada bidang lelaki itu ditahan dengan segala kudrat wanitanya. Tak semena, kejadian malam mereka ditangkap khalwat kembali terlayar.
Faris tersentak apabila melihat air mata Nuha jatuh. Semakin dia tak keruan melihat gadis itu sudah teresak perlahan menahan tangis. Spontan Faris menjauh sedikit memberi ruang kepada Nuha untuk bertenang. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...