66

13.4K 268 11
                                    

Sebulan berlalu, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun akhirnya tiba. Hari bahagia sahabatnya, Nur Hanani Solehah dan Ahmad Aidan Fahim yang bakal disatukan beberapa jam sahaja lagi.

Nuha tersenyum bahagia, akhirnya satu-satunya sahabatnya sejak dari zaman sekolah rendah, yang setia ada bersamanya ketika susah dan senang itu bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.

Syukur semuanya dipermudahkan. Jalan takdir yang sangat indah, tak mampu diungkapkan dengan jangkaan manusia. Buktinya, jodoh sahabatnya dengan pilihan hatinya itu sangat kuat.

Walaupun dulu Hana selalu menafikan tentang perasaannya tapi Nuha percaya, cinta pertama itu tidak pernah salah alamat. Jika tuhan mahu membolak-balikkan hati seseorang itu, sungguh kita sebagai hamba tak mampu nak menidakkan apa yang sudah ditakdirkan.

"Cantiknya kau." ujar Nuha sambil tersenyum memerhati Hana yang sudah siap dimekapkan.
Matanya mengerling dress berona putih yang tersarung cantik ditubuh Hana dipadankan selendang putih yang cantik melilit di kepala Hana untuk majlis akad nikah sebentar lagi.

Tangan naik menyentuh crown dan veil yang tersarung di kepala sahabatnya itu. Bibirnya tersenyum nipis, mengingatkan dia kembali memori ketika dia diijabkabulkan dengan Faris.

Momen yang sangat bahagia.

Walaupun masa tu dia disatukan dalam keadaan hatinya tidak merelakan, tapi dia yakin hatinya bakal menerima Faris dengan perasaan yang terbuka. Buktinya, anak di dalam kandungan itu tanda wujudnya cintanya pada Faris. Dan rasa itu tak pernah luntur sedikit pun shingga kini.

"Nuha?"

Dia kembali ke realiti saat tangannya disentuh Hana. Keningnya diangkat bertanya sebelum duduk dilabuhkan di sebelah Hana.

"Kau kenapa? Termenung je. Kau okay tak?" Hana menyoal risau.

"Aku okay. Cuma tiba-tiba teringatkan masa aku nikah dulu bila tengok kau sekarang. Tahniah babe, aku tumpang bahagia." Nuha senyum lebar.

Hana terharu, dipeluknya tubuh sahabatnya itu erat. Terasa matanya bergenang.

"Thanks. Aku rasa nak nangis." suara Hana bergetar. Nuha tergelak sebelum wajah Hana ditatap.

"Hey, takyah lah nangis. Kesian Kak Ina nanti kena mekap kau balik."

Sengihnya ditayang. Segera ditenangkan diri yang sedang resah dari tadi. Jantung tak payah cakaplah, rasa macam nak terkeluar dah sekarang.

Tangan Nuha digenggam kemas. Debarnya masih belum hilang sejak malam tadi. Melihatkan reaksi Hana itu, Nuha cukup faham dengan rasa berdebar gadis itu.

"Doakan aku Nuha." ujar Hana perlahan.

Nuha tersenyum.

"InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan."

...

Kaki melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi dengan Nuha di sebelah. Bunga ditangan digenggam erat, sesekali Nuha membetulkan selendang putih milik Hana yang berterbangan itu.

Sebaik Hana duduk bersimpuh di pelapik yang disediakan, Nuha turut melabuhkan duduk disebelah Hana. Tangan sahabatnya itu langsung tidak berenggang dari tadi.

Mata mula mengerling ke hadapan, terlihat tubuh sang pengantin lelaki yang sedang duduk membelakangi dirinya. Apabila Aidan menoleh ke belakang, serentak pandangan mereka berlaga membuatkan jantung Hana seakan terhenti beberapa detik.

Kacak.

Terus pandangan ditundukkan, malunya usah dikata. Mahu terkeluar jantungnya sekarang sebab terlebih rentak. Aidan kembali menoleh ke hadapan apabila Faris mencuitnya. Hanya sengihan malu dipamerkan, sumpah kecantikan Hana membuatkan dia terpukau seketika.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now