Jangan lupa dengar lagu tu sambil baca🙈
Nuha? Kau buat apa?"
Serentak barang-barang tadi terjatuh. Nuha masih kaku di tempat dia berdiri. Bibirnya dikemam rapat. Perlahan-lahan dia berpusing menghadap Faris yang berkerut memandangnya.
"Er.. Saya cari barang.." matanya melilau di kotak tadi sambil tangannya meraba-raba ke dalam kotak satu lagi.
"Saya cari ni."
Pengepit rambut ditayang. Faris berkerut, dia berjalan mendekati isterinya itu. Matanya meliar ke bawah, terlihat barang-barang lamanya berterabur di lantai. Segera dia mengambilnya. Nuha mula gugup, bibir bawah digigit.
"Kenapa barang aku bersepah ni?" Faris menyoal tenang sebaik dia kembali berdiri. Keningnya dijungkit sebelah bertanya.
"Er.. Sorry, saya tak sengaja jumpa barang ni semua. Saya ingat ni kotak saya.." jawab Nuha gugup. Dia kemam bibir apabila melihat wajah Faris tanpa riak itu. Dia marah ke?
Faris tahan senyum. Barang-barang tadi disimpan kembali dalam kotak sebelum dia memandang isterinya.
"Muka tu kenapa cuak sangat? Ada aku marah kau ke?" Faris bertanya beserta senyuman di bibir. Anak rambut isterinya yang terjuntai di dahi itu dibawa ke belakang telinga.
Nuha senyap, pandangannya ditundukkan ke bawah. Tak mahu membiarkan dirinya diterpa rasa malu, dia berdehem seketika sebelum kembali memandang suaminya dengan mata dikecilkan.
"Tak sangka awak simpan lagi barang-barang tu?" Nuha mendekatkan jarak sambil kedua tangan disorokkan di belakang.
Faris jungkit kening.
"Oh.. Barang tu? Mestilah kena simpan. Orang special yang bagi kut." jawab Faris selamba.
Nuha terkebil-kebil. "Special?"
"Kenapa? Tak percaya?"
Nuha ketap bibir. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Special? Apa maksud dia?
"Awak kata orang special yang bagi. Kenapa awak cakap macam tu?" Nuha menyoal lagi dengan dada yang berdebar. Tunak matanya memandang suaminya.
Lama Faris terdiam, dia membalas renungan isterinya. Dalam debar, dia juga gugup ingin meluahkan perkara sebenar. Selangkah dia mendekati gadis itu.
"Aku cakap macam tu sebab.. Dia terlalu istimewa untuk aku dari dulu lagi. Sebab tu aku simpan buat kenangan." anak mata gadis itu masih tidak lepas dari pandangannya. Sangat indah, sepasang mata itu yang membuatkan dia tak keruan dari dulu hingga sekarang.
Nuha telan liur. Betul ke? Tapi kenapa setiap perlakuan lelaki itu seolah tak sukakan dia? Kalau betul istimewa, lelaki itu takkan pergi ke Melbourne dan tinggalkan dia seorang diri dulu.
"Tipu."
Dahi Faris berkerut sedikit. "Maksud kau?"
Nuha hela nafas. Dia duduk atas sofa dalam bilik itu.
"Kalau betul awak rasa saya ni istimewa untuk awak, kenapa awak sanggup tinggalkan saya seorang diri dulu? Awak pergi ke Melbourne dalam keadaan hubungan kita renggang sebab kita bergaduh masa tu."
Nuha senyap. Tiba-tiba rasa beremosi apabila teringatkan kembali perkara lama.
"Awak tahu tak, setiap hari, setiap saat saya cuba lupakan awak lepas awak ke sana tapi saya tak boleh. Saya.. Saya rindukan awak sangat masa tu. Saya tak mampu nak nafikan apa yang saya rasa. Saya rasa ditipu, mana janji awak konon nak jaga saya masa tu? Mana?" suara Nuha meninggi sedikit. Wajah terkedu Faris dipandang.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...