22

9.3K 264 3
                                    

"Faris!"

Tangannya yang baru ingin membuka pintu kereta itu terhenti. Lantas dia berpaling, dahinya berkerut melihat Erika yang sedang berlari ke arahnya.

"Erika? You buat apa kat sini?"

Perempuan ni buat apa kat office aku ni?

"I nak jumpa you lah. Penat I kejar you dari tadi tau?" balas Erika termengah-mengah. Nafasnya turun naik akibat berlari mengejar kekasih hati.

"You nak jumpa buat apa lagi? Kita dah tak ada apa-apa pun." Faris hela nafas kasar. Dia kembali berpaling sebelum pintu keretanya dibuka.

Enjin segera dihidupkan sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Tidak betah dia lama-lama berada disitu berduaan dengan Erika.

"Wait, Faris dengar dulu apa yang I nak cakap." pinta Erika sambil ditahan pintu kereta Faris dari tertutup.

Faris mendengus. Matanya melilau memandang sekeliling, risau jika ada pekerjanya melihat dia bersama Erika disitu.

"You nak cakap apa lagi? I busy lah." balas Faris bengang. Matanya tajam memandang wajah Erika.

"Okay sorry kacau you. Tapi please, luangkan sikit masa you untuk I. You pun baru habis kerja kan? Apa kata I belanja you minum?" pujuk Erika lagi beserta senyuman manis.

Faris menepis kasar apabila tangannya dipegang Erika. Tajam anak mata lelaki itu memandangnya.

"No Erika, I'm busy. Tepi." pantas pintu kereta ditutup kasar sebelum keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan pejabatnya.

"Faris! Ah, shit!" Erika menghentak-hentak kakinya yang tersarung heels 4 inci itu dengan geram. Beg tangan yang terlepas tadi diambil kasar.

"You tunggu Faris, I akan pastikan you jadi milik I semula." ujar Erika dengan senyuman sinis. Segera kakinya melangkah menuju ke keretanya sebelum dia memecut laju meninggalkan kawasan itu.

...

Tok tok tok!

Faris mendengus geram. Pintu itu diketuk lagi entah ke berapa kali pun dia tak tahu namun tiada siapa yang membukanya dari dalam.

"Nuha!" laung Faris geram sambil tangannya mengetuk lagi pintu. Tali leher yang rasa makin menjerut lehernya dilonggarkan kasar.

Nuha yang sedang mengelap dapur sambil bernyanyi tadi tersentak apabila terdengar pintu diketuk kuat.

Skrin telefon segera dibeleknya. Baru pukul 3:30 petang. Awalnya mamat ni balik? Gelabah dibuatnya bila dengar suara Faris dah menjerit nama dia dari luar.

Makin kalut bila sedar kepalanya tak bertutup apa-apa. Dengan tergesa-gesa dia menutup pili air sinki sebelum berlari masuk ke dalam bilik.

"Kejap!" bawal yang senget benget tidak dihiraukan, tangan laju membuka pintu sebelum wajah dingin Faris menatapnya tajam.

Nuha telan liurnya melihat Faris yang dah bercekak pinggang sambil tangannya laju membuka pintu grill yang berkunci.

"Aw-"

"Apa yang lembap sangat nak buka pintu ni? Nak tunggu pintu ni kena roboh dulu ke baru reti nak buka?!" terhinjut bahu Nuha dengan jerkahan Faris. Kepala lututnya automatik terketar sendiri.

Tanpa menghiraukan Nuha, terus kakinya laju melangkah masuk ke dalam sebelum punggung dihempas kasar diatas sofa. Nafas yang tak teratur dari tadi dihela kasar.

Nuha terkaku ditempat dia berdiri. Grill besi dan pintu yang terbuka dikuaknya seluas alam. Air liur ditelan payah melihatkan keadaan Faris yang sedang kusut itu.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now