Nuha melangkah keluar dari bilik air sambil tangannya mengikat tali bathrobe ditubuh. Balutan tuala dikepala dibuka lalu dikeringkan sambil punggung dilabuhkan di birai katil.
Nuha merebahkan diri atas tilam sebelum keluhan panjang dihela. Matanya terpejam rapat. Penat yang tak terbendung harini disebabkan teman Puan Farida berpusing satu shopping complex.
Hampir satu hari suntuk hari ni berjalan, akhirnya nak dekat maghrib baru jumpa jalan balik rumah. Tak pernah-pernah Nuha berjalan punya lama seharian. Paling lama pun pernah keluar dengan Hana dari pagi sampai ke tengah hari jelah.
Itupun dia membebel sebab solat zohornya kelaut disebabkan tengok wayang nak dekat 3 jam lamanya.
Tangannya meraba-raba atas tilam dan bawah bantal mencari telefonnya tapi lain pulak di jumpanya.
Sekeping kad bersama barangan yang bersepah dari beg silangnya itu diambil lalu matanya lama merenung kad nama itu.
Bibir bawahnya digigit, otaknya kembali mengingati tentang perbualannya dengan Rafiq siang tadi.
"Kau apa khabar?"
Nuha angkat kepala. Anggukan kecil berserta satu senyuman nipis diberi. "Alhamdulillah, macam yang awak nampak."
Rafiq tersenyum lagi. Matanya tak lepas memandang gadis dihadapannya itu. Nak dekat setengah jam, sesaat pun dia tak berpaling dari menatap Nuha. Melihatkan Nuha yang seperti tidak keruan itu membuatkan dia tergelak kecil.
Nuha hanya diam. Tak tahu nak berbual apa dengan lelaki itu. Dilihatnya Rafiq begitu berubah setelah beberapa tahun dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Iya, mungkin perubahan waktu itu membuatkan seseorang itu bisa berubah ke arah yang lebih baik mungkin?
Rafiq mengerling telefonnya sekilas sebaik sahaja ada bunyi mesej masuk. Dia mengeluh seketika sebelum matanya kembali menatap Nuha.
"I'm sorry, aku kena pergi sekarang. Banyak benda aku nak berborak dengan kau sebenarnya tapi masa tak mengizinkan. Jadi kalau aku nak jumpa kau lagi lepas ni boleh kan?" Rafiq menatap Nuha dengan pandangan penuh berharap.
Mohon jawapan yang positif.
Lama Nuha terdiam, otaknya mencerna sesuatu dengan kata-kata lelaki itu. Tapi tak salahkan kalau dia jumpa lagi dengan Rafiq? Dia pernah jadi kawan kau jugak kan?
"Boleh. Bila nak jumpa?" bibirnya diketap perlahan. Berharap keputusannya itu betul.
Menyeringai senyuman Rafiq dibuatnya. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari dompetnya sebelum sekeping kad dihulurkan buat gadis itu.
"Ini kad aku, kau boleh call aku dekat nombor tu. Nanti aku inform balik bila kita boleh jumpa."
Nuha mengeluh panjang. Nak jumpa ke? Tapi dah setuju nak jumpa lagi. Kalau tak pergi nanti apa pulak lelaki tu cakap? Haih.
Kad tadi ditatapnya kembali. Dahinya berkerut sedikit.
CEO T.R Holdings.
Macam pernah dengar nama syarikat ini. Sepertinya ini syarikat perhotelan. Takkanlah Rafiq pemilik syarikat itu? Setahunya syarikat itu belum ada pemilik dan pemilik sebelumnya pun dah bersara.
Setahunya dia pernah memohon kerja di syarikat tersebut dalam cawangan Malaysia disebabkan T.R Holdings itu banyak cawangan di luar negara.
Seketika Nuha terkaku. Terus dia bangun bangun secara drastik dari pembaringan. Matanya berkelip-kelip memandang kad tersebut ditangan. Takkanlah desas-desus itu betul?

ANDA SEDANG MEMBACA
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...