Nuha yang sedang sibuk memasak ikan tiga rasa di dapur itu tersentak apabila telinganya menangkap bunyi pintu grill yang terbuka. Kepalanya laju menjenguk kelibat seseorang di ruang tamu. Senyumannya melebar.
Sebaik sahaja lauk yang dimasaknya sudah mencukupi citarasa, api terus ditutup sebelum langkah kaki dibawa mendekati Faris yang sedang terbaring di sofa. Dengan rasa berdebar, dia berjalan mendekati Faris. Nuha melutut di sebelah lelaki itu sebelum wajah Faris diperhati.
'Penat sangat ke?'
"Awak.." lengan lelaki itu digoyang perlahan.
Tiada respon.
"Awak.. Bangunlah, mandi. Rehat kat atas dulu. Lepas maghrib kita makan sama-sama." ujar Nuha lembut.
Malam ni dia bertekad ingin berbaik dengan Faris. Seharian lelaki itu buat dia gaya tak wujud, buat dia rasa tak selesa. Dia lebih rela kalau lelaki itu yang berperangai minta kaki daripada senyap begini.
Lekas Faris bangkit tanpa memandang ke arah Nuha. Tali lehernya dileraikan sedikit kasar sebelum dua butang kemeja teratas di buka. Dia mula bangun. Tak sempat dia mencapai briefcasenya, Nuha laju mencapai dulu.
"Biar saya bawa. Awak pergilah naik." Nuha gigit bibir. Agak terkilan dengan layanan Faris sebenarnya.
Faris mendengus perlahan lalu langkah kaki dibawa menaiki anak tangga menuju ke bilik.
Nuha melepaskan nafas berat. Belum pujuk lagi dah buat perangai nak marah-marah. Tak mahu berfikiran yang bukan-bukan, dia menuju ke dapur untuk menghidang lauk. Dengan bersemangatnya dia meneruskan misinya untuk memujuk suami annoying yang tengah buat perangai merajuk mengalahkan perempuan.
Selepas solat maghrib, Nuha terus turun ke bawah dan menunggu Faris turun untuk makan bersama. Tetapi hampir setengah jam menunggu, batang hidung lelaki itu langsung tak nampak. Nuha dah pelik. Mana pulak mamat ni. Sambung mandi ke apa?
Malas nak menunggu lama lagi, dia terus menapak naik ke bilik lelaki itu. Perutnya yang dah bernyanyi dari tadi, mana boleh dibiarkan tak berisi.
Beberapa kali diketuk pintu bilik lelaki itu, masih tiada jawapan. Nuha mengerutkan dahi. Rasanya mamat ni ada je kat dalam.
"Awak..? Jom turun makan. Saya dah siap masak ni." Nuha melaung dari luar pintu.
Telinganya ditekap ke muka pintu. Senyap. Tak ada jawapan. Nuha rasa makin pelik. Perlu ke dia terjah aje?
Ah, lantaklah.
"Awak.." panggilnya lagi sebaik sahaja pintu bilik dikuak perlahan.
Tergamam Nuha apabila matanya tertancap ke arah susuk tubuh Faris yang sedang merengkot menahan sakit atas katil. Perutnya dicengkam kuat menahan sakit di situ. Laju kakinya mendapat Faris.
"Awak kenapa ni?"
Faris tak menjawab. Nuha memandang wajah Faris yang sedang pucat itu. Hatinya resah tiba-tiba. Kenapa dengan Faris?
"Awak okey tak? Kita pergi klinik eh?" Nuha mula menarik tangan Faris malah lelaki itu menggeleng perlahan.
"B-bagi aku air.."
Dengan suara tertahan-tahan, Faris bersuara. Laju Nuha mengisi air kosong ke dalam gelas sebelum diberikan kepada lelaki itu. Melihatkan Faris yang sudah sedikit stabil, barulah Nuha lega.
"Kita pergi klinik lah jom."
Faris menggeleng kepala tak mahu. Nuha mengeluh perlahan.
"Aku kena gastrik jelah. Perut aku masuk angin, itu yang sakit. Tak payah pergi klinik bagai. Nanti aku telan je ubat kat dapur tu nanti lama-lama okeylah." dengan petahnya Faris memberi jawapan.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...