35

10.5K 275 3
                                    


"Papa nak Ris nikah dengan Nuha."

Sebaris ayat yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut Tuan Khairul itu membuatkan Faris seperti terkena renjatan elektrik.

Nikah?

Nuha yang mendengar keputusan Tuan Khairul tadi hampir tubuhnya melorot jatuh dari pegangan Puan Farida sebelum tubuh Nuha ditarik ke dalam pelukan. Wajah Nuha disembam ke bahu wanita itu dalam esakan. Jelas dari riak gadis itu, keputusan papanya itu benar-benar tidak boleh diterima.

Lepas apa yang dah jadi, ingat senang macam tu je dia nak terima Faris? Selepas apa yang lelaki itu dah buat padanya?

"Papa, kena tangkap khalwat tak semestinya jalan penyelesaiannya adalah nikah. Mesti ada cara lain." Faris bersuara sayu. Memohon agar papanya mengerti keadaan mereka sekarang.

"Ris nak lari dari bertanggungjawab?" tajam mata Tuan Khairul merenung ke dalam anak mata Faris.

"Ris tak kata yang Ris nak lari dari semua ni. Tapi ada banyak lagi cara lain boleh selesaikan masalah ni. Ris tahu ini semua berpunca daripada Ris sendiri tapi demi Allah pa, kami tak bersalah. Ada orang cuba perangkap kami."

"Cara apa lagi Ris? Satu Malaysia dah kecoh pasal ni. Kamu nak buat apa? Nak menjelaskan sesuatu yang tidak jelas dimata masyarakat? Kamu ada bukti ke? Papa bukan saja-saja suruh kamu kahwin dengan Nuha. Tapi air muka Nuha juga perlu dijaga." bidas Tuan Khairul lagi. Dia sudah buntu. Cara apa lagi yang lebih selamat selain dari menikah.

Faris diam tak berkutik. Pandangannya jatuh ke lantai sebelum matanya terpejam rapat. Allah..kenapa perlu begini? Mereka akan disatukan dengan cara yang langsung mereka tak jangka. Wajahnya diraup sekilas.

Nuha hanya senyap. Dia tidak mampu bersuara apatah lagi mahu membantah keputusan papanya sedangkan hatinya sakit. Dia hanya mampu menangis. Nuha penat dengan semua ini. Biarlah, kalau ini memang takdir hidupnya, siapalah dia nak menolak?

"Nuha.."

Kepalanya diangkat perlahan apabila mendengar namanya diseru oleh Tuan Khairul. Wajah sembapnya itu menatap sayu ke dalam anak mata lelaki tua di depannya itu.

"Maafkan papa. Papa tak bermaksud nak hancurkan masa depan Nuha. Keputusan yang papa buat ini bukanlah kehendak papa sendiri. Tapi untuk kebaikan Nuha, untuk kebaikan semua orang. Papa tak nak Nuha rasa terhina dengan atas apa semua yang berlaku."

Air mata yang sedaya-upaya ditahan dari jatuh tadi akhirnya jatuh, laju pipinya diseka sambil kepalanya menggeleng.

"Papa tak perlu minta maaf pun. Semua ni bukan salah papa, tapi salah Nuha sendiri. Nuha yang gagal jaga diri sendiri." dia tersenyum nipis sebelum nafasnya ditarik dalam.

"Nuha terima keputusan papa kalau itu yang terbaik." luahnya dengan nafas yang hampir putus itu dihela. Sukarnya dia mahu membuat keputusan begini. Tapi hatinya kuat mengatakan keputusan papa itu betul.

Faris angkat muka sebaik sahaja sebaris ayat itu keluar dari bibir Nuha. Gadis itu terima? Semudah itu dia bersetuju? Wajah gadis itu ditatap lekat. Apabila anak mata mereka bertembung, laju Nuha melarikan pandangannya dari menatap lelaki itu.

Faris hela nafas. Jelas dia tahu Nuha tidak menerima sepenuhnya keputusan papanya itu. Tengok dari anak matanya pun dah tahu, nampak terpaksa. Kalau tak boleh terima dengan apa yang dah jadi semua ini, kenapa perlu bersetuju sedangkan hati berkata tidak?

Faris cuma tak mahu buat gadis itu rasa terpaksa kena nikah dengan dia. Kalau boleh, dia mahu Nuha terima dia seikhlas hati. Tapi dia tahu dari riak gadis itu, jelas yang dirinya tidak boleh diterima sepenuhnya.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now