Tiga tahun kemudian..
Mata dikecilkan sambil bebola matanya bergerak memandang pasangan itu silih berganti. Dia berpeluk tubuh, punggung dihempas kuat atas tilam. Lagaknya tak ubah seperti orang dewasa yang tak suka membuat dirinya tertunggu-tunggu.
Jam Boboiboy di pergelangan tangannya dikerling sekilas sebelum bibir kecilnya mendecit geram.
"Daddy.. Cepatlah! Iyash dah lambat tau!" marahnya dengan kaki pendeknya dihentak-hentakkan atas tilam. Dari berpeluk tubuh, dia bercekak pinggang memandang daddynya.
Faris memandang kosong ke arah anak terunanya yang tak sudah membebel dari tadi. Baru pukul 7:30 pagi kut. Padahal pintu pagar tadika anaknya itu pukul 8:00 pagi baru terbuka.
Kalut sangat tengok jam tak bernyawa dia yang dari semalam statik kat nombor sembilan tu. Geram aje tengok budak ni tau, gaya macam dah lambat sebab kena hadap jammed. Macamlah dia yang bawa kereta nanti.
"Sayang tengoklah anak teruna awak tu. Bukan main lagi membebel mengalahkan orang tua." rungut Faris sambil dipincingkan mata ke arah Firash yang bibirnya terkumat-kamit membebel. Sempat dia berlawan pandang dengan anaknya itu sebelum Firash menjeling tajam daddynya.
Eh budak ni, tak lama ni.
Nuha hanya tergelak kecil sambil tangannya ligat membetulkan tali leher suaminya. Kepala digelengkan perlahan. Tak sedar ke perangai anak dia tu ikut siapa?
"Alah, perangai dia pun datang dari abang juga." selamba Nuha membalas sambil tangannya mengusap dada bidang Faris. Tali leher yang diikatnya itu dipandang dengan puas hati sebelum jegilan mata si suami dibalas dengan kenyitan nakal.
"Dah siap! Jom Iyash, kita turun makan." tangan kecil itu dipimpin sebelum mereka bergerak keluar dari bilik. Sempat Firash menjelirkan lidah ke arah Faris sebelum dia menapak turun ke bawah.
Faris menggeleng kepala. Haih, tak padan dengan kecik berlagak macam orang dewasa.
Seusai makan, Faris dan Firash bergerak ke ruang tamu sebelum Nuha mencapai briefcase suaminya. Konon nak rushing punya pasal, Firash beria tarik tangan daddynya menyuruh lelaki itu cepat-cepat menghantarnya ke tadika.
"Iyash, sabarlah.. Daddy nak pakai kasut dulu ni. Tak lari pun sekolah Iyash tu.." Faris menjeling anaknya.
"Nanti cikgu marah Iyash.." Firash buat muka protes.
Haih la anak. Mujur sayang tahu?
"Iyash.. Nak pergi school kena salam mummy dulu. Come." sebaik briefcase diberikan pada suaminya, laju tubuh kecil Firash yang berlari ke arahnya itu dipeluknya.
"Iyash pergi school dulu mummy. Jangan rindu Iyash tau!" dia mengenyitkan mata sebaik tangan mummynya dicium sopan.
Nuha tergelak. Wajah comel Firash diciumnya bertalu sehingga membuatkan anak lelakinya itu terkekek ketawa. Faris hanya tersengih.
"Okay.. Belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu. Ingat pesan mummy, jangan bergaduh kat sekolah dan.."
"Jangan nakal-nakal." sambung Firash dengan senyuman comelnya. Tersusun gigi putihnya itu.
"Pandai! Macam nilah anak mummy. Dah, pergi masuk kereta."
Laju Firash berlari ke arah kereta sebelum pintu sebelah pemandu dibuka. Faris hanya tersenyum melihat keletah anaknya. Dia berjalan mendekati Nuha. Tangan suaminya dikucup sopan dan seperti rutin hariannya, dahi Nuha dicium lembut.
"Abang balik makan tengahari tak hari ni?" Nuha menyoal. Kolar kemeja suaminya dibetulkan sedikit.
Faris mengeluh kecil sebelum pinggang isterinya ditarik. "Tak, hari ni abang ada meeting. Lepas tu petang ni maybe abang balik lambat sikit kut."
![](https://img.wattpad.com/cover/195287714-288-k758176.jpg)
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...