"Erika?"
Dahi Faris berkerut melihat gerangan yang sedang tersenyum senget ke arahnya itu. Erika? Nak apa lagi minah ni kat sini?
"You buat apa kat sini?" Faris menyoal dingin. Kasutnya ditanggalkan tanpa memandang Erika yang mengerling manja ke arahnya. Jelas dia tak suka dengan kedatangan gadis itu.
"I rindukan you.." ujar Erika manja. Tangan Faris dipaut lalu dilentokkan kepalanya dibahu lelaki itu.
Faris mendengus. Terus ditolaknya kasar tangan Erika yang sedang melilit lengannya. Segera dia menjarakkan diri dari gadis yang gaya tak ada pedoman hidup itu.
Menggeletis semacam dah kenapa?
"Macam mana you tahu alamat rumah I?" wajah cemberut Erika dipandang tajam. Beraninya perempuan ni datang ke sini? Apa yang perempuan ni nak?
"Adalah.. You jangan risau, I takkan beritahu sesiapa pun alamat rumah you kat orang luar. Privasi you, privasi I jugak." ujar Erika manja sambil tangannya bermain-main di butang kemeja Faris.
Faris buat muka meluat. Segera ditepis jauh-jauh tangan nakal Erika di dadanya namun Erika masih tidak mahu kalah, kini leher Faris pula dirangkulnya.
Mata Faris terbuntang, terus ditolak kasar tubuh Erika yang terus melekat di tubuhnya.
Gila ke peluk anak teruna orang?! Dadanya berombak menahan amarah yang hampir meletup dengan tindakan drastik Erika."You ni dah kenapa Erika?!"
Seketika mereka berdua berpaling apabila terdengar deheman kuat seseorang dari dalam kondo Faris.
"Maaf ganggu, saya tunggu kat luar dulu." Nuha menunduk sedikit, langkahnya laju keluar dari kondo Faris. Tak kuasa nak melayan drama spontan tak bertauliah mereka dari tadi.
Bikin tambah dosa je mata sucinya.
"Wait."
Langkah Nuha terhenti apabila pergelangan tangannya disambar seseorang dari belakang. Kepalanya dipusing menghadap wajah bengang Faris yang sedang menatapnya tajam.
Ah sudah.
"Kau tunggu kat sini sampai aku naik balik. Aku ada urusan kejap dengan perempuan ni. You, kita bincang kat bawah." terus Faris beredar dari situ meninggalkan Nuha dan Erika yang sedang termangu disitu.
"Wait, Faris!" dengan sepantas kilat, Erika menyarung kasut tumit tingginya sebelum dia mengejar Faris dengan nafasnya yang tercungap.
Sesampainya di lobi, Faris bercekak pinggang sambil matanya mencerlung wajah Erika dengan perasaan yang meluat.
"You nak apa lagi dengan I? Kita dah tak ada apa-apa kan? Kalau you datang sini sengaja nak cari masalah, better you balik." Faris meraup wajahnya kasar. Jelas riak serabutnya dengan perangai Erika.
"Okay, I'm sorry sebab I datang tak bagitahu you. I just nak kita macam dulu balik. I nak get back dengan you Faris." rayu Erika lagi pakej dengan muka mintak simpati.
Terus Faris menghamburkan tawa sinisnya. Dia tak silap dengar ke tadi? Get back? Apa muslihat perempuan ni? Permintaan jenis apakah tu?
"Get back? I agak you ni memang dah tak faham bahasa melayu sejak you sedap berasmara dengan mamat saleh kat Melbourne tu kan? You tahu apa yang jadi sebelum ni, dan you dah dengar keputusan I dua tahun lepas dan I takkan ulang banyak kali bagitahu you." ujar Faris sinis tanpa memandang wajah Erika yang dah serupa minta kaki itu.
"Please Faris, I'm sorry. I tahu semua tu salah I. I mohon, bagi I satu lagi peluang untuk I tebus balik kesalahan I. Sumpah, I dengan Eddy tak ada apa-apa pun. Dia yang perangkap I." mata yang bergenang dengan air mata dari tadi terus tumpah.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...