31

9.1K 227 4
                                    

Nuha melangkah lemah ke dalam rumah Hana dengan rasa lelah seharian ini. Punggung dihempas malas atas sofa di ruang tamu itu sebelum satu keluhan terlepas. Matanya dikatup rapat mengenangkan apa yang sudah terjadi hari ini.

Lengan dibawa ke atas dahi. Di dalam benaknya, puas berfikir, kenapa baru sekarang Haikal baru nak jujur dengan dia semua benda yang tak masuk dek akalnya itu?

Sumpah rasa bersalah gila lepas reject orang.

"Oit, baru balik? Kau dari mana ni?"

Nuha membuka mata sebaik sahaja dia berpaling melihat Hana yang sudah selamat landing di sebelahnya. Soalan Hana tadi tidak dijawab. Bantal kusyen dicapai sebelum ditekup ke wajah.

Hana dah kerut kening bila dengar kawan baik dia tu tengah mengerang frust gaya macam lepas break. Pelik, bf pun takde. Dah kenapa dengan si Nuha ni?

"Kau okey tak ni?" Hana menyoal lagi. Risau dia menengoknya bila Nuha dah macam orang meroyan.

"Tak. Aku tak okey." dari duduk, tubuhnya yang dah terlentang tadi terus tegak bangun bersandar semula di sofa. Wajah pelik Hana itu dipandang tanpa perasaan.

"Kau kenapa ni? Bagitahu lah aku. Kau dari mana tadi?" Hana membetulkan duduk.

"Aku jumpa Haikal tadi." satu keluhannya dilepaskan. Hana hanya mengangguk.

"Pastu?" soal Hana seraya diambil muk yang berisi milo panas yang dibawa dari dapur tadi ke bibir.

"Kau tahu tak, dia confess perasaan dia kat aku tadi. Aku speechless." Nuha ketap bibir.

Hampir nak tersedak air milo kat anak tekak Hana dek jawapan KBAT Nuha tadi. Nasib baik suam, kalau panas mahu melecur segala jenis organ kat dalam mulut tu haih.

"Seriuosly? Lepas tu, kau jawab apa?" muk tadi diletakkan kembali atas meja. Kini difokuskan sepenuhnya menanti jawapan Nuha.

Nuha mengeluh. Wajah teruja Hana tu dipandang dengan riak mendatar.

"Kau rasa?" keningnya dijungkit sebelah.

"Mestilah kau approve kan?" dengan penuh yakinnya Hana menjawab laju. Senyumannya menyeringai. Perempuan mana je yang sanggup tolak si Haikal tu. Gentleman kut.

Nuha dah buat muka toya. Confident sangat kawan baik dia ni dah kenapa?

"Memang taklah. Kau gila ke aku nak terima 'lamaran' Haikal tu? Kau tahu sendiri kan aku dah anggap dia tu macam kawan baik aku sendiri."

Serta-merta senyuman baru nak tumpang bahagia tadi mati. Hana menoleh memandang Nuha.

"Kau reject dia?" mata Hana membulat.

"Habis tu kau expect apa? Terima jadi girlfriend dia? Nonsense." Nuha berdecit. Muk yang berisi air milo yang dah sejuk dari tadi diteguk perlahan.

Lama Hana terdiam. Bila difikirkan balik, tak pelik pun Haikal tu ditolak mentah-mentah. Bukannya dia tak tahu yang Nuha ni memang tak pernah ada hati dengan Haikal tu.

"Dah tu, yang kau balik rumah macam orang meroyan ni dah kenapa? Menyesal ke?" Hana menyoal dengan nada perli. Diliriknya sekilas Nuha yang macam frust dari tadi.

Keluhan panjang dihela. Rasa bersalahnya semakin membuak. Wajah Hana dijeling sekilas sebelum dia berpusing menghadap Hana.

"Aku rasa bersalah. Lepas aku reject Haikal tadi, dia macam merajuk dengan aku. Tadi aku ada call dia tapi dia langsung tak angkat. Haikal marahkan aku ke?" lengan Hana dipegang.

Hana menoleh memandang muka serba-salah Nuha. Dia pun rasa macam nak baiki sel-sel otak Nuha yang memang lambat berhubung tu. Orang tu punyalah ada hati dengan dia dah lama, dia boleh buat tak perasan.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now