Kepalanya yang masih terasa berdenyut itu digeleng beberapa kali sebelum matanya meliar sekitar dalam bilik yang dihuninya itu. Dahinya berkerut. Ini bukan bilik dia. Apa yang jadi semalam?
Melihatkan pakaian dibadannya itu sudah bertukar, otaknya masih mencerna bagaimana dia boleh memakai baju Faris pula ni?
Tanpa berlengah, Nuha melangkah masuk ke dalam bilik air membasuh muka dan berwuduk. Subuh gajahnya itu segera dilaksanakan. Tak sedar dia dah terlepas waktu subuh. Seusai solat, rambutnya yang separas pinggang itu diikat messy bun sebelum kaki laju melangkah menuruni tangga menuju ke bawah.
Kelibat lelaki itu dicari namun tak jumpa. Pergi joging kut pagi-pagi ni. Nuha mengeluh. Tak mahu buang masa, segera dia menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Mesti lelaki itu lapar.
Terangkat keningnnya melihat dua bungkus nasi lemak terletak elok di atas meja. Faris belikan sarapan? Kenapa tak kejut dia je suruh masak? Solat subuh tadi pun tak kejut.
Haih.
Sebungkus nasi lemak dibuka. Bibirnya tersenyum nipis.
Sambal sotong.
Macam tahu-tahu je kegemarannya yang satu itu. Segera dia menjamah sarapannya itu seusai membaca doa. Perutnya sudah berkeroncong sejak semalam lagi tak diisi sebarang makanan pun.
Sambil makan, dia cuba mengingat semula kejadian semalam yang menimpa dirinya. Seketika kunyahannya terhenti. Baru tersedar kebodohan sendiri.
Bodoh sebab buat keputusan sendiri kerja di tempat yang salah.
Bodoh sebab tak dengar cakap suami.
Deg!
Sungguh dia rasa bersalah terhadap Faris sekarang. Apa kata lelaki itu nanti? Isteri jenis apa kau ni Nuha? Faris tu dah cukup bersabar dengan perangai degil kau. Tapi kau tak pedulikan dia.
Nuha menghela nafas. Hilang terus selera nak habiskan nasi lemak. Dia bangkit dari kerusi sebelum lebihan nasi lemak yang masih tak bersentuh tadi dibungkus kembali. Segera dia membasuh tangannya di sinki.
Langkah diatur menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan duduk atas sofa sambil memperbetulkan hoodie besar gedabak milik Faris ditubuhnya. Kain batik sudah ditukar dengan seluar biasa. Niatnya ingin menunggu Faris pulang dan terus nak minta maaf dengan kejadian semalam.
Nuha bangkit apabila telinganya menangkap bunyi enjin kereta di garaj kereta. Melihatkan Faris yang baru pulang itu, Nuha terus membukakan pintu buat Faris.
Tangan yang dihulurkan untuk bersalaman itu tidak bersambut apabila Faris hanya berjalan menonong tanpa menghiraukan Nuha. Pandang sebelah mata pun tidak. Nuha ketap bibir.
"Awak.. Dah makan?" Nuha mengejar langkah Faris.
"Dah." jawabnya sepatah. Dingin.
Nuha jadi serba-salah.
"Awak.."
"Aku nak naik." potongnya laju sebelum kakinya melangkah menuju ke arah tangga.
Baru nak dipijak anak tangga yang pertama, langkahnya mati apabila terasa ada tangan yang melingkar kemas dipinggangnya dari belakang. Tubuhnya kaku.
"Saya minta maaf.." ujarnya perlahan. Lantaklah lelaki itu nak marah dia sekalipun, dia terima.
"Lepas.." dingin Faris bersuara. Terasa Nuha menggeleng di belakang tubuhnya membuatkan dia memejam mata rapat. Faris ketap bibir. Dia masih belum bersedia mahu bersemuka lagi dengan isterinya itu.
Selepas dia baru balik dari balai polis tadi, fikirannya semakin kusut. Rupanya Nuha dikenakan pil khayal dalam minumannya dan itu semua rancangan Rafiq yang mahu merogol Nuha malam tadi.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...