40

12K 266 1
                                    

Dengan penuh berhati-hati Faris mencempung tubuh tua Nek Mah sebelum diletakkan atas stretcher yang disediakan. Beberapa orang jururawat dan pekerja hospital yang datang bersama ambulan turut membantu Faris membawa masuk ke dalam van.

Pagi tadi, Nuha sudah berbincang dengan Faris tentang keinginannya untuk memindahkan Nek Mah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut di sana. Setelah difikirkan Faris akhirnya lelaki itu bersetuju.

Mak Ija memanjatkan rasa syukur atas niat baik Nuha ingin membantu neneknya. Akhirnya Nek Mah dapat juga peluang untuk sembuh setelah selama setahun dia menderita kerana penyakitnya.

"Hei, hei! Kau orang nak bawa pergi mana mak aku ni? Siapa yang izinkan kau orang bawa orang tua ni?" jerit Ruhana yang kebetulan sedang lalu di situ bersama anak perempuannya sambil menahan stretcher yang ditolak oleh pekerja hospital itu.

"Aku yang suruh. Ada masalah ke?"

Ruhana terus memandang tajam ke arah Mak Ija yang beriak selamba sambil berpeluk tubuh.

"Cukup ke duit kau nak tampung kos rawatan orang tua ni Ija? Nak beli tanah Pak Harun tu pun kau tak mampu." Ruhana menyindir sinis sambil tersengih mengejek.

"Mak Ija memang miskin harta tapi hati perut Mak Ija tak pernah rasa miskin nak merawat nenek hari-hari." celah Nuha dengan mendatar di sebelah Mak Ija. Sakit hati dia sebenarnya bila dengar Mak Ija dihina oleh Mak Long nya.

Mak Ija yang baru nak membalas tadi terus tak jadi tiba-tiba Nuha muncul di sebelahnya. Dengan riak tenang gadis itu merenung wajah Mak Long nya.

Lama wajah gadis di sebelah Mak Ija itu direnung tajam. Siapa budak ni? Main mencelah je cakap orang tua. Tak lama, matanya hampir terbuntang apabila dia dapat mengecam wajah gadis itu. Anak gadisnya sempat mengerling nakal memandang tubuh tegap Faris. Mengancam! Muka pun boleh tahan.

"Kau..?!" Ruhana menjerkah sedikit kuat apabila wajah Nuha itu dapat diingat semula. Wajah anak perempuan Ruhana, Raisya turut terkejut melihat sepupunya itu kembali ke kampung setelah bertahun lamanya.

Nuha tidak menghiraukan Mak Long nya apabila wanita itu sudah mengingati dirinya sebaliknya dia segera mengarahkan pekerja yang menolak stretcher tadi terus masuk ke dalam van ambulan. Setelah mendapat arahan dari Faris, terus ambulan itu beredar dari situ.

"Hidup lagi kau rupanya anak tak kenang budi." ujar Ruhana sinis sambil melangkah mendekati mereka bertiga disitu.

"Siapa yang tak kenang budi? Kau ke dia?!" jerkah Mak Ija sambil menghalang Nuha agar setia di belakangnya. Mukanya merah padam menahan amarah yang meluap apabila anak jirannya itu dihina begitu sekali.

Dulu mungkin dia tak mampu nak membela Nuha, tapi tidak sekarang.

Nuha hanya tersenyum tipis. Hatinya sakit. Sudah lebih sepuluh tahun, ibu saudaranya itu masih bencikan dia sampai sekarang. Apa dosa dia terhadap wanita itu?

Nuha mengeluh berat sebelum dia memberi isyarat pada Mak Ija agar bertenang. Kakinya melangkah setapak ingin mendekati Mak Long nya.

"Mak Long apa khabar? Mak Long sihat?" kedua tangan dihulur ingin bersalam beserta senyuman di bibir.

Seketika mata Ruhana meliar tubuh Nuha atas bawah dengan pandangan sinis.

"Kau ingat aku nak sentuh ke tangan kotor kau ni? Kalau kau mati sekalipun, mayat kau pun belum tentu aku nak pandanglah. Berani kau tunjuk lagi muka tak malu kau kat kampung ni kan perempuan?" ujarnya sinis dengan suaranya sedikit kuat. Sengaja dia mahu memalukan Nuha depan orang kampung yang sedang melihat 'drama' sebabak tak berbayar mereka.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now