37

10.6K 260 7
                                    

Pagi-pagi lagi Nuha sudah sibuk di dapur. Memandangkan Cik Idah belum sampai, jadi dia mengambil alih membuat sarapan pada pagi itu.

Teh O dalam teko yang dibancuhnya tadi dibawa lalu diletakkan atas meja makan. Mee goreng basah yang baru siap dimasak tadi juga dihidangkan atas meja.

"Assalamualaikum.. amboi, awalnya pengantin baru bangun hari ni." tegur Cik Idah yang baru muncul dari pintu dapur belakang. Kebiasaannya Cik Idah akan datang ke rumah Tuan Khairul pagi-pagi ikut pintu belakang rumah untuk memudahkan kerjanya di bahagian dapur.

"Waalaikumsalam. Alah cik Idah, sebelum jadi pengantin pun Nuha selalu je bangun awal tolong Cik Idah kat dapur." Nuha tersenyum sambil menyusun pinggan dan sudu atas meja.

Cik Idah tersenyum sambil mengangguk. "Nuha masak apa hari ni?" matanya meliar memandang hidangan atas meja makan. Baunya pun dah buat orang tergoda.

"Mee goreng basah je Cik Idah." Nuha tersengih. Sebenarnya dia tak tahu nak buat sarapan apa untuk pagi itu.

"Patutlah puan sayang sangat dekat Nuha ni. Dah la cantik, baik, rajin, pandai masak pulak tu. Untung puan dapat menantu macam Nuha ni."

Nuha hanya tersengih mendengar pujian yang melambung dari Cik Idah. Dia sendiri pun tak yakin semua ciri-ciri yang disebut Cik Idah tu betul wujud ke tak dalam dirinya.

"Sedapnya bau.. Cik Idah masak apa hari ni?"

Serentak Nuha dan Cik Idah berpaling ke arah Puan Farida diikuti Tuan Khairul yang turut menuruni tangga. Senyumannya melebar seraya mereka melabuhkan duduk di kerusi meja makan.

"Bukan saya yang masak puan, pengantin baru ni yang masak. Saya datang je tadi semua dah siap." Cik Idah tersenyum.

"Nuha buatkan sarapan? Susahkan Nuha je, Cik Idah kan ada. Nuha tak penat ke?" pertanyaan Puan Farida itu dibalas dengan ketawa kecil. Nuha menggeleng perlahan sambil tersenyum.

"Mama, Nuha buatkan sarapan aje pun. Penat apanya? Lagipun alang-alang Nuha bangun awal harini, Cik Idah pun belum datang tadi. Nuha buatkan dulu sarapan pagi ni." Nuha tersengih.

Ikutkan hati tadi, lepas subuh memang nak tidur balik. Tapi mengenangkan dia kena tidur di bilik Faris, memang taklah dia nak terlelap sebilik dengan Faris. Cukuplah satu malam aje dia tidur sebilik dengan lelaki tu. Itupun dah buat dia rasa macam tak selamat je.

Sudahnya, terus dia mandi awal pagi itu bersihkan diri dan membuat sarapan untuk keluarga mertuanya pagi itu.

"Iyalah. Dah, Nuha pergi naik kejutkan Faris turun makan. Budak tu susah sikit nak bangun pagi."

Nuha rasa nak mengeluh pula. Kena kejut lagi mamat tu? Mama tak payah bagitahu Nuha pun, anak teruna mama tu nak bangun subuh pun dah liat macam apa je. Inikan pulak nak bangun sarapan? Agaknya tidur mati kut manusia kat atas tu.

"Er.. Okey. Nuha naik dulu ya."

Apabila mendapat anggukan daripada Puan Farida, terus kakinya dibawa melangkah menaiki tangga menuju ke bilik Faris.

Dengan nafas berat, tombol pintu bilik dipulas lalu dibuka perlahan. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang terbaring dengan lenanya atas katil.

Dengan baju melayu dan kain pelikatnya tak bertukar, sah-sahlah lelaki itu terbongkang selepas menunaikan solat subuh tadi. Nuha berjalan mendekati Faris, punggung dilabuhkan dibirai katil.

Bibirnya digigit, teringat dia dengan mood swing Faris selepas solat subuh tadi. Sebaik mereka mengaminkan doa, Nuha yang mahu bersalaman dengan suaminya tadi langsung tidak dihiraukan Faris.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now