"Aku nak cakap something sikit dengan kau."
Tangan Nuha yang sedang menulis dibuku terhenti. Kepalanya diangkat perlahan memandang wajah serius Faris yang sedang memandangnya tajam. Keningnya diangkat sedikit menyoal lelaki itu.
Faris berdehem sebentar sebelum otaknya mula bekerja menyusun ayat.
"Aku nak kau jauhkan diri dari Rafiq." matanya masih tajam merenung wajah Nuha.
"Rafiq?" dahinya berkerut. Apasal pulak tetiba muncul topik Rafiq ni?
"Budak sebelah kelas kau kan? Aku tahu kau selalu berkepit dengan dia kat sekolah." tubuhnya disandarkan dikerusi sambil tangannya mengetuk perlahan meja belajarnya.
"Bila masa saya berkepit dengan dia? Kitaorang study sama-sama je. Lagipun bukan saya sorang je dengan dia. Hana pun ada sekali." makin berlapis dahinya. Tak suka bila Faris menuduhnya begitu.
Memang dia akui, sejak berkenalan dengan Rafiq sebulan yang lepas, lelaki itu selalu mengikutnya dan Hana kemana-mana. Alasannya mahu ikut study bersama.
Walaupun Nuha agak tidak selesa dengan kehadiran Rafiq, tapi dibiarkan sahaja dengan niat baik lelaki itu hanya mahu belajar bersama. Iyelah, selama ini pun hanya berdua dengan Hana. Jadi bila ada orang lain, jujur dia agak tak selesa. Tapi siapa dia nak menghalang.
"Ye, iyelah tu study je. Kau tak kenal lagi budak Rafiq tu. Dia bukan baik sangat pun. Perangai dia dari sekolah lama dia kau tahu ke macam mana?"
Nuha mula pelik dengan Faris. Lelaki ni nak ajak aku membawang ke apa? Salah orang kut kalau nak ajak bergosip macam ni. Nuha hanya diam tidak mengendahkan kata-kata Faris. Tangannya kembali bergerak menulis sesuatu dibuku.
Faris menjuling mata keatas. Geram dengan Nuha yang mengabaikan kata-katanya tadi. Dia berdecit perlahan. Tangannya mencapai telefonnya diatas meja.
"Aku bukan saja-sajalah suruh kau jauh dari dia. Tapi bila kau tengok gambar ni, apa kau rasa?" telefon tadi disuakan dihadapan Nuha.
Nuha mengambil telefon itu lalu ditelitinya gambar itu satu-persatu.
Terlihat Rafiq sedang memeluk pinggang seorang gadis. Tak. Bukan seorang, tapi ramai dikelilingnya. Lelaki itu terlihat sangat 'bahagia' berada ditempat yang penuh dengan manusia yang sedang terkinja-kinja itu.
Dibeleknya gambar yang lain pula, Rafiq sedang merokok bersama kawan-kawannya dibelakang bangunan sekolah. Kelihatan seragam sekolah yang dipakai Rafiq adalah seragam sekolahnya kini. Rafiq merokok disekolah?
Dahi Nuha bertambah berkerut. Sejujurnya dia terkejut. Selama ini dia sangkakan Rafiq adalah budak yang baik dan rajin. Tapi selepas apa yang dilihatnya sekarang sangat berlawanan dengan sangkaannya.
Nuha kembali menyerahkan telefon kepada Faris. Dia tidak tahu perasaanya kini. Seolah-olah ditipu hidup-hidup. Tapi dia tidak mahu percaya dulu.
"So? Apa pendapat kau?"
"Awak yakin ke dia macam tu? Dari mana awak dapat gambar tu semua? Entah-entah gambar tu tipu. Tak baik tau tuduh dia kalau dia tak buat pun tu semua." Nuha mula sangsi. Dia tidak mahu percaya bulat-bulat. Kalau semua itu bertentangan dengan apa yang dikatakan Faris, tak ke fitnah namanya tu?
Faris melepas tawa sinis.
"So kau nak back up dialah ni. Hm?"
"Saya tak back up dia, tapi kalau benda tu tak betul, kita juga berdosa sebab dah fitnah dia."
Geram betul dengan Faris ni. Suka buat andaian sendiri. Hisy!
"Oh, so kau nak kata aku menipulah ni? Mana aku dapat gambar ni tak penting. Aku suruh kau jauhkan diri dari dia pun sebab kau tu sebahagian dari family aku." jeda. Matanya masih tajam merenung wajah Nuha dihadapannya.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...