58

12.4K 257 2
                                    

Pagi itu Nuha bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan dan turut dibantu oleh Puan Farida. Bukan main seronok lagi Nuha apabila mendapat tahu Puan Farida dan Tuan Khairul juga pulang ke kampung untuk menziarahi Nek Mah di hospital.

Sebaik mereka pulang ke kampung pada petang semalam, terkejut Nuha melihat kelibat kereta mewah milik Tuan Khairul terpakir di hadapan halaman rumah kayu milik arwah ibu dan abahnya. Kata Puan Farida dia mahu juga kenal dengan ahli keluarganya di kampung.

"Nuha, pergi kejut Faris turun sarapan. Ni semua biar mama hidangkan." Puan Farida menegur Nuha dari belakang.

"Okey mama. Nuha naik dulu."

Sebaik mendapat anggukan dari Puan Farida terus Nuha melangkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Melihatkan Faris yang masih terbongkang dengan masih elok berpakaian solat itu dipandang sebelum kepalanya menggeleng perlahan.

Bertuah punya suami. Apa malas sangat nak tukar baju ni?

"Awak.. Bangun jom sarapan. Saya dah siap masak ni.." tubuh Faris digoyang.

"Hmm.. kejaplah.."

Faris menggeliat malas. Kain pelikat yang hampir terlondeh itu sempat Nuha tahan dari terlorot. Dalam hati dah beristighfar berkali-kali. Dia mendengus geram melihat Faris yang kembali tidur.

"Faris bangunlah.. Pukul berapa dah ni. Nanti kena bebel dengan mama awak salahkan saya pula tak kejut awak." Nuha mula bising. Tangannya laju menepuk lengan Faris dengan sedikit kasar.

"Dengar kau membebel pun dah naik bernanah telinga aku. Kejaplah bagi lima minit lagi nanti aku bangunlah.."

Faris menahan tangan Nuha dari terus memukulnya. Pagi-pagi dah cari pasal. Tahu tak orang mengantuk?

Nuha menahan sabar. Bibirnya diketap menahan diri dari memarahi dengan perangai Faris yang malas nak bangun tidur setiap kali nak dikejut. Apa susah sangat nak bangun ni?

"Saya kira sampai tiga kalau awak tak bangun juga saya simbah dengan air panas ni." Nuha mula mengugut walhal tak ada air panas pun dibawa masuk tadi. Melihatkan Faris yang masih tiada respon, Nuha jadi bengang.

Dia ke bilik air lalu mengambil secebok air dan dibawa ke bilik. Makin bengang dia melihat Faris masih terbongkang. Nuha mengeluh. Tak sampai hati sebenarnya nak simbah dengan cebok karang tak pasal lelaki tu naik angin, satu hal pula nak pujuk anak mama seorang tu.

Cebok yang berisi air itu diletakkan tepi meja sebelum dia merenjiskan air ke muka Faris. Padan muka. Tidurlah lagi, tidur.

"Janganlah.." Faris mengesat mukanya. Nuha tersenyum sinis.

"Bangun sekarang. Saya takkan berhenti merenjis selagi awak tak bangun." semakin laju dia merenjis air.

Faris tak menjawab. Tak mahu dirinya direnjis lagi, tangan Nuha ditangkap membuatkan pergerakan gadis itu terhenti. Nuha terkebil-kebil melihat Faris yang sedang merenungnya tajam.

Ah sudah.

"Cari pasal kau ni."

Spontan kedua tangan Nuha ditarik sehingga tubuh isterinya itu terbaring atas katil. Dengan pantas Faris mengambil peluang untuk menindih tubuh Nuha. Kedua tangan Nuha dikunci, menyebabkan gadis itu tak mampu nak bergerak ke mana-mana.

Faris tersenyum sinis melihat Nuha menelan liur. Dapat dia mengagak isterinya itu sudah menggelabah. Nuha dah rasa kecut perut melihat wajah Faris yang sedang merenungnya.

"A-awak buat apa ni..?"

Nuha menyoal gagap. Pandangan dilarikan tatkala Faris mendekatkan wajah. Kalau kakinya tak ditindih ni dah lama suamiya itu ditendang sampai mandul.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now