Sekali lagi malam itu tekaknya kembali terasa loya. Laju dia mengalihkan selimut di tubuh sebelum dia berlari ke bilik air. Faris tersedar saat mendengar bunyi orang memuntahkan segala isi perut. Telefon bimbit dicapai.
3:15 am.
Laju dia turun dari katil sebelum dia melangkah ke bilik air mendapatkan isterinya.
"Muntah lagi?"
Nuha yang sedang menahan tangan pada sinki itu mengerling ke arah Faris yang sedang mengurut lembut belakangnya. Kepalanya diangguk perlahan. Dia memejam mata seketika untuk cuba menstabilkan nafas.
Faris membawa rambut Nuha yang terjuntai ke depan itu ke belakang mengelakkan dari terkena muntah. Belakang tubuh isterinya digosok perlahan. Melihatkan Nuha yang sedang berkumur, Faris menghadap isterinya apabila gadis itu berdiri tegak.
"Feeling better?" anak rambut Nuha dikuis ke belakang telinga.
Nuha hanya menggumam. Sebaik mereka keluar dari bilik air, Nuha terus memeluk Faris. Dihidunya dalam-dalam, mengambil bau tubuh suaminya. Sedikit sebanyak membuatkan rasa loyanya terus hilang.
What a magic scent.
Faris tersenyum nipis. Dia mengheret Nuha yang sudah melekat di tubuhnya itu ke katil. Mereka melabuhkan duduk di birai katil. Perlahan rambut panjang isterinya diusap.
"Sorry buat awak terjaga lagi." Nuha mengeluh. Sudah hampir sebulan alahannya belum hilang. Malah makin menjadi-jadi. Mujurlah ada Faris yang sentiasa menemaninya saat dia teruk terkena alahan.
Nuha menopang dagunya di dada lelaki itu. Matanya kuyu memandang raut wajah suaminya. Faris hanya tersenyum, puncak hidung gadis itu dicium sekilas.
"It's okay, kau tu tanggungjawab aku. Mestilah aku kena pantau selalu isteri aku ni. Takkan aku nak biar je kau yang terseksa kena alahan, yang susah payah bawa anak aku pula tu." dahi licin itu pula dikucup.
Nuha terharu. Dia memejam mata seketika apabila terasa dahinya dikucup sebelum kembali mencelikkan mata memandang wajah suaminya itu. Bibirnya tersungging senyuman nipis.
"Terima kasih. Saya janji, saya akan jaga kandungan ni betul-betul." pelukan dieratkan.
"Good girl. Dah, minum air ni lepastu sambung tidur." segelas air kosong dihulurkan pada Nuha.
Sebaik dia meneguk sampai habis, keduanya kembali berbaring. Seperti biasa, setiap malam Faris akan membiarkan lengannya dijadikan sebagai bantal kepala isterinya. Kepala Nuha dikucup lama sebelum dia melingkarkan tangan di pinggang isterinya.
Keesokannya, Faris sudah mula bekerja. Agak risau sebenarnya mahu meninggalkan isterinya sendirian di rumah. Sudah berbuih mulut Nuha meyakinkan suaminya mengatakan dia tidak apa-apa. Akhirnya Faris mengalah.
"Ingat, kalau ada orang tak kenal datang jangan buka pintu. Kalau ada orang tak kenal nak jumpa pun suruh guard jangan bagi sesiapa masuk. Duduk kat rumah baik-baik. Kalau ada apa-apa, call aku." Faris menitipkan pesan.
Nuha yang sedang membetulakan tali leher suaminya itu hanya mengangguk faham.
"Iya awak.. Berapa kali nak ulang? Lagipun hari ni Hana je yang nak datang rumah."
"Aku risaukan kau aje." pinggang Nuha dirangkul. Nuha ketawa kecil.
Dia mengusap dada bidang Faris sebelum leher suaminya dipeluk. Sesi membodek pun bermula.
"Awak.. Saya nak pergi rumah mama boleh? Nanti saya minta Hana hantarkan." pinta Nuha dengan muka comel ditayang.
Lama Faris terdiam. Dia hanya memerhati isterinya itu dengan mata dikecilkan. Rasa nak dikunyah-kunyah manusia yang tengah buat muka minta kaki itu.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...