53

12.7K 288 5
                                    

Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, Nuha terus keluar dari perut kereta mendapatkan Hana dan Aidan yang juga baru sampai. Faris dah bengang. Amboi, senang hatinya pergi jumpa member. Suami sendiri tak layan dah.

Faris membebel sorang-sorang sambil dikeluarkan beg bagasi gedabak milik Nuha. Bawa beg macam nak reunion setahun. Dah lah berat, bawa batu ke apa minah ni?

Ni sebahagian nak balas dendam juga ke apa?

"Hana jom pergi pantai! Aku dah lama tak main air laut." ajak Nuha teruja sambil melihat pantai yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul.

Kawan-kawan mereka yang lain pun belum sampai. Jadi senang sikit nak main pantai sementara tak ada orang ni.

"Amboi kau sesedap rasa je nak pergi lepak pantai pulak, beg gedabak kau ni nak suruh siapa angkut? Banyak cekadak muka kau kan? Turun kereta dengan sehelai sepinggang je." Faris mula membebel.

Nuha dah menjeling Faris. Siapa entah nak cakap dengan mamat tiga suku tu.

"Alah, lagipun Zameer tu pun belum datang lagi. Rilek ah dulu." Nuha menjuling mata ke atas.

Faris mencekak pinggang. Ewah-ewah perempuan ni, pandai menjawab sekarang.

"Apa rilek-rilek? Ah takde, kau angkut beg kau tu dulu baru aku izinkan kau nak pergi main pantai ke, timbun pasir ke tak kisah. Kau ni kan, aku yang panas bontot duk drive 5 jam dalam kereta kau pulak nak rilek-rilek. Banyak lawa muka kau." mata dibuat garang merenung isterinya itu. Dah terlebih had ni perangai bini dia tu.

"Tak ada orang suruh drive pun." Nuha mencebik sinis.

"Eh dia ni.."

Segera Aidan menahan Faris yang dah buat gaya nak baham orang. Lagi Hana nak tergelak bila Nuha buat muka mengejek. Eleh, ingat orang takut sangat dengan dia tu?

"Korang berdua ni lah, tak habis-habis nak bergaduh." Aidan geleng kepala sambil buat muka bosan. Dah lali sangat perangai dua manusia yang dah lebih sebulan selamat bergelar suami isteri tu.

Dari sebelum kahwin sampai dah kahwin pun. Bergaduh macam budak-budak.

Keduanya buat gaya protes. Masing-masing nak menang. Nuha merengus geram bila Faris buat tak layan dan tiada tanda-tanda nak angkut beg bagasinya. Sengaja dia bawa baju banyak sebab nak suruh Faris angkut beg berat dia tu kasi pinggang lelaki tu patah terus.

Nuha berjalan sambil menghentakkan kakinya menuju ke bonet kereta. Beg bagasinya dikeluarkan sebelum pintu bonet dihempas kuat.

Mata Faris membulat dengan tingkah protes Nuha. Ewah perempuan ni, kereta audi tu dia beli limited edition tahu? Kalau tercabut pintu bonet tu, minah tu nak ganti ke? Ada yang rasa nak hilang buah pinggang ni nanti.

Nuha menjelirkan lidah sebelum dia mengajak Hana beredar dari situ meninggalkan Faris dan Aidan bersama kaum lelaki yang sedang berborak.

"Eei geram je aku budak ni. Kau tunggu nasib kau malam ni. Cari pasal eh dengan aku." Faris bersuara mendatar sambil mata dikecilkan menghantar susuk tubuh Nuha yang sudah menjauh menuju ke pantai.

"Dahlah tu. Nak membuli tunggu malam ni pulak." Aidan bersuara mendatar.

"Diam ah." Faris buat muka bengang. Aidan tergelak. Usik sikit nak marah.

Aidan meneguk air tin yang baru dibelinya tadi sejurus itu dipandang wajah Faris di depan. Dia membetulkan duduk di kerusi.

"Ris, kau pasti ke plan kau malam ni? Bini kau tak marah?" Aidan mula menyoal serius.

Wajah Faris berubah. Lama dia berdiam sebelum perlahan-lahan dia mengangguk.

"Aku pasti dan aku percaya semuanya akan okey. Kau janganlah risau." Faris tersenyum.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now