Kedinginan Faris sejak pulang dari makan tengah hari tadi terus berlarutan hingga ke petang. Selepas mereka selamat pulang ke teratak Tuan Khairul, Faris terus menukar baju riadah untuk berjoging di tasik.
Sejak dari petang sampailah ke malam, Nuha langsung tak nampak batang hidung lelaki itu. Dia tahu Faris memang merancang untuk bermalam dirumah orang tuanya malam itu.
Nuha pun malas nak ambil tahu tentang Faris yang memang tak melayan dia dari petang tadi. Orang dah tanya sebab apa dingin dengan dia, lelaki tu bukannya ringan mulut nak bagitahu. Sudahnya, Nuha biarkan sahaja mood dingin lelaki itu.
Malam itu, Faris keluar lagi untuk bertemu Aidan. Bila ditanya mama, keluar melepak katanya. Bebelan Puan Farida pun dibiar sepi kerana sibuk melepak keluar malam-malam.
Sudah hampir setengah jam Nuha memaksa diri untuk lelap tapi matanya langsung tak beri kerjasama. Dipusing tubuhnya kekiri dan kekanan untuk mencari posisi tidur yang selesa namun hampa.
Tangannya mencapai telefon pintar di meja lampu tidurnya lalu membelek skrin telefon itu.
11:35 malam.
Nuha mengeluh berat. Dah lewat malam pun, kenapalah matanya buat hal malam ni? Selalunya elok je tidur awal sebelum ni. Nasib baiklah esok hari cuti.
Nuha bangkit lalu mencapai tudung sarung. Selepas menyarung tudung dikepala terus kakinya melangkah turun ke bawah. Tiba-tiba rasa nak basahkan tekaknya yang kering.
Sedang sibuk dia meneguk air, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pelik di ruang tamu. Kebetulan dapur dan ruang tingkat bawah memang gelap sebab Nuha memang malas nak buka lampu.
Nuha mula berkira-kira siapa yang masuk kedalam rumah. Takkanlah Faris? Puan Farida ada memberitahunya Faris mungkin tak balik malam ni kerana mahu bermalam dirumah Aidan.
Dia jadi takut. Entah-entah ada pencuri yang pecah masuk dalam rumah? Terus dia menekup mulut. Tangannya tiba-tiba menggigil sedikit apabila andaian negatif itu bermain dikepala.
Nuha rasa semakin tak keruan bila bunyi tapak kaki berjalan menuju ke dapur. Spontan batang penyapu yang tersandar didinding dapur itu dicapai sebelum dirinya bersembunyi disebalik dinding.
Rasa takut tadi ditepis jauh-jauh. Batang penyapu itu digenggam kuat beserta debaran dijiwa membuak-buak untuk menangkap si pencuri.
Sebaik sahaja susuk tubuh itu memasuki dapur, Nuha terus menghentam sekuat hati si pencuri berkali-kali menggunakan batang penyapu itu.
"Aduh! Aduh! Awhh"
Serentak perbuatan Nuha terhenti sebaik sahaja mendengar suara yang amat dikenalinya itu.
Faris?
Plak!
Sebaik sahaja suis lampu ditekan oleh Faris, makin terbuntang mata Nuha terpandangkan wajah cemberut Faris yang sedang memandangnya. Tangannya laju melepaskan batang penyapu tadi lalu menekup mulut dek terkejut yang amat.
Gulp.
"Kau dah kenapa pukul aku?!" tempelak Faris dengan wajah yang menyinga. Tangannya tak berhenti dari mengurut tubuh belakangnya yang teramat pedih.
"M-maaf, saya tak sengaja pukul awak. Sumpah, saya tak sengaja." terus tubuh Faris itu didekati dengan riak serba-salah.
"Jangan dekat!" spontan Nuha berhenti. Kedengaran Faris mendengus kasar. Air liurnya ditelan payah saat anak mata helang Faris tajam memandangnya macam nak bunuh dia.
Sumpah kau dah tak selamat Nuha.
...
"Kau nak buat apa dengan ais dan tuala tu?"
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...