48

9.6K 239 4
                                    

Ketukan dipintu membuatkan tumpuannya sedikit terganggu saat dia yang sedang sibuk meneliti dokumen atas meja. Dia menghela nafas sebelum duduknya dibetulkan.

"Masuk!" laungnya tanpa memandang ke arah pintu.

Nuha masuk ke dalam sebelum ditutup pintu itu perlahan-lahan. Dia berdiri dihadapan meja majikannya itu.

"Ada apa Encik Rafiq nak jumpa saya?"

Mendengarkan suara yang selalu membuatkan perasaannya berbunga itu terus kepalanya diangkat memandang seraut wajah ayu yang sedang tersenyum manis ke arahnya itu.

Dia terkesima seketika. Susuk tubuh gadis yang cantik mengenakan blouse biru laut paras peha dipandankan dengan skirt labuh itu dikerling sekilas.

"Nuha, duduklah." senyuman gadis itu dibalas. Hilang terus rasa serabut kepalanya yang dipenuhi dengan kerja tadi apabila matanya terpandangkan seraut wajah manis itu yang tersarung selendang berona navy blue di kepala.

Pretty as always.

Nuha berdehem seketika apabila melihatkan Rafiq yang tidak berkelip merenungnya. Sejujurnya dia berasa agak tak selesa dengan renungan majikannya itu.

"I'm sorry. Actually aku panggil kau ni sebab aku nak minta tolong kau sikit." Rafiq menyoal sambil belakang kepalanya itu digaru perlahan.

"Encik nak saya tolong apa?" Nuha menyoal lagi. Dia menyelesakan duduknya di kerusi empuk itu.

"Erm, aku nak minta kau temankan aku jumpa klien dekat hotel. Disebabkan Dania cuti sakit hari ni jadi aku nak minta tolong kau gantikan dia hari ni boleh?" Rafiq memandang Nuha dengan pandangan berharap.

"Oh. Pukul berapa Encik nak jumpa klien?"

"Petang ni. Tapi aku tak sure sampai pukul berapa habis meeting dengan klien. Kau tak kisah ke kalau ambil masa kau sikit sampai malam?" tanya Rafiq lagi.

Seketika Nuha senyap. Macam mana dia nak bagi jawapan ni? Kalau Faris tanya nanti nak jawab apa? Sekarang masa kerjanya pun dah kembali normal, dia pun dah tak balik malam. Agak serba-salah melihatkan wajah mengharap Rafiq itu. Nuha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Er.. Okay, saya boleh temankan Encik. Tapi lepas habis je meeting saya memang kena balik terus." Nuha memberikan jawapan.

Rafiq hela nafas lega.

"Okay. Aku janji, lepas je habis meeting aku hantar kau balik." balas Rafiq sambil tersenyum. Nuha mengangguk.

"Kalau macam tu, saya keluar dululah."

"Okay. Thanks Nuha. Jangan lupa, lima belas minit lagi start meeting ya."

"Okay."

Sebaik sahaja Nuha keluar dari bilik, Rafiq tarik senyum lebar. Tak sangka Nuha akan bersetuju. Tiba-tiba dia berasa teruja. Telefon bimbit dicapai sebelum didail nombor seseorang.

"Hello Sam. Aku nak minta tolong kau sikit malam ni."

Satu senyuman sinisnya terukir di bibir. Masanya dah tiba.

...

Dengan kelam kabut Nuha mengemaskan mejanya sebelum dia mencapai beg dan telefonnya atas meja. Langkah kaki dilajukan turun ke bawah apabila tadi dia mendapatkan pesanan dari Rafiq yang menyuruhnya menunggu lelaki itu dibawah kerana dia ada urusan sebentar di atas.

Sebaik kakinya sampai di lobi, telefonnya yang hanya berbaki separuh baterinya itu dikeluarkan dari beg sebelum dia mendail nombor seseorang.

"Helo, Hana."

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now