Gambar-gambar yang dihantar oleh nombor tidak dikenali itu ditatap tajam. Tangannya laju menggesek skrin telefon itu dengan kasar. Tiba-tiba tangannya terhenti. Tergamam dengan apa yang dilihat kini.
Tangannya mengepal penumbuk apabila gambar gadis pujaannya kini sedang berkucupan bibir dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Keadaan mereka sangat mesra sehingga membuatkan hati dia hancur-sehancurnya.
Diperhatikan lagi gambar tadi, mereka terlihat seperti berada disebuah bar. Dengan tempat yang gelap dan diselangi dengan lampu gemerlipan pelbagai warna dan begitu ramai penghuni yang sedang terkinja disitu sahlah bahawa mereka berada di kelab malam.
Faris mengerut kening. Sejak bila Erika pandai pergi tempat macam tu? Setahunya gadis itu tidak pernah jejak ke tempat macam tu jauh sekali nak berseronok. Yang gadis itu tahu hanya belajar dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Faris mencampakkan telefon pintar diatas katil. Wajahnya diraup kasar sebelum nafas dihela. Fikiran dia kusut dengan memikirkan dengan apa yang dilihat. Hatinya berbelah bahagi mahu percaya atau tidak.
Apabila diingatnya kembali gambar tadi dihantar baru beberapa minit yang lepas, terus hatinya tergerak mahu mencari bukti.
Telefon segera diambil, didail nama kawan sekelasnya meminta untuk menemaninya ke suatu tempat. Apabila Daniel bersetuju, terus dicapai topi dan jaket kulitnya sebelum keluar dari bilik.
Sebaik sahaja kereta sampai ditempat yang dituju, hatinya berdebar kencang ingin mendapatkan jawapan sebenar. Sempat dia meminta peta lokasi daripada nombor yang tidak dikenali tadi. Takut juga kalau nombor itu menipunya dengan gambar yang dilihat tadi.
"Kau confirm ke dia ada kat sini? Kalau nombor tu tipu kau macam mana?" soal Daniel sambil matanya melilau melihat keadaan dari luar bar yang bingit dengan muzik yang berdentum kuat.
"Kita tengok dulu. Kalau nombor tu tipu aku, tahulah aku nak buat apa." dingin Faris membalas. Topi di dashboard tadi dicapai lalu dipakai sambil mata tajam memerhatikan bar tersebut.
"Jom."
Segera mereka keluar dari kereta. Setelah mendapat kebenaran untuk masuk, mata melilau mencari gerangan yang dicari. Seketika terasa getaran didalam poket menandakan ada pesanan yang masuk dari telefonnya.
Unknown
Private VIP room, 306.Makin berkerut Faris membaca mesej tersebut. Apa maksud mesej ini? Seolah-olah orang ini memberinya petunjuk berkaitan gambar-gambar tadi. Tiba-tiba dia berasa tak sedap hati. Soal ingin tahu tentang Erika dan lelaki didalam gambar tadi semakin membuak. Tak kira, malam ni juga dia kena dapatkan jawapan.
"Kau tahu tak kat mana bilik ni?"
Disuakan mesej tadi kepada Daniel. Jelas lelaki tadi turut pelik dengan apa yang dibaca. Dia menanyakan tentang bilik itu kerana dia tahu Daniel pernah pergi ke sini.
"Aku tahu kat mana. Jom." segera Faris mengikut Daniel dari belakang sebelum mereka menaiki tangga ke tingkat atas.
Apabila sampai dibilik berkenaan, mereka ditahan oleh seseorang dari luar kerana bilik yang ingin dimasukinya itu terlalu privasi. Makin panas hati Faris bila lelaki itu mengatakan bilik itu adalah bilik private untuk hubungan seks. Lagi payah bila bilik itu adalah bilik VIP dan memang bukan senang untuk main terjah masuk je.
Apabila melihatkan Faris yang sedang menahan amarah, segera Daniel menahan Faris dan dia bercakap sesuatu dengan lelaki tadi.
Faris membiarkan, makin hatinya berdebar ingin melihat apa yang terjadi didalam bilik itu. Beberapa minit kemudian, barulah mereka mendapat keizinan untuk masuk.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...