"Hana, aku pergi tandas kejap." Hana angguk kepala tanpa memandang Nuha. Ayam goreng kembali disuap sambil tangannya bermain telefon diatas meja.
Sebaik sahaja Nuha keluar dari tandas awam, matanya tertancap pada sepasang manusia yang agak dikenalinya. Matanya dikecilkan sedikit untuk mengenalpasti.
Faris?
Kemudian matanya memerhati seorang perempuan tinggi yang berambut coklat panjang diikat ekor kuda, bajunya yang mencolok mata dan wajahnya boleh tahan bermekap tebal. Tangannya kemas memaut lengan Faris seperti tak mahu lepas. Jelas lelaki itu rimas, wajahnya menayang muka bosan.
Nuha terkebil-kebil disitu. Faris ke tu? Siapa perempuan tu? Awek dia ke?
Nuha menggeleng perlahan. Sejak bila kau suka nak menyibuk hal orang ni Nuha?
Tak mahu menyerabutkan otak pasal lelaki itu, kakinya terus berlalu kembali ke tempat Hana dan dia lepak tadi. Makan lagi bagus.
Sampai dimeja mereka, ada seorang lelaki yang duduk berbual berhadapan dengan Hana. Keningnya berkerut sedikit.
"Hah, ni kawan saya. Nuha." ujar Hana sebaik sahaja Nuha melabuhkan punggung disebelahnya.
"Eh, Aidan kan?"
Lelaki itu hanya tersenyum nipis. Kepalanya mengangguk sedikit sambil menyedut air Pepsi di atas meja.
"Kau kenal?" Hana terkejut.
Nuha mengangguk. Bibirnya mengunyah kentang goreng. "Dia kawan Faris. Selalu la juga nampak dia datang lepak kat rumah."
"Ouh.." Hana juga turut menyambung makan.
"Awak buat apa kat sini?" Nuha mula bersuara. Nak dibandingkan dengan Faris, Aidan lebih mesra bila diajak berbual. Memang tak sesuai langsung si Aidan ni berkawan rapat dengan Faris.
"Mulanya datang lepak dengan Faris. Tak sangka pulak boleh bertembung dengan Qisha. Apalagi, teman pun dah kena rembat dengan minah tu. Saya pun lonely lah. Tapi tak sangka pulak boleh terjumpa dengan korang kat sini. Kebetulan memang nak makan sini pun." ujar Aidan panjang lebar. Kentang goreng disuap lagi.
Hana dan Nuha mengangguk faham. Mungkin Qisha yang dimaksud Aidan perempuan tadi yang bersama Faris.
"Awak memang dah kenal ke dengan Hana?"
Serentak Aidan dan Hana mengangkat kepala sebaik sahaja soalan itu keluar dari mulut Nuha. Nuha memandang mereka silih ganti. Aku salah tanya ke? Kenapa pandang aku macam tu?
Aidan berdehem sebentar.
"Actually baru kenal tadi. Saya memang kenal Hana sebelum ni, dia tak kenal saya pun. Tapi kitaorang dah berkenalan tadi." Aidan tersengih sambil tangannya bermain-main straw digelasnya. Matanya memandang kearah wajah Hana sekilas.
"Ouh, baru kenal lah ni."
Nuha melirik kearah Hana yang memandang kearah lain apabila perasan mata Aidan yang memandangnya. Wajahnya hampir nak blushing tu dibuat selamba.
Nuha tersengih. Kepalanya menggeleng kecil. Dah kenapa dua-dua nak malu kucing pulak?
"Erm Aidan, saya nak tanya sikit boleh?"
Aidan mengangkat kepala. Keningnya menjungkit sedikit. "Tanya apa?"
Mata Nuha meliar disekeliling sebelum wajah Aidan dihadapan ditatap. Tubuhnya kehadapan sedikit seolah-olah ingin berbisik.
"Faris dengan Qisha tu ada something ke?"
"Maksud awak?" Aidan berkerut sedikit.
"Maksud saya diorang tu ada apa-apa hubungan ke?" jari telunjuknya disatukan kiri dan kanan. Keningnya dijungkit sedikit.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...