56

13.1K 324 6
                                    

Angin pantai pada waktu malam itu membuatkan tubuhnya terasa nyaman. Cardigan yang tersarung ditubuhnya ditarik menutupi kulitnya yang terdedah. Tangannya diangkat berpeluk tubuh sambil kakinya digoyang perlahan bermain pasir pantai.

Senyuman Nuha terukir. Matanya dipejam sejenak menikmati suasana itu. Nyaman. Itu yang dirasakan setiap kali dia di pantai. Sudah lama dia tak ke pantai. Kali terakhir dia pergi bersama arwah ibu dan abahnya beberapa tahun yang lepas.

Nuha hela nafas. Melepaskan segala rasa rindunya yang menggunung di sini. Hatinya tenang.

"Ehem!"

Segera Nuha berpaling apabila mendengar suara seseorang berdehem. Nuha bangun dari bangku.

"Eh, Haikal?" Nuha menyoal perlahan. Senyuman agak kekok ditayang.

Haikal membalas senyum. Kakinya melangkah mendekati Nuha di bangku.

"Hai. Buat apa sorang-sorang kat sini?" soal Haikal seraya melabuhkan duduk di sebelah Nuha. Dia menjarakkan sedikit ruang di antara mereka memandangkan gadis itu sudah menjadi milik orang.

"Saja, ambil angin. Awak pula?"

Nuha berpaling memandang lelaki itu. Kelihatan Haikal tersenyum sambil melemparkan pandangannya ke laut.

"Jalan-jalan. Ambil angin juga." Haikal tergelak kecil. Nuha menganggukkan kepalanya sebelum pandangannya juga ke arah laut yang luas terbentang di hadapan mereka.

Haikal diam sejenak. Dalam diam, dia mengerling gadis di sebelahnya itu. Dia tersengih mengingatkan cerita Zameer siang tadi bahawa Faris dan Nuha sudah berkahwin.

Sumpah dia tak jangka langsung. Faris dengan Nuha? Rasa nak gelakkan diri sendiri. Selama ni, dia hanya syok sendiri walhal Nuha tu langsung tak ada perasaan dengannya. Haikal hela nafas pendek.

Ingatkan datang ke sini dia ada peluang nak 'tackle' balik gadis sebelah dia tu. Tapi tak sangka pula dia dah 'taken' dengan orang lain.

Bodoh sangat tunggu benda yang tak pasti.

"Seorang je? Faris mana?" sengaja Haikal bertanya. Bukan dia tak tahu, Nuha dan Faris sangat mesra bergurau senda masa BBQ tadi. Bahkan pasangan itu berjaya menarik perhatian rakan-rakannya yang lain.

Tipulah kalau dia tak cemburu.

"F-faris? Er.. Dia makan lagi kut. Tapi tadi dia cakap nak join diorang main game." Nuha tersengih janggal.

Agak kekok apabila Haikal menanyakan tentang Faris. Haikal tersenyum sebelum satu keluhan dilepaskan.

"Tak sangka korang boleh berkahwin. Kenapa tiba-tiba?"

Nuha hampir tersedak dengan soalan maut Haikal. Dipandangnya wajah tenang Haikal di sebelah. Tiba-tiba rasa bersalah, takut lelaki itu salah faham. Bibirnya diketap rapat. Tak tahu nak jawab apa.

"Er.. kami kahwin atas kerelaan masing-masing." Nuha senyum nipis. Tak mampu rasanya nak menatap wajah Haikal.

"Sebab tu awak tolak lamaran saya?" Haikal menyoal lagi. Tiada riak marah, hanya wajah yang mengharapkan jawapan ditayang.

Serentak Nuha menggeleng laju. Ah sudah, ini yang dia tak nak bila Haikal dah buat andaiannya sendiri. Nuha hela nafas.

"Tak Haikal. Awak tahu kan kenapa saya tak boleh terima awak? Saya tak ada sebab kenapa saya terima Faris sebab.."

"Awak suka dia?" pintas Haikal.

Nuha diam sejenak. Suka? Dia sukakan Faris ke? Dia mahu menafikan tapi kenapa rasa tak boleh? Nuha keliru. Dia tak tahu keadaan hatinya sendiri. Apa yang dia rasa terhadap Faris? Nuha gigit bibir bawah. Tak mampu nak menjawab soalan Haikal.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now