17

9.7K 256 1
                                    

Pagi itu, Nuha bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi. Memandangkan Puan Farida yang masih lagi tidak berapa sihat, jadi dialah yang rajin menyediakan semuanya pagi itu. Cik Idah pula pagi ini awal-awal lagi ke pasar untuk membeli lauk.

Fikirannya mula melayang memikirkan tentang persetujuannya untuk menjadi orang gaji dirumah Faris.

"Maid?"

Faris mengangguk.

Nuha terdiam. Punyalah belajar tinggi-tinggi sampai universiti, tapi jadi orang gaji lelaki tu? Hisy, memang taklah. Lebih kurang je jadi kuli lelaki itu nanti.

"Taknak lah." Nuha menggeleng.

Faris juling mata ke atas. Susah betul cakap dengan perempuan ni. Memilih sangat kenapa? Rezeki dah ada orang tawarkan taknak pulak.

"Jadi maid aku sementara je. Nanti kau dah dapat kerja, kau berhentilah. Rumah aku tu belum berkemas lagi sejak aku masuk kerja ni. Gaji kau jangan risau, aku boleh bayar lebih dari gaji akauntan kau tu." ujar Faris lagi dengan bibir yang sedikit menjuih.

Nuha berfikir sebentar. Lebih dari gaji kerja akauntan? Kerja akauntan pun gaji dalam dua ribu lebih, takkanlah Faris nak bayar lebih lagi dari tu?

"Kalau saya jadi maid awak, awak nak bayar saya berapa?"

"4 ribu sebulan."

Membulat mata Nuha memandang Faris yang hanya wajah bersahaja. Banyak betul duit lelaki tu. Boleh percaya ke mamat ni? Nuha dah terkebil-kebil nak terima ataupun tak.

"Kenapa? Tak percaya? Kau tak nak sudah, tawaran dibuka sekali je ni. Kau tak nak, aku boleh cari orang la-"

"Ok saya nak." pintasnya laju. Haih, 4 ribu tu. Siapalah yang baik hati nak bayar gaji dia setinggi tu sekarang? Orang gaji pun orang gajilah. Janji kerja halal.

Tak salah pun kalau kau cuba dulu Nuha.

Tak semena, senyuman kemenangan terukir dibibir Faris. Bukan susah pun nak pujuk perempuan ni.

"Okey, kalau macam tu aku naikkan lagi seribu, cukup 5 ribu gaji kau. Amacam?" Faris menjungkit kening.

Nuha berdecit. "Saya ni dah cukup ikhlas tau nak kerja jadi maid awak, saya tak akan terima sebarang rasuah dari awak pulak." dah elok letak 4 ribu, nak naik lagi seribu pulak. Ingat aku ni desperate sangat ke nak duit dia tu? Mata dijuling ke atas.

"Okay fine, 4 ribu. Deal?"

"Deal."

Faris mengangguk. Segera dia bangun dari sofa sebelum jam di dinding dikerling. Mulut yang menguap dek mengantuk yang amat ditekup dengan tangan sambil badannya menggeliat sedikit.

"Nanti segala jadual dan apa yang patut kau kena kemas kat rumah aku tu nanti aku bagitahu kau balik. Aku masuk tidur dulu, bye." tangan dilambai sebaik sahaja tubuh tegap itu menghilang dari pandangan.

...

"Hoi anak dara!"

"Hoi mak dara kau!" terhinjut bahu Nuha akibat terjahan seseorang dibelakangnya. Kepala dipusing disebelah, mukanya bertukar cemberut melihat Cik Idah yang dah melepaskan ketawa besar.

"Cik Idah ni, tak baik tau buat orang macam tu." mulutnya memuncung. Tangannya terus naik mengurut dada yang bagai nak pecah tadi. Sumpah jantung dia macam nak terkeluar bergolek tak cukup oksigen.

"Maaf buat Nuha terkejut. Dah tu, Cik Idah panggil dari tadi Nuha tak menyahut pun. Rupanya tengah angau kat dapur ni. Air teh tu, sampai dah sejuk dikacaunya." Cik Idah menjuih ke arah teko yang dikacau oleh Nuha sejak 15 minit yang lalu.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now