Nuha menekup mulutnya yang ternganga luas. Sudah beberapa kali dia menguap tapi langsung tak ada tanda-tanda matanya nak beradu. Akhirnya, dia bangun dari tilam. Telefonnya segera dicapai.
11:45 PM.
Dia hela nafas, tangannya laju mengikat rambutnya yang mengurai separas pinggangnya itu sebelum baju hoodie putihnya disauk ke tubuh. Malas nak pakai tudung, terus hoodienya ditarik menutupi kepala.
Telefon bimbitnya di simpan ke dalam poket sebelum tangannya mengenggam baju hoodie bahagian bawah dagunya dengan kemas agar tidak terdedah lehernya. Tali diikat sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik.
Balkoni tingkat atas dituju. Nuha melabuhkan duduk atas buaian kayu disitu sambil menikmati angin malam. Dia mengeluh, dalam kepalanya banyak perkara yang sedang bermain di dalam fikirannya.
Matanya dipejam seketika. Dia kembali teringatkan tentang luahan drastik Haikal siang tadi. Tak tahu nak bereaksi macam mana apabila Haikal meluahkan perasaannya. Bagi Nuha, itu adalah pertama kali dia 'dilamar' begitu. Bibir bawahnya digigit.
Nuha tersentak apabila terdengar deheman seseorang dari belakang. Matanya terbuka, hoodie yang hampir nak terlorot jatuh ke belakang itu dibetulkan kembali.
"Tak tidur lagi?" soal Faris sambil menghulurkan muk berisi kopi 3 in 1 yang dibancuh tadi.
Sengaja dia buat dua gelas sebab nak menahan diri dari mengantuk. Kalau bukan disebabkan kerjanya yang bertimbun, dah lama dia terbongkang sekarang.
Niatnya dua gelas itu untuk dia tapi bila kakinya sampai di depan pintu balkoni, agak terkejut dia melihat satu susuk tubuh yang sedang bersantai di situ.
Dan dia tahu kenapa gadis itu masih belum tidur.
"Tak lagi. Untuk saya?" Nuha menyoal kembali memandang Faris dan muk silih berganti.
Faris buat muka toya.
"Untuk kaulah. Ada sesiapa lagi ke kat sini?" ujarnya sinis.
Nuha menjeling Faris seraya muk tadi bertukar tangan. "Terima kasih."
Faris hanya menggumam. Bukannya dia tak tahu kalau gadis itu tak boleh tidur, mesti akan turun ke dapur untuk minum air kosong ataupun buat kopi segera. Jadi dia baik hati bagi satu muknya buat gadis itu.
"Awak kata nak balik kondo malam ni?" Nuha menyoal apabila suasana mereka menjadi sepi. Matanya mengerling sekilas ke arah Faris yang sedang tekun menghadap laptopnya sebelum muk tadi dibawa ke bibir.
"Kerja aku banyak. Kalau bawak balik rumah aku, memang tak pernah siaplah." Faris menjawab mendatar tanpa memandang Nuha didepannya. Nuha hanya mengangguk faham.
"Yang kau ni, tak tidur lagi kenapa?" matanya masih fokus pada skrin laptopnya. Jemarinya laju menaip sesekali muk disebelah dicapai sebelum kopi yang masih panas itu dihirup seketika. Kemudian tangannya kembali buat kerja.
"Tak boleh tidur." Nuha hela nafas. Serabut otaknya sekarang, malas nak cakap dekat Faris ni lebih-lebih.
"Fikir fasal Haikal?"
Serentak Nuha berpaling memandang Faris. Riak lelaki itu bersahaja. Macam mana dia boleh tahu?
"Awak.."
"Haikal ada call aku tadi." kini matanya beralih tepat ke wajah Nuha yang berkerut. Masih tenang sahaja lagaknya.
"Dia bagitahu apa kat awak?"
Dia hampir lupa yang Faris tu memang rapat dengan Haikal. Tak peliklah kalau lelaki itu tahu macam-macam.
"Tak ada apa, cuma dia cakap yang dia kena reject mentah-mentah dengan crush dia. Ingatkan dapatlah dengar good news nak dapat bakal adik ipar." ujar Faris dengan nada perli. Bahunya dijungkit.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...