25

9.8K 272 3
                                    

"Awak habis meeting pukul berapa?"

Nuha menyoal malas sebaik sahaja kereta Faris elok berhenti didepan bangunan tinggi kondonya. Wajah yang masam mencuka sejak dari tadi ditayang. Gaya tunjuk perasaannya itu dibuat dari lepas subuh tadi lagi.

Mana tak bengang, semalam cakap dah deal pukul 9 pagi dia nak hantar kesini. Tiba-tiba lepas subuh tadi lain pulak dikatanya suruh bersiap awal-awal sebab mamat tu kena bertolak ke Selayang sebab mesyuarat projeknya diadakan disana.

Memang naik hantulah pagi-pagi dengan perangai Faris ni.

"Aku tak sure, mungkin dalam pukul 11 aku baru habis. Tapi kalau aku habis lambat, aku bagitahu kau balik." Faris mengerling jam di tangannya sebelum matanya beralih memandang Nuha yang sudah mengeluh lemah disebelah.

Jelas riak tak puas hati wajah gadis itu. Faris tersengih. Macamlah dia tak tahu yang Nuha buat perangai protes dengannya sejak awal pagi tadi lagi.

Semua salah PA nya yang lambat memberitahunya tentang pertukaran tempat mesyuarat yang akan diadakan di Selayang.

Mana tak bad mood orang sebelah ni.

Nuha berdecit perlahan sambil matanya terhala ke luar tingkap. Apa pulak sampai pukul 11 ni? Janji sekejap je mesyuaratnya. Cakap tak serupa bikin betul.

"Tak payahlah buat muka macam tu. Pagi-pagi macam ni murahkan senyuman kau tu. Barulah rezeki kau pun murah selalu." ujar Faris tatkala matanya mengerling Nuha yang langsung tak memandangnya.

Nuha buat muka menyampah. Nak murahkan senyuman konon, tak sedar ke dia tu punca aku takde mood pagi ni?

Faris tarik sengih.

Semalam bukan main lagi macam samseng pukul orang tak ingat dunia. Pagi ni tetiba buat silent treatment dengannya dah serupa orang bisu.

"Awak nak makan tak balik nanti?" malas nak melayan perangai Faris, terus diajukan soalan. Berharap agar Faris cepat-cepat beredar dari situ.

Menyemak je.

"Tak payah, nanti aku makan kat sana je. Jangan lupa nanti kalau ada apa-apa hal urgent ke, call je aku." ujar Faris lagi apabila matanya melihat Nuha yang dah keluar dari perut kereta.

"Hm." pendek Nuha membalas sambil berpeluk tubuh. Wajah Faris yang dah tersengih ke arahnya itu langsung tak dipandang.

"Okey, aku pergi dulu. Kerja elok-elok, nanti aku up kan gaji kau." cermin mata hitamnya dipakai, lagi Faris nak tergelak bila Nuha memandangnya tajam.

Tak mahu berlama lagi dengan mamat kerek tu, Nuha segera melangkah masuk sebelum kereta Faris dipecut laju meninggalkan perkarangan kondonya.

...

Sedang rancak Nuha menyanyi sambil mengelap pinggan tiba-tiba lagu Sènorita nyanyian Camila Cabello ft. Shawn Mendes itu bertukar kepada deringan telefonnya menandakan seseorang sedang  menghubunginya.

Melihatkan nama yang tertera di skrin, bibirnya tersenyum lebar. Sebaik sahaja talian berhubung, terus Nuha menekan butang pembesar suara.

"Helo."

"Helo sayang."

Nuha tergelak. Kalau ada depan mata ni mahu kena hempuk dengan frying pan milik Faris ni.

"Sayang kepala lutut kau lah sengal!" Nuha dah buat riak geli-geleman. Terdengar suara Hana dah tergelak sakan dihujung talian.

"Ada apa call aku ni?"

"Keluar jom."

Serta-merta senyuman Nuha mati. Dia mengeluh panjang.

"Tak bolehlah. Aku kerja ni." Nuha berdecit. Mangkuk ditangan dilap kasar. Sempat  membayangkan muka Faris dengan mangkuk ditangannya itu.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now