Kakinya mundar-mandir dalam biliknya yang sederhana besar itu. Dia tak tahu dah berapa lama dia gelisah begitu. Hatinya mula tak tenang. Punggung kembali dihempas atas katil dengan keluhan berat.
Keningnya bertaut. Memikirkan kenapa Faris sudah lama tidak bercakap dengannya. Sejak lelaki itu dikenakan denda berjalan itik keliling dataran sekolah, dia mula jadi pendiam. Sudah seminggu sejak kejadian itu, lelaki itu mula tak bercakap sepatah pun dengannya.
"Kenapa? Dia marahkan aku ke? Dia tak puas hati ke aku denda dia jalan itik hari tu? Tapi bukan ke selama ni dia biasa aje kan?" soalan yang ditujukan lebih kepada diri sendiri. Jari digigit perlahan.
Tangan diangkat meraup wajah. Mata dipejam rapat. Otaknya mula serabut memikirkan sesuatu yang dia sendiri tak tahu apa puncanya. Dia tak kisah kalau manusia tu tak nak cakap bertahun-tahun pun dengannya tapi perlu ke buat silent treatment tiba-tiba macam ni pakej dengan pasang muka dingin dia tu. Apahal?
Macamlah Nuha buat dosa besar sangat dengan dia sampai nak buat muka gaya nak mulakan perang dunia dia tu. Seram tahu tak seram? Sengaja nak buat dia rasa serba salah macam ni. Jiwa tak tenang langsung.
Dia mengeluh lagi. Ah, tak boleh jadilah macam ni. Dia kena tanya juga lelaki itu apa sebabnya mereka berkeadaan tegang begitu.
Mana tak, termasuk hari ni sudah hampir sebulan lelaki itu tak bercakap apa pun dengannya. Hatta dah duduk sebumbung pun, manusia tu masih buat dia gaya tak wujud dalam rumah tu.
Nuha bingkas bangun. Nafas ditarik perlahan lalu dihembus. Hati yang gundah diredakan seketika. Ah, lantak dia nak maki hamun apa pun. Yang penting dia nakkan jawapan dari lelaki tu.
Kaki dibawa ke bilik lelaki itu. Seperti biasa, sampainya didepan pintu bilik mulalah jantung dah terlebih bekerja. Masa ni lah otak bercelaru, jantung nak buat konsert, perut dah sebu, dahi pun macam dah mandi peluh. Fuh, macam nak menghadap perdana menteri!
Pintu diketuk beberapa kali.
"Siapa?" laungnya dari dalam.
"Ni sa-"
Belum sempat ayatnya dihabiskan, wajah dingin Faris muncul di muka pintu.
"Nak apa?" soalnya mendatar. Mata tajam menikam mata si gadis didepannya.
Gulp. Rileks Nuha.
"Er- saya nak tanya awak sikit boleh?" tangan dibelakang tubuh dah tak duduk diam.
"Tanya apa? Cepat sikit boleh tak?!"
Terhinjut bahu Nuha dengan jerkahan Faris yang mukanya dah bertukar merah padam.
"Ke- kenapa awak tak bercakap dengan saya? Saya ada buat salah ke kat awak?" Nuha bertanya laju dengan suara yang tertahan-tahan. Liur ditelan payah. Bila mood Hulk mamat ni datang mulalah rasa nak terkencing pun ada.
Faris tertawa sinis.
"Perlu ke aku jawab soalan kau tu? Apa salah kau? Yang tu better kau tanya pada diri kau sendiri." ujarnya sinis. Wajah Nuha ditatap sekilas.
"Perlu sebab saya tak boleh orang yang duduk sebumbung dengan saya bermasam muka dan buat saya ni macam tunggul seolah-olah saya ni dah buat dosa besar kat awak. Kenapa Faris?" luah Nuha panjang lebar. Sungguh dia dah tak tahan dengan perangai Faris yang macam sembunyikan sesuatu darinya.
Sejenak Faris terdiam lalu nafas ditarik perlahan. Tubuh didekatkan sedikit.
"Sebab aku tak akan bercakap dengan orang yang berlagak suci depan aku, depan family aku, depan orang lain. Tapi yang sebenarnya kau ni tak ubah macam perempuan murahan."
Semburnya puas hati. Penumbuk ditangan dikepal lebih erat.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...