23

9.3K 248 2
                                    

Nuha menyisip jus tembikainya sambil matanya sesekali mengerling Faris yang sedang membelek telefon bimbit didepannya.

Hidangan chicken chop diatas meja yang dipesan oleh Faris tadi dikuis-kuiskan menggunakan garfu sambil mata masih mengerling lelaki itu yang masih khusyuk benar dengan telefonnya. Nuha mengeluh lalu tangannya menongkat dagu.

Bosan.

Faris yang mendengar Nuha mengeluh tadi terus angkat kepala. Dia mengerut kening melihat gadis itu hanya menguis makanannya dan termenung.

"Kau kenapa?" setelah hampir setengah jam berdiam diri, Faris bersuara memecah kesunyian.

"Hah?" Nuha terkejut. Diangkat kening memandang Faris.

"Kaulah, kenapa tak makan? Tak sedap ke?" Faris menyoal seraya telefon bimbitnya diletakkan diatas meja. Jus oren disisipnya perlahan.

Nuha menggeleng sambil tersengih janggal.

"Taklah."

"Dah tu? Kenapa tak makan?"

Lama Nuha terdiam. Digaru perlahan kepala yang tidak gatal. Takkanlah dia nak makan sorang-sorang sedangkan lelaki itu hanya minum air. Ditambah lagi, lelaki itu yang belanja dia, lagilah dia rasa tak selesa.

"Saya seganlah nak makan sorang. Yelah, tadi awak cakap nak makan kat luar. Tup-tup, awak orderkan untuk saya je. Awak tak makan pun." Nuha menutur perlahan sambil dimain-mainkan penyedut minuman digelasnya.

Faris terdiam. Perlahan dia tersenyum kecil melihat Nuha yang seakan bersuara merajuk dengannya. Seketika dia berdehem.

"Makan jelah, tak payah nak segan sangatlah." sindir Faris sambil mencebik kecil.

Nuha menjeling.

"Tak nak. Saya takkan makan selagi awak tak order makanan awak." Nuha berpeluk tubuh. Pantas matanya dilarikan dari menatap pandangan tajam Faris.

Lantaklah lelaki tu nak marah dia ke apa, yang pasti dia takkan makan seorang diri.

Faris buat muka melihat Nuha yang dah pandai memprotes bagai.

"Haih. Waiter!" laung Faris sambil diangkat tangannya sebelah. Nuha tersenyum apabila Faris membuat pesanan untuknya sebaik sahaja pelayan datang ambil pesanan.

"Puas hati?" Faris menyoal lalu menjeling Nuha yang dah mengangguk kepala beberapa kali.

Sebaik sahaja makanan Faris sampai, mereka mula menjamah makanan masing-masing.

"Awal awak balik harini?" Nuha menyoal sambil mengunyah.

"Suka hati aku lah nak balik awal pun." mendatar Faris menjawab. Nuha mencebik sakit hati.

"Saya tanya je kan." Malas nak melayan Faris, terus dia makan tanpa bertanya apa-apa lagi dah. Nanti mood baik lelaki tu bertukar jadi mood gaya Kak Limah nak makan orang, lebih baik dia diam.

Faris turut diam. Tak mahu fikirannya kembali berserabut tentang kehadiran mengejut Erika tadi. Nasib baik Nuha jenis yang tidak bertanyakan banyak soalan.

"Hai Nuha."

Serentak Faris dan Nuha angkat kepala apabila seseorang menegurnya. Terlihat Haikal sedang tersenyum ke arahnya lalu melabuhkan duduk dikerusi. Perlahan Nuha turut membalas senyuman Haikal. "Hai."

Faris mengerling wajah Haikal yang sedang masih tersenyum ke arah Nuha seolah-olah dia langsung tak wujud kat situ. Faris berdehem sehingga menyedarkan Haikal disebelah memandangnya.

"Weh sorry, lupa nak sapa kau." Haikal tergelak lalu dia berjabat tangan dengan Faris.

"It's okay bro. Dah biasa." Faris buat-buat gelak hambar. Haikal tersengih. Dia tahu Faris menyindirnya.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now