61

11.6K 238 8
                                    

Matanya terpisat-pisat saat merasakan wajahnya direnjis dengan air. Tangannya tak mampu nak digerakkan kerana diikat di kerusi. Perlahan-lahan, matanya dibuka sebelum wajah seseorang menyapa di ruang matanya kini.

Nuha tergamam.

Liurnya ditelan kesat saat melihat sengihan yang terukir dibibir lelaki di hadapannya itu. Hendak digerakkan tangannya namun sia-sia. Dia mendesis perlahan.

"Hai sayang. Dah bangun?"

Laju Nuha mengelak saat tangan kekar itu menyentuh rahangnya. Rafiq tergelak nakal. Tajam matanya menikam wajah yang dibencinya itu. Giginya dikacip rapat.

"Kau nak apa dari aku Rafiq? Lepaskan aku!" bentak Nuha geram.

Rafiq tergelak jahat. Dia bangun dari mencangkung sebelum kakinya berjalan mundar-mandir di hadapan gadis itu. Rahang gadis itu dicengkam kuat.

"Stop tanya soalan bodoh Nuha. Kau tahu apa yang aku nak kan sayang? Lepaskan kau?" Tawanya mengilai. Rahang gadis itu dilepaskan kasar. Nuha meringis perlahan.

"Heh. Lepas berbulan aku perhatikan kau, kau ingat aku bodoh nak lepaskan kau macam tu aje?" dia tersenyum sinis.

Nuha terdiam. Tak mampu dia nak menatap wajah di hadapannya itu sekarang. Lepas apa yang lelaki itu pernah cuba buat padanya dulu, nak pandang wajah Rafiq pun dia dah cukup jijik sangat. Bibirnya diketap kuat.

Tak lama kemudian, beberapa orang lelaki datang melangkah masuk ke dalam bilik suram itu. Nuha menelan liur saat matanya terpandangkan senjata api yang terselit pada belakang seluar mereka.

"Bos, ni nasi dan lauk." bungkusan plastik itu dihulurkan. Rafiq hanya mengangguk.

"Kau bagi perempuan ni makan. Aku tak nak dia sakit atau mampus lagi. Jaga dia baik-baik, jangan biar perempuan ni terlepas. Kau berdua.." jari telunjuknya menghala pada kedua anak buahnya itu dengan pandangan penuh dengan amaran.

"Jangan berani nak usik atau sentuh perempuan ni. Kalau tak, pecah kepala korang aku kerjakan. Faham?!"

"Faham bos!"

Pipi Nuha ditepuk sekilas dengan sengihan sinis sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Nuha pejam mata rapat. Tanpa dipinta, air matanya turun mengalir deras. Fikirannya kini hanya teringatkan seseorang.

Faris..

...

Dua hari Faris tak duduk diam, hatinya resah sambil menunggu panggilan dari Hadif namun bila ditanya, rakannya itu masih mencari jejak Rafiq dan konco-konconya.

Puan Farida risau melihat keadaan anak lelakinya yang tidak terurus sejak dikhabarkan tentang kehilangan menantunya itu. Sungguh dia terkejut. Hatinya galau memikirkan keadaan satu-satunya anak gadisnya itu.

Lagi dia sedih melihat keadaan anak lelakinya itu. Sejak Nuha hilang dua hari lepas, Faris berubah mendadak. Selama dua hari anaknya itu langsung tak menyentuh sebarang makanan.

Keadaannya juga tak terurus, tidur malamnya selalu terjaga kerana termimpikan isterinya. Setiap malam juga anaknya itu berendam air mata. Kelihatan keadaan anaknya itu begitu kusut. Hatinya diterpa rasa risau jika anaknya itu jatuh sakit.

Tuan Khairul buntu memikirkan keadaan Faris. Urusan syarikat semua tergendala, sudah dua hari anak lelakinya itu menetap di rumah mereka tapi Faris akan keluar setiap satu jam untuk ke balai polis untuk mendapatkan berita terkini tentang kehilangan isterinya.

Namun sia-sia, Nuha masih belum juga dijumpai. Faris bertambah rasa tertekan. Kehilangan Nuha membuatkan dia tak boleh berfikir dengan tenang. Hampir mahu meletup kepalanya memikirkan di mana keberadaan isterinya sekarang. Habis satu bangunan shopping complex itu dicarinya namun tak dijumpai.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now