"Ops, sorry. I tak sengaja."
Segala lamunannya tadi tiba-tiba mati apabila kotak pemberian Nuha ditangan terlepas dari pegangan.
Gadis tadi menghulurkan kembali kotak yang terjatuh kepada Faris.
"It's okay, thank you." Faris memandang gadis yang terlanggarnya tadi dengan senyuman.
Gadis itu membalas senyuman Faris kembali. Kepala diangguk sedikit. Melihatkan Faris kembali menatap kearah kotak ditangan, matanya kembali meliar mencari seat nya.
Seketika dia berkerut. Diperhatikan lagi nombor seat nya ditangan.
'Macam betul dah kat sini.' kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
Faris mengangkat muka apabila terasa seat disebelahnya diduduki seseorang. "Eh?"
"Oh, sorry again. Seat I kat sini." nombor seat ditangan ditunjuk depan Faris apabila lelaki itu menayang wajah pelik.
"Oh, okey." Faris mengangguk. Dia melihat gadis disebelah itu melambai kearah seat disebelah mereka yang diduduki oleh sepasang suami isteri.
"Your parents?"
"Yes." gadis itu tersenyum manis. Faris mengangguk lagi.
Seketika suasana mereka sepi.
"So, I Erika. And you?" tangan kanan dihulur untuk bersalaman.
"Faris."
Ujarnya sepatah. Dia hanya menunduk sedikit, tangan Erika tidak bersambut. Earphone dipasangkan ketelinga dan coklat Kitkat tadi disumbat ke dalam mulut.
Tidak lama kemudian terdengar pengumuman dari juruterbang untuk para pesawat bersiap-sedia untuk berlepas.
Faris memejamkan mata, dengan seribu satu perasaan dia membawa diri dengan tekad yang baru.
Bismillah..
...8 tahun kemudian..
"Saya nak maccaroni cheese bake 1 set, cappucinno 2 set."
"Noted. Ada apa-apa lagi?" lelaki itu hanya menggeleng sambil senyum nipis.
"Okay." kaki segera diatur menuju ke kaunter. Pesanan tadi dihulur kepada pekerja berkenaan.
"Table 2, maccaroni cheese bake 1 set, cappucinno 2 set." ujarnya lalu dia pergi ke meja pelanggan yang lain untuk mengambil pesanan.
Jam tangan dikerling. 5:30 petang. Lagi 15 minit, kerjanya akan berakhir dan dia pun boleh balik dan rehat. Tak sabar nak jumpa katil. Nak asar, mandi then tidur.
Tak lama kemudian dia mengatur langkah ke bilik persalinan lalu baju kerja dan apron ditukar apabila waktu kerjanya sudah habis. Baju kasualnya segera disarung ke tubuh.
"Bos, saya balik dulu ya. Assalamualaikum!" laungnya sambil kaki berlari kearah pintu keluar kafe.
Setelah mendengar jawaban salam bosnya, langkahnya terus mati apabila telefonnya tiba-tiba berdering minta segera diangkat.
"Assalamualaikum mama." bibirnya mengukir senyum.
"Waalaikumsalam Nuha. Lama tak telefon anak mama sorang ni. Nuha apa khabar, sihat?"
"Alhamdulillah sihat je ma. Mama tu apa khabar? Sihat tak?" soalnya kembali seraya punggung dilabuhkan ditempat duduk bus stop yang berdekatan.
"Sihat je Nuha. Ni mama nak tanya, konvo Nuha tu bila? Boleh mama dengan papa datang hari Nuha graduate nanti." Puan Farida bertanya pula.
"Oh iya, lupa konvo Nuha nak dekat dah." Nuha rasa nak tepuk dahi sendiri.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...