Masuk sahaja ke dalam rumah Hana, mereka berdua melabuhkan duduk di sofa. Nuha dah telan liur bila Hana pasang muka ketat. Sesi soal jawab bermula.
"Explain kat aku sekarang." ujar Hana mendatar sambil berpeluk tubuh memandang Nuha di hadapan.
"Explain apa?" soalnya masih blur.
"Kau jangan buat tanya Nuha. Kau bagitahu aku macam mana kau boleh jumpa balik dengan Rafiq tu? Sejak bila?" Hana menyoal kembali dengan geram. Matanya siap dijegilkan ke arah Nuha.
Nuha dah kecut. Aih, menyesal pulak tak cerita awal-awal pasal Rafiq. Lupa ke minah ni dah macam mak nenek kau sekarang? Iyelah, semua benda kena bagitahu kat minah ni.
"Okey, aku bagitahu kau. Tak payahlah buat muka ketat macam tu." Nuha dah buat suara kesian.
Hana menghela nafas panjang. Menyabarkan diri daripada niat nak ketuk kepala Nuha tu kuat-kuat. Muka acah comel mintak kaki Nuha itu dijeling tajam.
Nuha mula tarik nafas dalam-dalam.
"Sebenarnya, aku tak sengaja terserempak dengan dia kat mall hari tu masa aku keluar dengan mama. Pastu dia kata nak jumpa aku lagi sebab dia ada hal lain. So, dia bagilah nombor dia. Itu aje." jelas Nuha ringkas sambil matanya melirik ke wajah garang Hana.
"Yang kau pergi jumpa dia tu kenapa? Lepastu siap heret aku sekali pulak tu. Kau tahu kan aku memang tak ngam dengan mamat tu sejak azali lagi?" marah Hana sambil mengurut pelipisnya.
Nuha telan liur.
"Ya, aku tahu kau tak suka dia. Aku ajak kau sebab aku tak selesa dengan Rafiq tu." ujar Nuha lagi dengan muka kesian.
Hana mula bangun dari duduk.
"Dah tahu tak selesa, kenapa pergi jugak Nuha oii? Lagi satu, kau dah lupa ke dia tu siapa dulu? Dah lupa?" Hana menyoal lagi dengan nada yang agak tinggi. Giginya diketap geram.
"Ya, aku tahu. Tapi manusia boleh-"
"Apa? Boleh berubah? Eh, kau jangan tertipulah dengan orang macam Rafiq tu. Kalau masa zaman sekolah dia boleh buat kerja jahat macam tu dulu, tak mustahil dia boleh buat lebih daripada tu sekarang." hambur Hana lagi dengan perasaan yang meluat terhadap Rafiq.
Nuha mengeluh berat. Apa yang Hana tak puas hati dengan Rafiq pun dia tak tahu. Ya, memang lelaki tu bermasalah masa di sekolah dulu. Tapi takkanlah sampai ke besar nak buat perangai kan?
Tak boleh ke pandang orang dari sudut positif?
"Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Rafiq tu? Sampai sekarang aku still tak faham. Kenapa kau anti sangat dengan mamat tu? Tak boleh ke bersangka baik dengan orang? Kenapa perlu nak burukkan dia?" soal Nuha lagi dengan dahi berkerut. Sungguh dia tak faham dengan niat Hana sebenarnya.
Hana menghela nafas panjang sebelum dia kembali duduk di sofa.
"So sekarang ni kau nak back up dia lah ni?"
Nuha mengerutkan dahi.
"Ya Allah, bila masa pulak aku back up dia. Aku just tanya kau kenapa kau benci sangat dengan Rafiq. Aku baik dengan dia sebab dia pernah jadi kawan kita dulu. Lagipun dia layan aku baik je dulu. Itu aje." terang Nuha lagi sambil menyentuh lengan Hana.
Lama Hana terdiam. Dia merenung tepat ke anak mata Nuha dalam-dalam. Sebab apa dia bencikan Rafiq? Dia tak boleh beritahu Nuha sebabnya. Kalau bukan disebabkan dia sudah berjanji dengan seseorang, dari dulu lagi dia dah ceritakan pada Nuha semuanya.
Kedua belah tangan Nuha dicapai lalu digenggam erat. Bibirnya diketap perlahan sebelum satu keluhan berat dilepaskan.
"Nuha, tak semestinya kebaikan seseorang itu boleh buat kau percayakan dia seratus peratus. Aku just nak bagitahu kau, hati-hati kalau nak berkawan dengan Rafiq. Bukan aku tak bagi kau kawan dengan dia langsung tapi aku mohon kau jangan rapat sangat dengan dia. Aku tak suka." pinta Hana dengan suara yang mengendur.
Nuha tersenyum nipis. Wajah Hana ditekupnya dengan kedua belah tangan.
"Don't worry lah, aku takkan duakan kau baby." ujar Nuha dengan bibirnya dimuncungkan. Hana ketawa lepas sebelum keduanya turut ketawa bersama.
"Gila! Miang kau!" Hana menampar laju bibir Nuha yang dah mendekat acah nak menciumnya. Mereka ketawa kuat.
"Lagi satu aku nak ingatkan kau." tiba-tiba Hana bersuara.
"Okey, apa dia baby?" Nuha menyoal sambil tersenyum miang.
"Kalau ada apa-apa lagi berkaitan dengan Rafiq, bagitahu aku. Jangan pernah nak berahsia lagi dengan aku. Faham?" ujar Hana lagi dengan nada yang berbaur amaran itu. Jari telunjuknya diangkat didepan muka Nuha dengan mata dijegilkan.
Nuha ketawa kecil sebelum kepalanya dianggukkan beberapa kali. "Yes ma'am."
Tiba-tiba Nuha teringatkan sesuatu. Dia segera menyeluk tangan ke dalam beg silangnya sebelum sekeping sampul surat di serahkan kepada Hana.
"Apa ni?" Hana menyoal sambil sampul itu dibuka perlahan. Dahinya berkerut sebaik sahaja sekeping kad jemputan yang berbau harum itu dikeluarkan dari sampul. Dah serupa kad kahwin dulu-dulu.
"Rafiq ajak aku pergi majlis tu. Aku nak kau join sekali." ujar Nuha turut membelek kad jemputan di tangan Hana.
"Malas aku." terus kad jemputan bagi tetamu VIP itu diletakkan atas meja. Memang taklah dia nak pergi. Tak kuasa.
"Kalau kau tak nak pergi, aku pun tak nak lah." ujar Nuha bersahaja.
Hana berdecit.
"Ish kau ni, dia ajak kau kan? Pergilah."
"Tapi aku nak kau join sekali."
"Dia ajak kau kan? Bukan aku."
"Dia langsung tak kisah kalau aku ajak kau sekali."
Sudahnya, Hana diam. Akulah si Nuha ni. Ada je nak menjawabnya. Majlis tu untuk tetamu VIP kut, takkanlah Nuha tak nak pergi? Nak angkut dia sekali dah kenapa?
"Fine! Aku ikut. Puas hati?" Hana menjulingkan mata ke atas. Nuha dah tersenyum lebar.
"Tapi..."
"Apa lagi kau ni?" Hana dah menjeling Nuha disebelah.
"Aku mana ada baju yang sesuai nak pakai nanti. Itu majlis rasmi kut." Nuha dah buat puppy face memohon pertolongan dari Hana.
Hana tayang muka menyampah.
"Perlu ke pakai lawa-lawa?"
Nuha menjegilkan mata memandang Hana. Gadis itu hanya buat muka selamba. Sengaja menghiraukan Nuha disebelah. Macamlah dia tak tahu kenapa Nuha beria sangat nak pergi majlis tu. Iyelah, majlis orang kaya kut mestilah makan sedap-sedap nanti. Buat dekat hotel 5 bintang pulak tu.
Lama Hana mendiamkan diri, akhirnya satu keluhan terlepas dari bibir.
"Haih, nanti kau pakai baju aku jelah. Susah sangat." Hana bersuara malas.
Nuha dah tersenyum lebar.
"Thank you darling. Aku janji nanti kita tapau makanan hotel banyak-banyak bawak balik rumah okey?" telapak tangannya disuakan ke arah Hana bersama senyuman senget.
"Deal!" terus tapak tangannya menampar telapak tangan Nuha membuat gaya hi five.
Mereka terus gelak sakan. Bila dah dua-dua otak geliga ni, susah betul nak normal balik. Tak pernah dibuat orang tapau makanan dari majlis. Majlis perasmian hotel pulak tu, bukan calang-calang.
Ting!
Tawa mereka mati serta-merta. Laju Nuha mencapai telefonnya sebelum Hana bangun dari duduk.
"Aku naik atas dulu, nak mandi." melihatkan anggukan daripada Nuha, terus Hana mencapai selendang dan beg tangannya sebelum kakinya menapak naik ke atas.
Nuha membelek telefonnya tadi. Terangkat keningnya tatkala melihat satu pesanan masuk daripada Haikal.
Aik? Tiba-tiba je?
Salam Nuha, saya nak jumpa awak esok petang boleh? Ada benda saya nak bagitahu awak. Kalau boleh, saya nak jumpa berdua je dengan awak.- Haikal.
Makin berlapis dahinya melihat pesanan Haikal itu. Macam penting aje? Kenapa tiba-tiba nak berjumpa dengannya? Mungkin ada sesuatu yang penting nak dibicarakan?
Malas nak berteka-teki, tangannya laju menaip membalas pesanan lelaki itu.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...