Bau aroma pengat durian itu memenuhi ruang dapur. Bau itu memenuhi disetiap pelosok rumah itu sehingga berjaya membuat penggemar buah itu tergoda.
Nuha mengacau pengat durian diatas dapur sambil tersenyum. Tak sabar nak rasa pengat durian buatan mama. Mesti sedap.
Petang itu mama tiba-tiba mahu membuat pengat durian buat hidangan minum petang. Nuha berbesar hati menghulur bantuannya untuk menolong mamanya didapur.
Faris yang baru pulang berjoging bersama papanya melorek senyum diluar rumah apabila hidungnya menangkap bau kegemarannya itu. Segera kaki laju melangkah masuk kedalam lalu ruang dapur dituju.
Seketika kakinya terhenti diruang memasuki dapur. Matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sedang mengacau sesuatu diatas dapur itu. Tubuh yang membelakanginya itu dipandang dengan dahi berkerut.
Nuha? Buat apa kat sini?
Faris berdehem kuat serentak mematikan nyanyian kecil Nuha yang hanya berbunyi nadanya sahaja itu.
Nuha terkedu. Automatik tangannya terhenti menggodek senduk. Liurnya ditelan kesat. Bila masa Faris ada kat situ?
"Orang tua-tua kata kalau anak dara masak sambil bernyanyi nanti dapat suami tua. Tak sangka taste kau yang tua-tua." air sejuk ditangan diteguk rakus sambil mata mengerling kearah Nuha yang sudah tegak berpaling kearahnya. Bibirnya tersenyum sinis.
"Mana ada nyanyi." bibirnya dikemam perlahan. Malu pun ada sebenarnya.
"Aku tak pekak lagilah." Faris menjuih bibir. Tangannya dibawa memeluk tubuh. Dalam hati dah gelak sakan tengok muka cemberut Nuha.
Dah kantoi, lagi tak nak ngaku.
Nuha diam. Tubuhnya kembali berpusing sebelum tangannya sambung mengacau pengat durian diatas dapur. Malas layan mamat ni. Nak mengata aku je tahu.
"Kau ke yang masak?"
Hampir terlepas senduk ditangannya kedalam periuk sebaik ujaran Faris menyapa disebelahnya. Hesy, bila masa pulak dia muncul kat sini? Tadi bukan tengah minum air ke?
"T..taklah. Mama yang buat. Saya tolong kacau dengan letak bahan yang mama sediakan je."
Sekilas Nuha berpaling kearah Faris. Tubuhnya mengesot sedikit menjauh dari Faris. Suka buat jantung aku rasa nak tercabut. Apa dia ingat aku ni bini dia ke nak dekat-dekat macam tu. Eh?
"Mama mana?" tanya Faris mendatar. Tubuhnya yang sedikit membongkok tadi kembali menegak. Sengaja nak usik anak angkat mamanya ini sebenarnya. Suka tengok wajah tak keruan gadis itu. Peluh didahi dikesat menggunakan tuala kecil yang disangkut dileher.
"Kat belakang." dikerlingnya kembali kearah Faris yang setia memandangnya tanpa riak. Mata kembali memandang keperiuk. Buat apa lagi dia ni kat sini?
Tak lama, lelaki itu sudah lesap berlalu naik keatas. Mandi agaknya.
Tak lama kemudian, api dapur ditutup setelah pengat durian itu sudah menggelegak. Dicicipnya sedikit untuk merasa supaya rasa manis mencukupi.
Erm. Sedap dah. Bibirnya tersenyum kecil.
"Nuha, siap dah?"
Puan Farida muncul bersama beberapa ikat serai dan daun pandan ditangan diikuti Cik Idah yang turut membantu majikannya memetik serai yang sudah berimbun ditanamnya dibelakang rumah.
"Dah ma."
Puan Faridah mengangguk sambil melabuhkan duduk dikerusi meja makan. Nuha segera mencapai air sejuk didalam peti lalu dituang kedalam gelas untuk mamanya yang jelas kelihatan penat diwajah itu.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...