Hujung minggu adalah hari yang paling bahagia sekali bagi seketul Nuha yang selalu sangat sibuk selama hampir sebulan lebih dia bekerja di T.R Holdings. Dia akui, selama dia bekerja disana masa rehatnya sangat singkat. Padahal kerja akauntan aje pun tapi sampai malam baru dapat jejak ke rumah.
Serabut jugalah dia hari-hari kena tadah telinga dengar bebelan pak cik seorang tu sebab selalu habis kerja lambat. Alah, bukan dia tak balik tengahari masak untuk lauk makan malam buat lelaki itu.
Meskipun sibuk, tanggungjawabnya dia tak pernah lupa. Tapi dia tahu, Faris tu risaukan dia sebab tu selalu marah balik lambat. Dah nama pun kerja, nak buat macam mana. Dia bukan bos suka suki nak balik tak kena masa.
Gelabah jugalah Nuha bila Faris pernah cakap nak jumpa bosnya sebab nak bincangkan tentang masa kerjanya yang selalu padat. Tapi laju Nuha membantah. Macam-macam alasan diberi untuk pertahankan diri daripada kena berhenti kerja.
Air mata dan hingus yang meleleh itu dikesat menggunakan tisu yang lain. Habis sehelai diguna lalu dicampakkan atas lantai, sehelai lagi diambil lalu dikesat hidungnya yang memerah itu.
"Jahatnya.." ujar Nuha sendiri saat matanya memerhatikan babak Wang Eun yang memangku isterinya Soon Deok yang baru dibunuh oleh pengawal abang suaminya sendiri.
Hingus dan air matanya dikesat lagi. Seketika matanya terbuntang saat abangnya sendiri melepaskan anak panah ke bahu Wang Eun. Tapi tak sempat Wang Eun nak bangun, dadanya pula menjadi sasaran.
Nuha menekup mulut. Dengan penuh emosi yang tak dapat ditahan, air matanya mengalir deras saat jasad Wang Eun rebah atas tanah. Lagi dia nak meraung bila Wang Eun memandang jasad isterinya yang sudah lama tak bernyawa itu di sebelahnya.
"Huwaa Baekhyun.. Kenapa you mati jugak..??" Nuha menangis dengan penuh emosi. Walaupun dah layan berpuluh kali pun, drama korea yang berjudul Scarlet Heart itu tak jemu buat air matanya kering.
Faris yang memerhati hanya menggeleng kepala sambil dijulingkan mata ke atas. Apa nak jadilah budak ni. Cerita mengarut macam tu pun dah meraung macam laki dia yang mati.
"Kau menangis bagai nak rak dah kenapa? Cerita aje kut. Itu baru laki dia yang mati kalau laki kau yang mati kau nak meraung macam ni ke nanti?" punggung dilabuhkan sebelah Nuha di sofa. Sebelah keningnya dijungkit memandang Nuha.
Nuha angkat kepala. Dipandang dengan riak menyampah wajah selamba Faris di sebelah.
"Hah, tanya soalan mengarut lagi. Suka hati sayalah nak tengok cerita apa pun. Saya ni ada perasaan, emotional lah tengok scene macam tu. Bukan macam awak, tak ada perasaan." selamba Nuha mengutuk.
Faris menjegilkan matanya. Nuha yang dah berhenti menangis itu tayang muka selamba. Ewah budak ni, langsung tak kisahlah kalau dia mati awal ni?
Apabila Nuha mahu meneruskan cerita tadi, laju Faris merampas remote TV lalu ditutup.
"Hei, apa ni? Saya nak tengoklah." Nuha bengang, remote tadi berusaha dicapai namun gagal.
"Tak boleh. Pergi masuk tidur dah lewat ni."
"Ish esok cuti kan. Apa masalah awak ni? Bagi balik remote tu."
"Kau melayan cerita merepek ni, sampai ke sudah tak habis. Berapa puluh kali lagi kau nak layan cerita ni? Pukul berapa pulak kau nak berjaga malam ni hm?" keningnya diangkat tinggi menyoal.
Nuha merengus sebelum tangannya berpeluk tubuh. Mata dijulingkan ke atas bila Faris dah buat acah garang macam papa. Menyampah.
"Faris please, bila lagi saya nak layan drama? Asyik awak je layan bola. Saya pun nak tengok cerita saya." Nuha buat ayat sendu.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...