16

9.8K 270 0
                                    

Kakinya bermundar-mandir kesana kemari. Sejak lima belas minit yang lalu tubuhnya tak reti nak bertenang. Telefon ditangan dikerling lagi dengan perasaan yang sedikit cuak.

"Nak kena call lagi ke? Aduh.." wajahnya diraup lagi sebelum punggung dilabuhkan kembali di kerusi. Sebelum dia bawa mama ke hospital tadi nasib baik sempat dia minta nombor telefon Faris dengan Cik Idah.

Kemana Faris ni, takkan pergi sambung kerja balik kut. Belum sempat jarinya ingin mendail nombor Faris, figura lelaki itu muncul sambil berlari ke arahnya. Terus dia bangun dari duduk.

Faris menjenguk di cermin wad kecemasan. Matanya meliar melihat keadaan didalam dengan perasaan yang cemas.

"Mama macam mana? Doktor cakap apa?" soalan dilontarkan apabila mata memandang Nuha yang sedang resah sepertinya.

Lambat-lambat Nuha menggeleng. "Tak tahu. Doktor tak keluar lagi sejak mama masuk dalam wad."

"Dah berapa lama mama kat dalam?"

"Dalam lima belas minit dah." Bibir diketap dengan suara yang berubah risau dari tadi. Jarinya digigit perlahan.

Faris meraup wajahnya kasar sebelum dia memusing tubuhnya kembali menghadap pintu wad.

Sumpah sekarang dia tak boleh nak fikir apa. Kenapa dengan mama? Seingatnya mama tak pernah sakit pun sebelum ni.

"Macam mana mama boleh pengsan?" punggung dilabuhkan segera disebelah gadis itu. Nuha mengerling wajah risau lelaki itu disebelah.

"Tadi saya balik rumah, Cik Idah yang bagitahu mama pengsan. Saya tak sempat nak tanya Cik Idah. Masa tu mama baru je tak sedarkan diri. Saya terus bawak mama pergi hospital naik grab tadi." jelas Nuha dengan sedikit bergetar menahan rasa resah dihati.

"Saya minta maaf." luahnya dengan rasa bersalah sebab lambat menelefon lelaki itu.

"Tak payah nak mintak maaf lah. Bukan salah kau pun. Terima kasih dah hantar mama ke hospital. Kalau kau tak balik tadi aku tak tahulah apa jadi." Nuha hanya mengangguk perlahan. Pandangannya menekur lantai hospital.

"Papa dah tahu?" soalan Faris dibalas dengan gelengan laju. Nuha mengangkat muka memandang wajah risau lelaki itu. Tak pernah lagi sebelum ni dia tengok keadaan tak terurus lelaki itu.

Faris menghela nafas. Lama mereka berdiam diri sebelum seorang doktor lelaki keluar dari bilik wad. Spontan kedua tubuh mereka bangun lalu menerpa laju ke arah doktor.

"Mama saya macam mana?" soalan terus dilontar sebelum wajah doktor itu tersenyum manis.

"Puan Farida tak apa-apa. Dia cuma pengsan sebab kepenatan. Saya sarankan supaya Puan Farida banyakkan berehat dan jangan bagi dia stress atau buat kerja yang berat-berat kerana faktor umurnya yang semakin berusia menyebabkan tulangnya tidak berapa kuat." Faris menghela nafas lega sebaik mendengar kata-kata doktor tadi. Mujurlah tiada yang serius.

"InsyaAllah, petang ni Puan Farida dah boleh discharge sebelum encik membuat bayaran di kaunter. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Faris menganggukkan kepalanya seraya memberi ruang kepada doktor itu.

"Terima kasih doktor."

...

"Mama bercangkul tengah panas macam ni?"

Suara Faris yang agak meninggi itu menyentakkan semua orang diruang tamu itu. Dia bangun dari sofa dan mengurut perlahan pelipisnya.

Sejak pulang dari hospital tadi, keadaan menjadi tegang sahaja dengan kedinginan Faris. Puan Farida tahu, anak lelakinya itu akan mula menyoal siasat setelah apa yang berlaku.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now