Petang itu Rafiq mengarahkan semua anak buahnya berkemas barang mereka. Semua kotak yang berisi dadah itu diletakkan dalam bonet van hitam mereka dengan cermat. Nuha yang masih terkurung dalam bilik itu segera Rafiq mengarahkan Erika membawanya keluar.
Nuha melangkah keluar dari bilik bersama Erika, gadis itu dengan kasar memaksa Nuha berjalan sehingga mereka keluar dari rumah usang itu. Nuha tak mampu nak membantah tatkala kedua tangannya diikat dan bucu pistol yang statik di kepalanya dan langsung tidak berganjak.
Dengan mata kepalanya sendiri dia melihat bagaimana Rafiq mengarahkan orang-orangnya itu mengemaskan beberapa kotak yang tersusun. Nuha telan liur, matanya sempat mengerling senjata api yang terselit lengkap pada setiap tubuh anak buah Rafiq.
Rafiq mengecek telefon bimbitnya dengan senyuman sinis.
"Bagus. Faris akan datang ke sini bawa apa yang kita nak sekejap lagi. Tak sabar aku nak tengok mamat tu mampus dengan tangan aku sendiri. Heh." dia tergelak sinis.
Erika hanya diam, dalam hatinya dia langsung tidak kisah soal Faris, yang dia mahukan sekarang hanya duit lelaki itu. Cinta? Semua itu hanya sia-sia. Tak dinafikan, dulu memang dia mahu mengjar cinta lelaki itu semula tapi melihatkan hidup lelaki itu cukup mewah berbanding dengannya, dia lebih memilih harta lelaki itu.
Nuha tersentak. Terus dia memandang wajah Rafiq. "Apa maksud kau?" soalnya berani.
Rafiq berpaling memandang Nuha. Perlahan dia melangkah mendekati gadis itu sebelum dia duduk mencangkung di hadapan Nuha. Pipi gadis itu dicengkam kuat, bibirnya tersenyum sinis.
"Maksud aku.. Suami kau tu dah salah masuk mulut buaya. Mohon siap sedialah berkabung untuk tengok mayat suami kesayangan kau tu hari ni Nuha." pipi Nuha dilepaskan kasar sebelum tawanya dan Erika bergabung mengisi ruang rumah usang itu.
Terus tubuh Nuha menggeletar perlahan. Air matanya mengalir deras. Nafasnya seakan sesak saat membayangkan jika apa-apa yang buruk terjadi pada suaminya.
Allah.. Selamatkanlah Faris. Lindungilah suamiku.
...
Sebaik keretanya berhenti di hadapan rumah usang yang berada jauh di pendalaman hutan itu, earpods ditelinganya yang bersambung dengan Hadif itu ditekan.
"Ris, kau dengar aku?"
"Yup. Aku dah sampai." balas Faris serius.
"Good. Sekarang kau boleh masuk dalam. Jangan risau, kami ada sekeliling kau. Rumah ni pun kita dah kepung. Kalau dia cuba apa-apakan kau dan Nuha, terus bagi hint. Aku dan team aku akan terus bertindak."
Faris tarik nafas dalam lalu hembus. "Okey dif. Got it."
"Ingat, jangan matikan talian."
"Baik."
Sejurus itu, Faris keluar dari perut kereta. Perlahan dia menuju ke rumah usang itu sambil matanya meliar berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Saat matanya terpandangkan sosok Rafiq disitu, langkahnya mati.
"Akhirnya.. Datang juga kau." matanya meliar di belakang Faris.
"Aku datang seorang. Mana bini aku?"dingin Faris menyoal. Tajam matanya menikam anak mata Rafiq. Dia hanya membiarkan dirinya diperiksa oleh konco Rafiq.
"Clear bos." ujarnya setelah memastikan tiada sebarang senjata yang dibawa bersama Faris. Rafiq mengangguk kepala sekilas, bibirnya tersengih sinis.
"Sis!" laungnya kuat.
Erika keluar bersama Nuha, rambut gadis itu dicengkam kuat sambil mengheret gadis itu berjalan. Nuha meringis sakit. Saat matanya bertembung dengan Faris, air matanya jatuh. Kepalanya digeleng beberapa kali.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...