55

13.9K 285 2
                                    

"Nuha!"

Kakinya terus berjalan cepat, tak mahu berpaling ke belakang. Nuha mula berlari apabila Faris semakin mengejarnya. Matanya dipejam, tak mahu berjumpa dengan Faris. Dia sangat malu sekarang mahu berhadapan dengan lelaki itu.

Buk!

"Auch!"

Nuha terduduk apabila dahinya terlanggar dengan sesuatu yang keras di depannya. Dia mendongak, terpampang wajah kepenatan Faris di depannya.

Nuha kaku.

"Kenapa lari? Nak mengelak daripada aku pulak lepas apa yang dah jadi semalam?" Faris menyoal dengan nafas yang termengah-mengah.

Nuha ketap bibir. Dia bangun dari duduk lalu dia berpusing mahu pergi dari situ. Namun pergerakannya mati apabila lengannya ditarik kuat dari belakang sehingga tubuhnya terdorong ke belakang.

"Kau nak lari lagi? Aku penatlah nak kejar kau." ujar Faris lagi dengan nada keras. Geramnya dia apabila Nuha cuba mengelak darinya.

"Tak ada siapa suruh kejar pun. Lepaslah!"

Dingin Nuha membalas. Dia cuba meronta dalam pelukan Faris namun sia-sia. Sudahnya dia mengalah. Wajah Faris langsung tak dipandang.

"Why? Kenapa nak mengelak lagi dari aku ni? Lepas apa yang jadi semalam, kau ingat aku nak biarkan kau macam tu je?" Faris menyoal lagi dengan muka serius.

Nuha bengang. Tiba-tiba rasa nak hempuk kepala Faris tu. Dia salahkan aku?!

"Eii mangkuk! Hari tu cakap nak tunggu lagi tiga bulan kan? Kenapa tak ikut deal?" Nuha ketap bibir.

Faris jungkit kening. "Deal mengarut kau tu ke?"

Lelaki itu ketawa. Nuha ketap bibir menahan geram.

"Aku rasa deal tu elok dipupuskan terus. Sebab itu deal kau bukan deal aku. Lagipun siapa yang tak ikut deal sekarang ni hm? Dan aku rasa yang semalam tu kau yang nak dan aku tak pernah paksa pun. Jadi aku rasa tak jadi masalah kut." Faris tersenyum senget.

Nuha merengus. Dipijaknya kaki Faris apabila dengan sengaja lelaki itu mendekatkan wajah. Terus Faris mengerang sakit. Baru Nuha mahu pergi, terasa tangannya ditarik lagi.

"Okey, okey. Aku minta maaf. Kau kenapa marah sangat ni?" berkerut dahi Faris. Lengan Nuha dilepaskan sebaik gadis itu menepis.

Nuha mengeluh keras. Dia masih diam tak bersuara. Pandangannya dilemparkan pada laut biru yang terbentang luas dihadapan.

Faris mengeluh.

"Kau marahkan aku pasal ni kan?"

Terus Nuha berpaling memandang Faris. Berkerut wajahnya melihat telefonnya dipegang Faris. Matanya tertancap pada gambar yang dia dapat beberapa hari lepas. Nuha ketap bibir.

"Bagi balik!" Nuha cuba mendapatkan telefonnya namun Faris lebih pantas menarik kembali. Nuha merengus.

"Bagi balik telefon saya!"

"Cubalah kalau boleh." Faris senyum mengejek.

Terlompat Nuha mencapai telefonnya namun hampa. Semakin tinggi Nuha melompat, semakin tinggi Faris mengawangkan telefon isterinya itu. Faris tersenyum sinis melihat Nuha yang pendek itu berusaha mencapai telefon bimbitnya.

Apabila telefon bimbitnya sudah berjaya diambil, Nuha berura-ura mahu pergi tapi laju dihalang Faris.

"Tak nak dengar dulu aku explain pasal gambar ni?"

Nuha diam. Dia gigit bibir bawah. Dalam hati dia meronta mahu tahu perkara sebenar. Selama seminggu ni hatinya selalu tak tenang.

Melihatkan isterinya diam, Faris hela nafas. Dia berjalan mendekati Nuha dan berdiri di sebelahnya. Seketika mereka senyap melayan perasaan.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now