Filem dari Netflix itu ditonton dengan penuh khusyuk. Ralit matanya melihat adegan filem yang bergenre horor dan penyeksaan budak itu tapi bagi Faris filem itu langsung tak menyeramkan baginya. Malah dia begitu fokus terhadap motif cerita yang disampaikan.
Nuha yang masuk ke dalam biliknya itu langsung dia tak menyedarinya. Perlahan-lahan kaki berjalan mendekati Faris lalu dia berdiri di sisi katil lelaki itu.
"Awak."
Faris berpaling. Sebelah kening dijungkit bertanya. "Apa?" soalnya pendek sebelum pandangannya kembali beralih memandang skrin tv.
Nuha mengeluh perlahan. Dia melabuhkan duduk di birai katil sambil mengerling Faris yang masih khusyuk menonton.
"Belum tidur lagi?" soalnya. Bantal atas katil ditepuk perlahan sebelum dia mula melunjurkan kaki di sebelah Faris.
"Belum. Nak habiskan cerita ni dulu. Kalau kau nak tidur, tidur jelah. Nanti aku tutup lampu." ujar Faris tanpa memandang isterinya itu.
Nuha hanya menyandarkan kepala di kepala katil. Matanya turut memerhatikan cerita yang ditonton Faris.
"ELI. Best ke?" Nuha menyoal perlahan.
Melihat scene budak yang bermur dalam lingkungan 12 tahun itu menjerit-jerit setiap kali dia terkena penyakitnya membuatkan Nuha menjadi tertarik untuk menonton sekali.
Tak pernah hayat dia nak tengok cerita seram macam tu melainkan ada orang temankan dia baru dia berani nak tengok. Ya tahu, dia memang penakut. Sebab tu dalam laptopnya cuma disimpan filem dan drama korea yang sweet muwit je. Kalau ada cerita inggeris pun semestinya bukan filem bergenre horor.
"Bolehlah daripada cerita korea yang kau tengok tu." selamba Faris menjawab.
Nuha menjeling geram. Ada je nak diperlinya. Malas nak melayan, dia hanya senyap. Tumpuan kembali kepada skrin tv.
Nuha terjerit sebelum ditekup mulutnya apabila scene watak budak yang bernama Eli itu kena dibedah kepalanya dalam keadaan budak itu sedar tanpa dibius. Lagi tak sanggup dia nak tengok apabila beberapa doktor membuat pembedahannya itu secara kejam. Lagi rasa nak marah bila ayah dia boleh biar je doktor tu buat anak sendiri macam tu?
Tak sanggup nak tengok lagi, dia berpaling memandang Faris di sebelah. Kelihatan lelaki itu begitu tenang. Nuha berkerut. Mamat ni tak ada perasaan ke? Muka toya je.
"Macam mana awak boleh tengok cerita ni macam tu je?" Nuha menyoal pelik. Sumpah dia tak nak tengok dah. Buat orang tak boleh tidur malam je.
"Entah, bagi aku cerita ni tak seram mana pun. Tapi boleh tahanlah best." Faris jungkit bahu sebelum dia mengerling Nuha sekilas.
Dia menggeleng perlahan. Memang sah tak ada perasaan betul mamat ni. Dia kata cerita tu tak seram? Belum termasuk lagi ada hantu keluar mengesot tarik Eli masuk dalam almari. Baca sinopsis pun dah tahu seram. Lagi dia tak boleh tengok bila cerita itu membabitkan hantu.
Nuha berbaring sebelum comfoter ditarik hingga ke paras dada. Sejak hubungan dia dan Faris dah membaik, mereka dah mula tidur sekatil. Nuha hela nafas perlahan sambil matanya memerhati Faris yang sedang khusyuk melayan movie.
Jauh di sudut hati, dia ingin memulakan semuanya dengan lelaki itu.
"Awak.."
"Hmm." Faris berpaling sekilas sebelum matanya kembali fokus pada skrin tv.
"Esok saya nak jenguk nenek kat hospital boleh? Lepastu saya nak balik kampung."
Dia mengemam bibir sebaik sahaja permintaannya itu diluah perlahan. Masih perhatikan Faris yang tiba-tiba menekan butan pause di remote tv sebelum dia berpaling memandang Nuha yang sedang berbaring.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...