3

12.2K 349 11
                                    

Nuha laju melangkah menaiki tangga lalu terus menuju kebilik Faris. Ditangannya dipegang sehelai baju sekolah yang sudah siap digosok yang disangkut dengan menggunakan penyangkut baju.

Selepas sahaja pulang dari sekolah tadi terus disental baju sekolah lelaki itu menggunakan clorox nak bagi putih punya pasal.

Tak cukup putih, nak kena wangi pulak! Lama jugaklah direndamnya baju tu sampai satu ampaian baju kat luar tu terbau softlan tu sekali.

Nuha menghelah nafas apabila kakinya berhenti betul-betul dihadapan bilik lelaki itu. Nafasnya ditarik perlahan sebelum tangannya mengetuk bilik Faris beberapa kali. Tudung sarung dikepala dibetulkan sedikit.

Beberapa saat, senyuman nipis terukir apabila pintu bilik terbuka dari dalam. Terjengul wajah tak beriak milik Faris dimuka pintu.

"Apa?"

"Nah, baju awak." baju tadi dihulurkan.

Faris membelek bajunya seolah-olah meng'scan' sesuatu kut-kutlah bajunya itu dijahanamkan oleh orang dihadapannya ini. Faris memandang Nuha tajam.

Nuha mengangkat kening. Pelik dengan pandangan maut mamat ni. Dah kenapa? Tak cukup wangi ke? Tak cukup putih lagi? Nak aku clorox muka dia pulak ke?

"Kau ada jampi apa-apa ke kat baju aku?" soalnya sarkastik. Tangannya memeluk tubuh sambil keningnya dijongket sebelah.

Allah.

Rasa nak sembelih mamat ni hidup-hidup pun ada. Agaklah nak kata aku jampi pun. Kalau bukan sebab aku sabar selama 5 tahun ni aku dihantui oleh manusia yang bernama Faris ni, dah lama aku bomoh dia ni cukup-cukup tahu?

Nuha menarik nafas sebelum menjawab, "Tak." ujarnya sepatah dengan senyuman manis diukir.

Seketika Faris terdiam. Memerhati seraut wajah dihadapannya itu. Tidak lama, pandangannya dialihkan kearah lain.

"Kalau takde apa-apa lagi saya pergi dulu." Baru sahaja dia ingin berpusing, terasa hujung tudungnya ditarik perlahan.

Nuha kembali menatap Faris dengan dahi berkerut. "Iya?"

"Kau..jangan senyum macam tu lagi depan aku" ujarnya mendatar sebelum pintu dihempas dihadapan Nuha yang sedang terkebil-kebil disitu.

Dah kenapa manusia ni? Senyum pun salah ke?

Sebaik pintu ditutup, Faris menyandarkan tubuhnya di muka pintu dengan matanya terpejam rapat.

Dup dap.

Senyuman itu.

Matanya terbuka luas. Tangan dibawa kedada menahan rasa pelik yang bertandang kembali didalam tubuh. Peluh merenik perlahan didahi.

Dah kenapa dengan aku ni? Kenapa dia senyum macam tu tadi? Sengaja nak buat aku rasa tak keruan macam ni ke.

Sudah beberapa kali rasa ini tiba-tiba muncul setiap kali berhadapan dengan Nuha. Rasa yang Faris sendiri tak tahu apa yang dah terjadi pada dirinya sampai membuatkan dia tak mampu menatap gadis itu lama-lama.

Setiap kali dia berjumpa dengan gadis itu dia akan marah, dia akan maki. Tetapi sekali pun gadis itu tidak melawan katanya apatah lagi membantah. Selalu senyap tidak berkutik malah hanya senyuman yang dibalas.

Kenapa Nuha? Kenapa kau selalu buat aku rasa macam ni? Tak boleh ke sekali je kau melawan kata aku? Balas balik apa yang aku maki? Kenapa mesti tersenyum?

Argh, dia rasa macam nak gila.

Perasaan ni rasa makin membuak. Perasaan apa? Dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, dia tak suka rasa macam ni. Seolah-olah dia kalah dengan perasaan sendiri. Tangannya yang sedikit menggeletar digenggam erat.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now