Hana yang sedang memandu itu mengerling sekilas pada Nuha disebelah yang sedang memandang kosong ke luar tingkap. Jelas terlihat wajah sembap sahabatnya itu membuatkan hatinya menjadi sayu. Sedih dengan apa yang sedang menimpa pada satu-satunya kawan baik dia itu. Nafas beratnya dihela.
Selepas Nuha meminta diri untuk ke tandas tadi, hatinya risau tiba-tiba kerana Nuha belum kembali sedangkan majlis sudah hampir selesai. Nak telefon, beg Nuha ada bersama dia. Sudahnya, dia meminta tolong dengan Aidan untuk mencari Nuha.
Alangkah terkejutnya mereka menjumpai Nuha dan Faris dalam keadaan ditangkap khalwat. Hana mahupun Aidan, keduanya tak mampu nak berkata apa. Tak disangka perkara begini akan terjadi. Yang pasti, dia merasa kasihan terhadap Nuha yang tak sudah mempertahankan dirinya bahawa dia tidak bersalah.
"Nuha, kita dah sampai. Jom." ujar Hana sebaik sahaja keretanya elok terpakir di depan banglo Tuan Khairul.
Nuha menghela nafas sebelum dia keluar dari perut kereta. Langkahnya diatur terus naik ke biliknya tanpa sepatah kata. Dia meminta Hana agar menemaninya malam itu di rumah kerana Cik Idah tak ada sebab pulang ke kampung.
Hana hanya bersetuju. Buat masa sekarang, Nuha sangat memerlukannya. Keadaan dan emosi Nuha yang masih belum stabil itu juga perlu ada orang yang tengokkan. Risau juga dia kalau kawan baiknya itu buat perkara luar dari kawalan.
Hana tersentak apabila telinganya menangkap bunyi kereta diluar rumah. Terus dijenguknya di tingkap. Bibirnya diketap apabila melihat sosok Faris dan Aidan keluar dari perut kereta.
"Nuha mana?" soalan diajukan sebaik sahaja kaki menginjak ke dalam rumah. Matanya melilau mencari kelibat Nuha.
Wajah Faris ditatap tajam.
"Buat apa cari dia? Lepas apa yang jadi, boleh awak tanya pasal dia?" Hana menyoal geram.
"Aku tanya mana Nuha?!" Faris menyoal lagi dengan suara yang meninggi. Geram dangan Hana apabila soalannya tidak dijawab. Hatinya makin tak tenang mengenangkan nasib gadis itu.
"Rileks bro, dengan perempuan pun nak gaduh ke?" Aidan segera mencelah. Takut juga kalau Hana itu diapakan dengan Faris.
Hana mengeluh. "Dia dah tidur." balas Hana mendatar. Dia berpeluk tubuh seraya matanya merenung wajah Faris yang sedang kusut.
Faris mengeluh lega. Mudah-mudahan Nuha tidak apa-apa. Selepas mereka ditangkap basah, ramai wartawan berkerumun menunggu dia dan pihak JAIS turun ke bawah. Mujurlah dia sudah meminta Hana awal-awal lagi untuk menghantarkan Nuha pulang ke rumah dahulu.
Faris tak mahu orang lain tahu yang dia ditangkap basah dengan Nuha. Dia tak mahu gadis itu terlibat dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi.
"Apa yang dah jadi sebenarnya? Macam mana kau orang boleh kena tangkap basah? Awak buat apa pada Nuha? Beritahu saya sekarang!" Hana menyoal dengan rasa marah yang ditahan. Kalau tak mengenangkan Faris tu anak Tuan Khairul, dah lama muka kacak itu dikerjakan.
Faris meraup wajah sambil melabuhkan duduk di sofa. Makin sesak dibuatnya dengan soalan Hana. Macam mana dia nak jelaskan pun dia sendiri tak tahu macam mana semua ni terjadi.
Sebaik sahaja dia pulang dari pejabat agama, dia sudah berbincang dengan pihak atasan untuk menunggu orang tuanya pulang ke tanah air dahulu. Fikirannya benar-benar buntu sekarang.
Apa yang dirisaukan kini lebih kepada keadaan Nuha berbanding dia yang sedang serabut. Dia tahu, gadis itu lebih terkesan dengan apa yang terjadi.
"Aku tak tahu. Sedar-sedar je, Nuha kat sebelah aku. Then, pejabat agama pulak datang. Sumpah aku tak jangka semua ni jadi." Faris bersuara lemah.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...