51

11.8K 290 7
                                    

Sudah hampir seminggu, sekali pun Faris tak pernah menghubungi Nuha. Bahkan masa hari lelaki itu pergi bertolak ke London, permintaan maaf dari Nuha langsung tak diendahkan.

Nuha hela nafas berat. Telefon bimbit yang dipegang itu diletakkan atas meja gazebo itu. Dah penat dia cuba menghubungi Faris tapi langsung panggilannya tak berjawab. Mesej apatah lagi. Nuha menyandar lemah sambil mata merenung kosong ke arah kolam ikan buatan milik mamanya itu.

Sampai bila nak macam ni? Bibirnya diketap, menahan rasa dalam hati.

Puan Farida memerhatikan Nuha yang sedang duduk termenung di luar rumah. Dia perasan sejak Faris ke London, anak gadisnya itu banyak termenung dan kadang-kadang kelihatan agak resah. Hatinya tertanya-tanya, takkan diorang bergaduh kut?

Cepat-cepat dia menggeleng menafikan andaian buruk itu. Puan Farida mula menyusun langkah mendekati Nuha yang sedang duduk di bawah gazebo tersebut.

"Nuha, termenung apa sorang-sorang ni?"

Nuha mengalihkan pandangan di sebelah apabila Puan Farida sudah mengambil tempat di sisinya. Senyuman mamanya itu dibalas nipis. Kepala digeleng perlahan.

"Tak ada apalah ma, saja. Ambil angin luar sikit." Nuha tersenyum.

"Nuha okey?" soal Puan Farida sambil tangannya mengusap kepala gadis itu.

"Okey je. Kenapa mama tanya macam tu?" dahinya berkerut nipis mendengar soalan mamanya itu.

Puan Farida senyum nipis. Dia tahu Nuha ada sembunyikan sesuatu. Sejak seminggu ini, Nuha jarang makan. Kalau makan pun sikit je. Dia risau kalau anak gadisnya itu sakit.

"Tak adalah. Mama perasan, semenjak Nuha balik sini Nuha macam tak selera makan je. Betul Nuha okey?" soalnya lagi dengan nada berbaur risau.

Nuha tersenyum hambar. Tak sangka mamanya dapat menghidu dari segi pemakanannya sekarang. Iya, sejak Faris tak mengendahkan dia, Nuha jadi kurang makan. Hatinya tak tenang dengan sikap lelaki itu. Macam mana dia nak makan dengan baik?

"Mama jangan risaulah. Nuha okey je." balasnya sambil dikucup tangan tua itu.

"Betul ni?"

Nuha tergelak sebelum mengangguk. "Betullah ma.."

Puan Farida hela nafas lega. Baru rasa tenang sedikit.

"Okeylah kalau macam tu. Mama masuk dulu nak masak untuk makan tengahari. Nuha nak makan apa hari ni? Mama masakkan."

"Erm, Nuha tak kisah. Mama masak je apa pun, Nuha makan. Nak Nuha tolong?" dia mula berura-ura mahu bangun sebelum Puan Farida menahan.

"Eh takpe, Cik Idah ada boleh tolong mama. Nuha duduk lah sini nak sambung termenung rindukan suami tu.." ujar Puan Farida nakal.

"Ish, mana ada rindu.." Nuha mencebik kecil sambil tersengih.

"Iyelah tu.."

Tak sempat Nuha nak membalas, terdengar suara seseorang di luar pagar rumah.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam." serentak mereka menjawab. Puan Farida segera bangun membuka pagar.

"Eh, Hana. Seorang je ke?" salam gadis itu disambut mesra.

"Haah. Seorang je aunty. Ni ada buah tangan sikit." bungkusan plastik itu segera dihulur. Puan Farida menyambutnya mesra.

"Terima kasih. Susah-susah je."

"Tak susah lah aunty. Er, Nuha ada?" Hana menyoal.

"Oh, Nuha ada. Dia duduk kat gazebo tu. Pergilah berborak dulu, aunty masuk dalam dulu ya."

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now