Kakinya melangkah laju mendapatkan Puan Farida dan Tuan Khairul yang sedang duduk di ruang menunggu itu. Apabila anak lelakinya itu datang mendekat, laju keduanya bangun mendapatkan Faris.
"Nuha macam mana mama?" soalnya cemas. Sumpah sekarang dia memang tak boleh nak bertenang lagi.
"Nuha dekat dalam. Ris pergilah masuk, Nuha dah lama tunggu tu. Suami aje yang boleh masuk. Mama dengan papa tunggu kat luar ya?" bahu anaknya disentuh.
Faris tarik nafas. Jantung yang terlebih bekerja tadi ditenangkan sejenak. Tangan Puan Farida dicapai.
"Ris masuk dulu. Doakan isteri dan anak Ris selamat.."
"InsyaAllah nak, papa dan mama tak berhenti mendoakan untuk kamu sekeluarga. Pergilah, Nuha lebih perlukan suaminya disisi." ujar Tuan Khairul sambil tersenyum.
"Terima kasih. Ris masuk dulu.."
Dengan langkah tenang, pintu wad dibuka sebelum matanya menangkap susuk tubuh Nuha yang sedang terbaring menahan sakit. Laju kakinya mendapatkan isterinya.
"Awak.." serunya lemah.
Kini terasa bahagian ari-arinya sakit yang amat. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya tumpah. Sedikit sebanyak apabila melihat wajah Faris, sakitnya terasa hilang seketika.
"Shh.. Aku ada ni. Kau bertahan okay?" peluh yang mengalir di dahi isterinya diusap perlahan sebelum sebuah kucupan singgah disitu.
Nuha hanya diam, tangannya digenggam erat oleh suaminya. Tak berdaya rasanya mahu bersuara. Tenang saat telinganya mendengar bisikan zikir yang dibacakan oleh Faris.
"Puan Nuha, bukaan sudah ada. Sekarang Puan cuba selesakan posisi dan cuba tarik nafas sedalam yang mungkin untuk mula meneran." ujar Doktor Haliza lembut.
Nafas ditarik dalam, cuba bertenang sebaik mungkin. Tangan Faris digenggam erat sebelum dia mula meneran.
Hampir sejam Nuha bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka, tak berhenti Faris membisikkan kalimah suci ditelinga isterinya agar terus kuat untuk menempuh rasa sakitnya.
Kedengaran suara tangisan bayi menangis dengan nyaring, membuatkan Faris memanjatkan rasa syukur. Wajah isterinya dikucup bertalu seraya ucapan terima kasih yang tak terhingga. Nuha menangis dalam tersenyum.
"It's a boy.. Tahniah.." ujar Doktor Haliza tersenyum. Bayi lelaki yang dipangku oleh Doktor Haliza tadi diletakkan atas dada Nuha.
"Alhamdulillah, congrats sayang.." ucap Faris gembira.
"Congrats to you too.." balas Nuha lemah.
Faris tersenyum. Dia segera mengambil anak lelakinya itu untuk mempersiap diazankan dan diiqamahkan.
Tersenyum Nuha melihat momen yang bahagia ini. Dari mereka menjadi bersaudara angkat hinggalah takdir menjadikan mereka pasangan ibu dan ayah. Wajah bahagia suaminya ditatap lama, terpancar sinar bahagia disitu.
Tuhan.. Terima kasih atas anugerah-Mu ini.
...
Faris melangkah keluar dari wad, memberikan ruang kepada isterinya untuk beristirahat seketika. Laju Puan Farida dan Tuan Khalid mendapatkan Faris.
"Macam mana anak dan cucu mama?" laju Puan Farida mengajukan soalan.
Faris tersenyum seraya tubuh tua itu dipeluk kemas.
"Faris dah jadi daddy mama.. Alhamdulillah, semuanya selamat.."
"Alhamdulillah.." dia membalas pelukan anaknya dengan linangan air mata.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...