Bergegas mereka berlari naik ke tingkat yang menempatkan wad Nek Mah. Mak Ija turut serta selepas dikhabarkan dengan berita mengejut itu dari Nuha. Dari tadi hatinya tak berhenti berdoa agar keadaan Nek Mah dalam keadaan baik-baik sahaja.
"Macam mana dengan nenek?" laju Faris bertanya mama dan papa nya yang sedang menunggu di kerusi menunggu sebaik sahaja mereka sampai di depan pintu wad Nek Mah.
"Tak tahu lagi Ris. Tadi masa Nek Mah sesak nafas terus mama panggil doktor. Dah nak dekat 20 minit Nek Mah kat dalam. Doktor tak inform apa-apa lagi." ujar Puan Farida risau.
Semakin laju air mata Nuha mengalir. Sungguh kini dia tak kuat, rasanya baru semalam dia kenal dengan neneknya. Memori dia bermanja dengan nenek, menyuap nasi dan merawat neneknya kembali terbayang. Nuha terduduk atas kerusi. Sumpah dia tak mahu kehilangan neneknya.
"Nuha.. Sabar okay? InsyaAllah nenek tak apa-apa. Anak mama ni kuat kan?" Puan Farida memujuk. Tak betah dia melihat anaknya itu menangis. Tanpa bicara, Nuha melepaskan tangisan di bahu Puan Farida. Belakang tubuh anaknya itu diusap lembut.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." serentak mereka menjawab. Mereka berpaling memandang sosok seseorang yang datang bersama seorang wanita di sebelahnya.
"Imran." ujarnya ringkas sambil menghulurkan tangan kepada Faris dan Tuan Khairul. Dapat dia mengagak pasti lelaki ini suami dan bapa mertua Nuha.
"Faris." Faris dan Tuan Khairul menyambut salam lelaki itu sebelum Imran mendapatkan Mak Ija yang sudah terduduk lemah di kerusi menunggu.
"Ibu, macam mana dengan Nek Mah?" soal Imran. Makin risau dia melihat keadaan ibunya yang sudah menangis teresak. Mak Ija menggeleng.
"Tak tahu Im, doktor tengah periksa lagi." sayu Mak Ija bersuara. Sungguh hatinya tidak tenang sekarang. Segera Imran memeluk tubuh ibunya dan digosok perlahan belakang tubuh tua itu.
"InsyaAllah Nek Mah baik-baik sahaja."
Terdengar pintu wad dibuka, laju mereka melangkah mendapatkan doktor lelaki yang baru keluar dari bilik Nek Mah.
"Macam mana keadaan nenek saya doktor? Dia baik-baik aje kan?" laju Nuha menyoal. Dipandang wajah doktor itu dengan pandangan berharap.
Lama doktor itu diam. Agak serba-salahnya ketika ini. Satu keluhan lemah dilepaskan sebelum kepalanya digeleng perlahan.
"Saya minta maaf. Puan Naimah tak dapat diselamatkan disebabkan jantungnya yang dalam keadaan lemah. Kami mendapati punca Puan Naimah sesak nafas secara tiba-tiba disebabkan kondisi jantungnya yang gagal berfungsi dengan baik. Sekali lagi, kami minta maaf." doktor itu menunduk.
Lututnya terasa lemah, hampir dia jatuh terduduk sebelum tubuhnya sempat ditahan oleh Faris. Kepalanya digeleng berkali-kali, tangisannya mula pecah.
"Tak.. Tak mungkin! Doktor tipu saya. Nenek saya tak mati lagi kan?!" terjerit Nuha disitu. Sumpah dia tak mampu nak kawal perasaannya sekarang. Faris cuba menenangkan isterinya itu.
Mak Ija menekup mulutnya menahan rasa sebak di dada. Ya Allah, sungguh hatinya remuk melihat tangisan Nuha yang semakin menggila. Lagi rasa sedihnya menggunung mendengar dari mulut doktor bahawa orang yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu sudah menghadap Ilahi.
"Boleh kami masuk doktor?"
Selepas mendapat anggukan dari doktor, mereka mula melangkah masuk ke dalam bilik wad Nek Mah. Nuha yang masih tak mampu bergerak itu terus memeluk Faris.
"Nuha, jom masuk.."
Nuha menggeleng. Dia tak mampu menghadap wajah neneknya yang sudah tak bernyawa. Perasaannya semakin rasa bersalah. Merasakan dirinya lah punca neneknya meninggal. Kalau dia selalu menjenguk neneknya dahulu pasti semua ni takkan terjadi.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...