Faris melangkah masuk kedalam rumah orang tuanya dengan langkah longlai. Punggung dihempas malas atas sofa empuk itu sambil tali leher yang sudah longgar itu dileraikan. Dua butang teratas kemejanya dibuka sebelum dia mendongak sedikit kepalanya yang bersandar disofa.
Matanya dipejam rapat seraya nafas panjang dihela. Niat ingin naik ke atas rehatkan badan yang lenguh selepas memandu selama berjam lamanya dari Langkawi ke KL atas urusan projek disana.
Tapi sungguh dia tak berdaya nak mendaki tangga naik ke atas. Matanya semakin memberat ingin beradu itu tiba-tiba mati apabila dia terdengar seseorang sedang meringis perlahan.
Keningnya berkerut melihat Nuha yang sedang bersusah-payah nak duduk disofa sambil tangannya membawa sebungkus makanan ringan. Entah macam mana, kakinya hampir tersadung dengan meja akibat tersalah langkah. Tubuhnya hampir tersembam atas permukaan meja sebelum Faris sempat menahan.
"Ish kau ni, hati-hatilah sikit."
Faris membantu Nuha duduk disebelahnya sebelum dia kembali duduk ditempatnya tadi.
"Terima kasih." Nuha tersengih.
Faris hanya menggumam. Dia kembali memejamkan mata, nak melelapkan mata yang sudah terasa berat dari tadi.
"Awak, tolong ambilkan remote tu." Nuha menjuih ke arah remote TV diatas bahagian hujung meja. Nak ambil tak sampai, kena bangun pulak.
"Ambillah sendiri." balas Faris malas dengan mata masih terpejam.
"Tolonglah ambilkan. Jauh tu, saya tak sampai." Nuha buat suara kesian. Dikerling lagi Faris yang dah mengeluh geram. Nuha sembunyi senyum apabila lelaki itu juling mata ke atas lalu diambil remote TV itu dengan kasar sebelum dicampakkan ke riba Nuha.
"Terima kasih lagi." Nuha tersenyum suka. Best jugak sakit ni, bukan senang dapat buli mamat ni.
Faris buat muka. Masa orang nak tidurlah suruh buat itu ini. Kalau tak difikirkan gadis tu sakit, dah lama tak dilayan.
Kini tubuhnya direbahkan secara berbaring atas sofa panjang itu. Belakang tangan dilekapkan ke dahi sebelum mata dipejam kembali.
Nuha tersentak apabila Faris tiba-tiba berbaring. Dikerling sebelahnya, kepala Faris betul-betul disebelah pehanya. Nafas Nuha terasa nak tersekat bila matanya terpandangkan bahagian dada lelaki itu yang terdedah.
Gulp. MasyaAllah mata suciku.
Terus dia beristighfar panjang dalam hati sebelum wajah dipalingkan ke arah TV. Dia berdehem seketika menenangkan jantungnya berdegup tak ikut rentak. Makanan ringan disuap laju dalam mulut.
"Kenapa tidur sini? Naiklah atas." soal Nuha gugup. Dia tahu lelaki tu tengah tidur-tidur ayam. Nak biarkan mamat ni tidur sini memang taklah.
"Nanti aku naiklah." jawabnya malas dengan suara seraknya. Nuha mengerling sekilas wajah disebelahnya itu. Jelas riak kepenatan diwajah lelaki itu. Mesti penat sangat hari ni.
Seketika Nuha diam. Hanya bunyi suara siaran TV yang kedengaran mengisi kesunyian. Faris yang baru nak masuk ke alam mimpi itu tiba-tiba tak jadi bila Nuha bersuara lagi. Faris mendecit geram kerana tidurnya diganggu dari tadi.
"Apalagi kau ni?" spontan tubuhnya bangkit dari berbaring. Wajah tak bersalah Nuha itu dipandang dengan muka tak puas hatinya.
"Kawan saya nak datang kejap lagi. Kalau awak nak tidur, pergilah naik atas. Tak manislah tetamu tengok awak terbongkang kat sini." ujar Nuha tanpa memandang wajah bengang Faris.
"Suka hati akulah nak tidur mana pun." terus dia bangun dari duduk, tali leher tadi dicapai kasar sebelum dia menapak naik keatas. Sempat dia menjeling tajam ke arah Nuha sebelum dia lesap dari pandangan gadis itu.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Любовные романы[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...