12

10K 270 0
                                    

Troli yang penuh dengan barang dapur itu ditolak perlahan. Nuha melilau mencari barang yang seterusnya. Hana yang memuncung dari tadi menongkat dagu di pegangan troli sambil memerhati Nuha yang sedang memilih bawang.

"Lama lagi ke weh. Amenda yang lama sangat kau pilih tu?"

Hana dah buat muka bosan. Dipandangnya Nuha yang dari tadi duk perhatikan bawang merah tu. Apa yang dibeleknya pun tak tahu lah. Bila tengok, sama aje rupa bawang tu.

"Ish kau ni kejaplah. Bawang ni kena pilih yang elok. Kang aku main ambil je, kau jugak masuk wad nanti sebab makan makanan yang dah buruk. Kau apa tahu?" Nuha menjeling Hana yang dah monyok tu.

Bawang yang dipilih tadi segera diletakkan kedalam troli. Diambil bungkusan yang kecil. Cukuplah untuk sebulan.

"Yelah. Kau je betul semua" Hana juling mata keatas. Bibirnya mencebik dengan tangan memeluk tubuh. Merajuk.

Dengan Nuha, memang dia kalah kalau nak gaduh pasal barang dapur. Dia bukan macam Nuha, rajin masuk dapur. Ikutkan hatinya tadi, memang dia malas nak temankan Nuha beli barang dapur. Memang bukan tempat berjoli dia kalau nak keluar.

Tapi bila kena ugut yang Nuha takkan memasak malam ni, terpaksalah dia akur juga rajinkan diri. Perutnya kena diselamatkan juga.

Nuha tersenyum melihat Hana yang acah gedik  nak merajuk dengannya.

"Alolo.. Merajuk pulak dia. Dah, tak payah nak merajuk sangat. Jom pergi kat bahagian barang kek pulak." Nuha turut menarik troli yang ditolak Hana.

Hana mula mengukir senyum manis.

"Kau nak buat kek ke?" tanya Hana teruja.

"Haah. Tetiba rasa rajin nak buat." Nuha mengambil bahan-bahan untuk membuat kek di rak.

"Buatkan kek coklat eh. Pleasee.. Kek coklat kau sedap gila." Hana dah buat mata love. Otaknya mula membayang kek coklat Nuha. Kecur air liurnya.

"Amboi, request bagai nampak?" kening sebelah diangkat. Muka dia ni ada rupa kedai kek & roti ke?

"Ala pleasee.." muka comel di upgrade lagi.

Mata Nuha dikecilkan dengan kepala digeleng perlahan. Mata dijulingkan keatas lantas hidung mancung Hana dicuit geram. Cair tahu tak?

"Ish, yelah. Tapi kalau kau tak tolong aku kat dapur nanti, jangan mimpi nak merasa kek coklat kau malam ni."

"Yehuuu saayangg kau babe!" pipi Nuha diciumnya bertalu.

"Ish, tak senonoh kau Hana. Agaklah, kat supermarket  ni kut!" ditonyoh wajah Hana menjauh. Pipi yang dicemar duli oleh Hana tadi dikesat laju.

Mereka tergelak bersama. Otak masing-masing biulnya takleh bawa bincang.

"Nuha?"

Tawa mereka tiba-tiba mati. Serentak mereka berpaling empunya diri yang menegur. Dahi masing-masing dah berkerut mengecam wajah jejaka tinggi lampai dihadapan.

"Macam pernah ku kenal tapi dimana ya?" Hana mengetuk dagu perlahan sambil otaknya yang lembap gigih berfungsi kembali sebelum Nuha perlahan-lahan mengukir senyum.

"Haikal kan?" Nuha menyoal kembali.

Lelaki itu mengangguk sambil ketawa kecil. Tak sangka yang gadis ini masih ingat padanya. Seingatnya hari terakhir dia bertemu dengan gadis ini selepas dia graduate di universiti sama dengan Nuha.

"Ya, lama tak jumpa. Hai Hana." Haikal mendekati mereka. Tangannya diangkat menyapa mereka.

"Hai senior. Buat apa kat sini?" tanya Hana teruja. Tak sangka boleh jumpa balik mamat ni kat sini setelah 2 tahun yang lepas.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now