Kaku tubuh Nuha saat kakinya melangkah masuk ke dalam pondok kayu usang itu. Tanpa dipinta, air matanya mengalir deras saat matanya menangkap sekujur tubuh terbaring lemah di atas katil usang itu. Tangannya naik menekup mulut menahan esakan, tiba-tiba kakinya tak mampu nak bergerak, lututnya terasa lemah melihat keadaan wanita tua itu.
"Dia sakit."
Dua patah perkataan yang terluah dari bibir Mak Ija itu membuatkan lidah Nuha kelu seribu bahasa.
"S-sakit?" peratanyaan Nuha itu dibalas dengan anggukan dari Mak Ija. Serba-salah dibuatnya melihat wajah Nuha yang sudah resah.
"Nenek sakit apa?" ditanya lagi dengan perasaan gugup.
"Nek Mah kena serangan strok."
Nuha terpempan. "S-strok?"
Mak Ija mengangguk kepala."Nek Mah jadi macam tu lepas dia kena halau dengan Ruhana keluar dari rumah."
Nuha terduduk di hadapan katil usang neneknya. Sempat Faris menahan tubuh Nuha yang dah melembik. Sanggup Mak Long nya berbuat begitu pada nenek?
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Nuha menyoal sambil menangis. Katil neneknya didekati.
"Selepas pak long Nuha meninggal, Ruhana berubah menjadi gila harta. Selepas harta peninggalan ibu dan abah Nuha mereka ambil, giliran harta pusaka Nek Mah pula diambil alih oleh Ruhana selepas suaminya meninggal. Nek Mah dihalau dari rumah disebabkan Nek Mah mula tak berapa sihat. Katanya Nek Mah menyusahkan keluarga barunya." sambung Mak Ija lagi dengan perasaan sebak.
"Allah.. Nenek.." Nuha menekup mulut apabila mendengar cerita Mak Ija. Sungguh dia tak menyangka Mak Long nya sekejam itu. Apa salah nenek sampai begitu sekali dia melayan ibu mertuanya sendiri.
Sayu hati Mak Ija tatkala melihat detik kesengsaraan keluarga arwah kawan baiknya sendiri. Jauh di sudut hatinya dia berasa lega, ada hikmahnya Nuha dihalau dari kampung. Sekurangnya gadis itu tidak menerima nasib yang sama seperti keluarganya yang lain.
Perlahan Nuha bangun, tangan neneknya dicapai perlahan lalu dikucup sayang.
"Nenek.. Nuha datang ni.." panggil Nuha perlahan. Hatinya tersiat melihat keadaan neneknya itu. Bibir Nek Mah terherot diikuti kepalanya turut senget, matanya menjuling ke tepi, jelas seluruh tubuh tua itu kejung, tidak mampu bergerak. Nuha menangis teresak disisi katil.
"N..aa..aaa.." kedengaran Nek Mah bersuara perlahan merespon dengan kedatangan Nuha di situ.
"Ya.. Nuha ni nek." ujar Nuha lagi sambil mengucup tangan tua itu. Masih dia ingat kali terakhir dia dan Hana pernah pulang ke kampung. Waktu itu neneknya masih marahkan dia, neneknya juga masih dalam keadaan sihat ketika itu.
"Aa..aaa.." tak semena, air mata Nek Mah mengalir, seolah rindunya selama ini terubat apabila merasa kewujudan cucunya di situ.
"Nuha minta maaf nek.. Nuha lambat datang jenguk nenek." tersedu-sedan Nuha sambil wajah neneknya dikucup bertalu. Sungguh rasa berslahnya menebal setelah apa yang terjadi selama ketiadaannya di sini.
Faris yang melihatkan suasana itu terus dia merasa sebak, air mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh jua. Dia tak sangka gadis itu mempunyai kehidupan yang perit di sini.
"Nek Mah dah lama tunggu Nuha balik ke sini. Dia menangis tandanya dia gembira Nuha ada di sini." ujar Mak Ija sayu.
Semakin kuat tangisan Nuha, hatinya benar-benar rapuh. Disaat dirinya hidup dalam kesenangan, ada insan yang bermakna dalam hidupnya masih lagi terseksa. Tapi dia bersyukur sekurangnya nyawa neneknya masih dipanjangkan. Di bersyukur. Terima kasih ya Allah.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...