Sepanjang dalam perjalanan, sesekali Faris mengerling Nuha yang senyap disebelah sambil menuam ais batu di pipinya. Dari tadi Nuha hanya berdiam diri dan termenung. Faris mengeluh perlahan.
"Kau okey tak ni?" Faris bertanya tanpa memandang Nuha di sebelah.
"Hah?" Nuha berpaling.
"Aku tanya kau okey tak? Senyap je dari tadi dah kenapa? Pipi kau tu kebas lagi ke?" Faris mengerling sekilas Nuha di sebelah. Aih, berangan rupanya budak ni dari tadi. Orang risau kat dia takutlah dia tu trauma balik ke.
Nuha gigit bibir. Sebenarnya dia masih malu dengan Faris sejak lepas dia kena tampar dengan Mak Long nya tadi. Mana tak, tadi dia bangun tidur je dia elok tengah peluk Faris dekat sebelah. Lagi malu dia buat perangai tak nak lepas Faris. Aduh, nak pandang Faris sekarang ni pun rasa macam nak menyorok bawah seat ni je.
"Err.. S-saya okey je. Jangan risau, pipi saya ni pun dah okey sikit." Nuha melempar pandangan ke luar tingkap. Bibirnya dikemam, berusaha sembunyikan rasa malu yang bertandang.
"Baguslah kalau macam tu. Tapi aku nak tanya sikit boleh?"
Nuha berpaling memandang Faris. "Apa dia?"
"Dia tu mak saudara kau ke?" tanya Faris.
Soalan Faris dibalas dengan gelengan. "Taklah, suami dia ayah saudara saya. Abang ibu saya. Jadi Mak Long tu mak saudara sabit saya."
Faris mengangguk faham. Patutlah tak ngam je nampak.
"Boleh tahan kuat juga penampar mak cik tu eh? Sampai lebam pipi kau dibuatnya." Faris menyoal sambil tersengih memandang Nuha.
Nuha tersenyum nipis. "Biasalah, orang perempuan bagi makan penampar memang kuat. Lebih lagi kalau suami niat nak pasang lain. Agaknya gigi pun dah berterabur kut." Nuha tergelak kecil seraya ekor matanya mengerling Faris di sebelah.
"Tak payah pandang aku macam tulah. Cukup kau sorang pun aku dah jenuh nak melayan perangai kau. At least, kau jela yang setia dengan aku yang kacak ni." sindir Faris.
Nuha dah buat muka. Sedap je mulut tu nak mengutuk orang. Dia ingat perangai tak semenggah dia tu elok sangat? Eh hello, siapa yang nak kahwin sangat dengan dia tu. Perangai tak cukup suku, yakin je cakap macam diri tu limited edition sangat.
"Perasan." Nuha menjuih.
Faris tersengih melihat riak menyampah Nuha. Syukurlah, sekurangnya isterinya itu dah tak jadi senyap gaya kena sampuk macam tadi.
Tidak lama kemudian, kereta Faris berhenti di stesen minyak. Selesai mengisi minyak kereta, Faris memarkir kereta ditepi bangunan tandas sebelum brek tangan ditarik.
"Kau nak apa-apa tak? Aku pergi belikan." soal Faris seraya tali pinggang dicabut.
Nuha diam sebentar. Dari tadi tekaknya terasa haus. Nak benda sejuklah.
"Nak aiskrim magnum." Nuha tersengih lebar. Bukan senang bila ada orang nak belanja ni. Alang-alang, minta aiskrim mahal terus lah.
"Aiskrim je? Lagi?"
"Hm ikutlah, saya makan je apa awak beli."
"Okey. Jangan lupa lock pintu."
"Okey."
Sebaik sahaja Faris pergi, lock pintu kereta terus ditekan. Baru dia mahu membuka telefonnya, tiba-tiba terdengar sesuatu yang bergetar. Nuha berkerut melihat telefon Faris yang bercahaya menandakan ada orang sedang menghubunginya.
Erika.
Sebaris nama itu membuatkan Nuha menahan rasa. Mengingatkan gadis gedik yang bermulut tak bayar insurans tu, tangan ni gatal je rasa nak reject call ni terus.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romance[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...