49

10.2K 272 2
                                    

Nuha melangkah masuk ke bilik air di dalam bilik hotel itu dengan kepalanya yang masih terasa pening. Dia meminta Rafiq menunggunya di luar bilik sebelum mereka bertolak pulang.

Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air, terkejut dia melihat susuk tubuh yang sedang duduk di birai katil. Pandangan Nuha sedikit kabur apabila kepalanya kembali rasa berpusing. Tangannya memegang kepala katil menahan diri daripada jatuh.

"Encik.. Buat apa kat sini? Bukan ke saya suruh encik tunggu kat luar..?" Nuha menyoal perlahan. Dia terduduk atas katil sambil tangannya memegang kepala.

"Nuha, kau okey tak ni? Aku risaukan kau takut kau pengsan kat dalam.." Rafiq bangun, dia cuba mendekat.

Dalam keadaan mamai, Nuha mengerling Rafiq yang sedang berjalan ke arahnya sebelum dia memejam mata rapat. Tanpa dipinta, memori ketika dia ditangkap basah dulu kembali bermain di minda.

Nuha buka mata, terus dia bangun dari duduk. Dalam pandangan kabur,dia melihatkan Rafiq yang semakin mendekat, tangannya menggeletar.

"J-jangan dekat.. Please.." Nuha memegang kepala. Peningnya semakin menjadi-jadi.

"Shh.. It's okay, aku akan hilangkan rasa pening kau.." Rafiq mula menyentuh Nuha.

Laju Nuha mengelak. Dia tak mampu bergerak, pandangannya kabur. Dia terasa tubuhnya ditolak sehingga terbaring atas katil. Melihatkan Rafiq merangkak naik menindih atas tubuhnya, laju air matanya mengalir.

"Jangan! J-jangan Rafiq.. Saya merayu.."

Dia mengelak apabila Rafiq mula mahu menciumnya. Lagi dia rasa nak meraung bila melihatkan senyuman senget lelaki itu. Sumpah dia takut sekarang. Kedua tangannya tak mampu bergerak apabila Rafiq mengunci pergerakannya.

"Hey.. Shh jangan nangis sayang. Aku akan puaskan kau malam ni.." bisik Rafiq dengan sengihan nakal. Bibirnya dijilat sekilas apabila matanya melihatkan tubuh Nuha yang masih berpakaian itu.

Makin kuat Nuha menangis. Dia tak tahu nak buat apa. Entah kenapa suaranya tak terkeluar nak menjerit. Dalam fikirannya sekarang hanya ada Faris.

Dia takut.

Apabila wajah Rafiq mendekat, dia hanya mampu memejamkan mata dan berpaling dari menatap wajah syaitan itu. Sumpah dia jijik dengan Rafiq!

Belum sempat pipi Nuha dikucup, terasa satu tumbukan padu melayang di pipi Rafiq sebelum tubuh itu jatuh di sisi katil. Nuha cuba membuka mata, sempat dia melihat satu susuk tubuh yang sedang berdiri di sisi katil. Air matanya mengalir deras.

"F-Faris.." sebaris nama itu disebut perlahan sebelum matanya terkatup rapat.

Laju Hana dan Aidan mendapat Nuha yang terbaring tidak sedarkan diri atas katil. Tudung yang sudah terselak itu ditutupnya kembali.

"Kau buat apa kat Nuha bangsat?!"

Faris mencekak kolar baju Rafiq sebelum satu tumbukan melayang di wajah lelaki itu. Dadanya berombak laju melihatkan Rafiq yang sedang menindih isterinya tadi. Dia ketap gigi apabila mendengar tawa sinis Rafiq.

"Rilekslah, aku just nak rasa dia aje. Takkan itupun tak boleh? Tak salah kalau aku jadi adik ipar kau kan? Heh." tutur Rafiq sambil ketawa. Bibirnya yang sudah pecah itu diusap.

"Kurang ajar!" Faris menyirap, laju kakinya melangkah mendekati Rafiq sebelum perut lelaki itu ditumbuk laju.

Aidan mula mendekati Faris yang seakan dirasuk itu menghalang dari membelasah Rafiq yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. Lagi satu hal nanti jadi kes polis sebab dah bunuh orang.

"Ris, dah. Mati anak orang tu nanti. Kita buat report polis je." Aidan menarik tubuh Faris menjauh dari  tubuh Rafiq yang sudah terkulai lemah.

Rahang Faris bergerak-gerak menahan amarah. Dia mendekat ke arah Rafiq yang sudah lemah itu sebelum kolar baju Rafiq dicekak kasar.

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now