Pandangan tasik dihadapan dipandang kosong. Nuha berdecit geram seraya batu kecil yang dikutipnya dibaling kedalam tasik. Dia mengeluh perlahan.
Fikirannya kembali terbang mengingati isu yang tengah hangat disekolahnya. Sebenarnya geramnya terhadap Faris belum habis sejak dua hari lepas lagi.
Apabila dirumah langsung tak dihiraukan arahan lelaki itu yang memang suka membuli dia. Kali ini dia betul-betul protes. Marahnya pada lelaki itu meluap-luap bila nampak je muka mamat tak sedar diri tu.
Dia ingat dia hensem, boleh nak buat suka hati dia je? Heh, dia dah silap orang lah. Dulu dia boleh nak suruh Nuha buat macam-macam, tapi sekarang tak.
Bibirnya tersungging senyum sinis. Batu ditangan dilempar lagi. Nafasnya ditarik dalam.
"Aku benci kau!"
Luahnya lantang. Mujur tak ada orang kat situ. Mahunya dipanggil gila pula nanti. Nafasnya termengah seketika. Tangannya mengepal penumbuk. Jelas wajah yang memang dah putih itu bertukar kemerahan menahan geram.
"Kalau dah benci aku, kenapa tak cakap je depan-depan?"
Nuha terus berpaling. Melihatkan lelaki itu tertawa sinis memandangnya, giginya diketap kuat.
"Ada saya mention nama awak ke?" Nuha menjungkit kening sebelah lalu kembali memandang tasik dihadapan. Pandang lama-lama muka mamat ni bukan boleh buat jiwa tenteram pun.
Faris ketawa sinis.
"Aku tak lembap lagilah sampai tak tahu siapa lagi musuh kau kalau bukan aku." kakinya melangkah mendekati Nuha. Punggungnya dilabuhkan disebelah gadis itu sambil bibirnya mencebik sedikit apabila Nuha langsung tak memandangnya.
Nuha menjarakkan sedikit dengan lelaki itu. Dijelingnya tajam wajah selamba Faris.
"Dah tahu tu buat apa datang sini? Nak sakitkan hati saya lagi?"
"Haah. Rindu nak buli kau." selamba jawapan Faris membuatkan Nuha makin menyampah.
Wajah gadis itu dipandang lama. Entah, dia sendiri tak faham kenapa suka sangat nak sakitkan hati gadis itu. Walaupun dia tahu Nuha tu boleh dikatakan tak ada dosa apa pun dengan dia.
Mungkin, nak hindarkan rasa tu ke Faris?
"Menyakitkan hati." Nuha bersuara perlahan. Dia mula bangun lalu kakinya dibawa ke arah jeti kayu yang berdekatan dengan tasik. Kaki yang sudah tidak bersarung kasut sekolah itu dilunjurkan kebawah. Kakinya menggodek perlahan bersentuhan dengan air tasik. Sejuk.
Niatnya datang kesini ingin 'release tension' yang memang dah senak sangat otaknya tu. Tapi tak sangka pula otaknya baru nak pulih dari lelaki itu kembali sakit tiba-tiba.
Matanya dipejam erat sambil menikmati angin yang menyapa pipinya lembut. Langsung tak dihiraukan Faris yang masih berada disitu yang sememangnya tujuan nak sakitkan hati dia.
"Dah, jom balik. Pukul berapa dah ni. Nanti mama bising."
Senyuman Nuha mati apabila terdengar derap langkah kaki lelaki itu yang datang mendekatinya. Laungan lelaki itu tadi tidak diendahkan. Dia merengus perlahan.
"Balik je lah. Saya boleh balik sendiri nanti." ujarnya selamba. Malas nak melayan Faris.
"Jangan degillah. Nak hujan dah ni."
"Awak nak balik, balik jelah. Tak payah tunggu saya." suaranya meninggi. Geram betul.
Faris mengeluh. Matanya diputar keatas. Geram dengan perangai degil Nuha.
"Sejak bila kau dah pandai menjawab dengan aku ni? Kau tak puas hati pasal apa lagi? Pasal semalam? Okey, aku minta maaf pasal tu. Dah jom balik." tangannya mula mencekak pinggang. Langkahnya kembali mendekati Nuha yang tak berganjak.
YOU ARE READING
Give Your Little Heart
Romansa[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak...