33

9.4K 244 4
                                    

Nuha dah rasa resah bila Erika dan Faris berjalan mendekati dia dan Rafiq. Dia jadi gelabah tiba-tiba. Pinggan ditangannya dipegang kemas.

"Kenalkan, ini Faris. Kawan aku dekat Melbourne dulu." Erika mula bersuara dengan senyuman lebar.

Pandangan Faris dan Rafiq bertaut. Tak lama, Rafiq menghulurkan tangan ingin bersalaman.

"Long time no see. Aku Rafiq, adik Erika." dengan sengihan sinis, Rafiq memperkenalkan diri.

Nuha terkejut. Adik?

Faris hanya beriak biasa. Tangan kanan yang menyeluk poket tadi dikeluarkan sebelum huluran tangan Rafiq disambut.

"Nice to meet you, bro." Faris senyum nipis sebaik sahaja tangan mereka dileraikan.

"Korang dah pernah kenal ke?" Erika menyoal dengan riak sedikit terkejut. Wajah mereka dipandang silih berganti.

"Kita orang satu sekolah dulu. Lebih dari kenal." Rafiq bersuara. Matanya masih lekat menatap anak mata Faris.

Erika hanya mengangguk. Tak semena, dia mengalihkan pandangan ke arah Nuha yang sedang menunduk. Wajahnya berkerut.

"You ni.."

"She's my special guest, Nuha." laju Rafiq memperkenalkan Nuha disisi. Gadis itu tersentak, liurnya ditelan. Wajah Faris dan Erika itu dipandang takut-takut.

Haih, kenapa lah boleh terserempak kat sini pulak?

"Oh, I see.. Tak sangka you boleh kenal dengan Rafiq. Special guest pulak tu." Erika tersenyum sinis sambil memandang Nuha atas bawah.

"Maksud kau?" Rafiq bertanya.

"Kalau kau nak tahu, dia ni maid Faris."

Rafiq tersentak dengan jawapan Erika. Terus wajah Faris dikerling. Lelaki itu hanya beriak biasa. Matanya dilarikan memandang Nuha juga jelas terpinga-pinga disisi. Keningnya dijungkit meminta jawapan.

Dengan serba-salah, Nuha mengangguk memberi jawapan. Bibirnya digigit, tak mampu nak berkata apa. Tiba-tiba Faris berdehem.

"Anyway, congrats again on the opening of your new company. Ada benda yang aku nak discuss dengan dia sekejap. Excuse me." ujar Faris sebelum tangan Nuha ditarik, beredar keluar dari dewan.

"Lepaslah Faris." Nuha menarik tangannya dari cengkaman Faris, serentak kaki mereka berhenti dari melangkah.

Lengannya digosok perlahan apabila terasa pedih dek genggaman kuat Faris tadi. Muka nya berkerut memandang Faris yang sedang memandangnya tajam sambil bercekak pinggang di hadapannya.

Mamat ni kenapa?!

"Majlis kawan kau huh? Sejak bila dah kau jumpa dengan dia?" soal Faris dingin.

Muka garang Faris dipandang dengan dahi berkerut. Jumpa dengan siapa? Rafiq?

"Yang awak nak tahu sangat kenapa?" Nuha menyoal kembali. Malas nak menjawab soalan Faris tadi.

Faris mendengus perlahan.

"Kau tak ingat ke dia siapa? Aku dah pernah pesan suruh jauhkan diri dari dia kan? Degil sangat kenapa?" Faris mendekatkan tubuhnya ke arah Nuha.

Serentak gadis itu berundur setapak. Matanya meliar sekeliling, takut ada mata yang melihat. Perangai Faris ni bukan boleh buat main.

"Itu dulu kan? Awak jangan nak judge orang sangatlah. Perangai sendiri pun tak betul." anak mata Faris ditatap berani.

Faris tergelak sinis.

"Oh, dah pandai back up dia sekarang? Kau tak perlu nak bandingkan aku dengan dia lah. Aku lebih kenal diri aku siapa."

Give Your Little HeartWhere stories live. Discover now